Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Tuesday, May 31, 2011

New Gadget : SBIG ST-8300C Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Salam
Setelah sekian lama memerhati cuaca kat KB, nampaknya tricolor imaging dengan ST7 sangat meyusahkan kerana cuaca dan awan tidak menentu. Kadang2 selepas imaging dengan 2 filter awan menyelubungi , maka proses mewarnakan objek menjadi sia-sia saja. Harapan kita dengan adanya kamera single shoot clolour ini proses imaging menjadi lebih mudah. Apa2 hasil dari kamera ini akan di poskan di websit ini. InshaAllah











Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Monday, May 23, 2011

Imej dari Nikon D90

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan berkunjung ke Balai Cerap Mini Dr Rowi. Sy turut diberi peluang oleh dr untuk menggunakan kamera slr saya (Nikon D90) untuk mengambil gambar langit malam menggunakan teleskop pentax 100mm f4, dan auto-guide menggunakan CCD ST-7e. Kebanyakan gambar yang diambil adalah single shot kerana keadaan langit yang agak berawan.


 Trifid Nebula dan Lagoon Nebula berhampiran buruj Scorpio. Diambil menggunakan Nikon D90, dedahan cahaya 1 minit.
Ring Nebula - Dedahan Cahaya 1 minit 30 saat


Dumbell Nebula - Kombinasi 6 gambar, dengan jumlah dedahan cahaya 3 minit


Omega Centauri - 1 minit dedahan cahaya


Keadaan bulan selepas 2 hari purnama



Salam dari Balai Cerap Dr Rowi
A.mahir




Friday, May 20, 2011

Lagi-lagi wajah Bulan

Assalamualaikum












Cuaca amat baik sekali malam tadi. Bulan agak terang dan kita tidak membuang masa untuk menguji kamera skynyx kita  
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, May 17, 2011

Bulan Purnama di KB




Walaupun pada malam ini Bulan sudah purnama tetapi kehadiran awan yang kadang2 agak tebal  menimbulkan sedikit kesulitan untuk merakamkan imej Bulan Purnama. Ini adalah sebahagian imej yang sempat dirakamkan dengan kamera Skynyx baru kita. Kesemua imej ini diambil dengan 200 frame kemudian di stackan dengan menggunakan program registax.    




Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi



Gambar diatas  ini diambil dengan menggunakan kamera canon 60D dengan lensa 70-200 F2.8 lensa berwarna putih dan menggunakan tripod. Lokasi gambar diambil di atas tapak rumah baru dr rowi. gambar ini dirakam oleh Mohamad Shahzree Shafiq (abe jack) 
Salam,
Abe Jack.

Saturday, May 14, 2011

Bulan dengan Skynyx camera

Dua -tiga malam lepas cuaca di KB tidak begitu baik walaupun pada siang hari begitu cerah dengan langit kebiruan tanpa awan yang tebal. Sebaik sahaja waktu petang menjelang cuaca menjadi mendung dan hujan lebat. Maka skynyx camera terpaksa disimpan sahaja. Nasib baik pada pertengahan malam cuaca menjadi cerah untuk seketika, apa lagi skynyx yang tersedia terus saja dipasang dan ini lah imej yang diperolehi dalam keadaan tergesa-gesa berkejaran dengan kelompok-kelompok awam yang tebal
Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
  


Sunday, May 8, 2011

Matahari di Planetarium Negara

As'mualaikum,
Beberapa hari ini kebetulan saya berada di KL dan telah buat bertemu janji dengan Kawan Kita Reduan berasma isterinya di Planetarium Negara untuk cuba untuk menyelesaikan masaalah kamera Lumenera Skynex saya dan teleskop Matahari Coronado. Kesempatan ini telah saya ambil untuk cuba merakamkan permukaan Matahari. Walaupun cuaca agak mendung dan berawan kita sempat merakamkan beberapa imej Matahari. 
Masaalah kamera saya sudah dapat di kenal pasti dan rasanya sudah  selesaikan dan Insaallah imej-imej akan kita papar sebanyak mungkin sebaik sahaja kita kembali ke KB.
Untuk pengetahuan semua, Matahari sedang mengalami kitaran aktif yang dijangka berlaku dalam setahun dua ini. Perhatain harus diberikan kerana ia melibatkan perubahan cuaca dan kejadian yang mungkin berupa taufan, ribut, aurora dan gangguan perhubungan setelit seluruh dunia. Semasa matahari berada pada kitaran puncak aktif yang tertinggi, maka kemunkinan kita akan melihat perubahan yang ketara pada permukaan Matahari seperti pertambahan dan perubahan  tompok-tompok hitam, semarak dan sebagainya. Maka  ia patut menjadi perhatian manusia di Bumi ini kerana ia melibatkan secara langsung dengan kehidupan kita
  




Dr. Rowi