Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, June 23, 2011

Apakah Suria Kembali Aktif?

  Assalamuaalikum,






 
Pagi tadi kita sempat merakam wajah Matahari sebelum ke pejabat, nampaknya permukaannya lebih aktif kalau dibandingkan dengan semalam. adakah kini Matahari kembali aktif?.
Kita tunggu dan lihat.

Tuesday, June 21, 2011

Matahari selepas Gerhana Bulan

Wajah Matahari sehari selepas gerhana Bulan. Kelihatan kurang aktif kalau dibandingkan 2-3minggu yang lepas. Apakah pusingan aktif Matahari tidak akan kejadian pada tahun 2012 nanti? Walau apa pun kita tunggu perkembangan seterusnya:
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, June 16, 2011

Wajah-wajah Bulan gerhana



Assalamualaikum
Berikut adalah beberapa wajah Bulan semasa gerhana awal pagi tadi.
Cuaca pada awalnya amat buruk dengan hujan yang lebat dan guruh serta awan tebal.
Sebelum berlaku gerhana, cuaca bertmbah baik dan wajah Bulan dapat dilihat tapi masih diselindungi oleh kadang2 dengan awan yang tebal.
Semua wajah-wajah ini dirakam oleh 25 orang pelajar perempuan Maahad Muhammadi. Kota Bharu yang datang sejak awal lagi di Balai Cerap Mini Dr. Rowi dengan menggunakan kamera 20Da melalui teleskop Pentax. Lain-lain imej akan dipaparkan kemudian nanti      










Salam,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Friday, June 10, 2011

Gerhana Bulan 16 Jun.



Seperti yang telah maklum oleh ahli-ahli astronomi di Malaysia khasnya dan di dunia seleruhnya, pada 16 Jun 2011 akan berlaku satu fenomena astronomi yang menarik untuk kita tatapi. 

Fenomena yang dimaksudkan adalah gerhana bulan penuh (total lunar eclipse). Gerhana penuh berlaku apabila keseluruhan bulan berada dalam bayang bumi. Kedudukan bumi semasa berlaku gerhana penuh adalah di tengah-tengah antara matahari dan bulan.
 





Gambar menunjukkan urutan fenomena yang akan berlaku pada 16 Jun nanti. Sila klik untuk besarkan gambar.
Untuk gerhana kali ini, kemuncaknya pada pukul 4.14pg. Untuk mendapatkan pandangan yang cantik dan menarik, adalah elok diperhatikan bulan bermula pukul 2.22pg, iaitu semasa gerhana memasuki fasa Umbral 1. Benua-benua yang bertuah untuk menyaksikan gerhana bulan penuh pada kali ini ialah Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Asia dan Australia.

Untuk fenomena kali ini, pihak kami bercadang akan 'menembak' bulan di Pantai Mek Mas atau di Balai Cerap Mini Dr. Rowi.

Oleh itu, kami mengajak kepada semua rakyat Malaysia supaya memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin. Hayatilah kebesaran-NYA.

Gambar oleh : Abdullah Hassan
Teks oleh      : Ahmad Ashraf Azhar

Friday, June 3, 2011

Cahaya pertama dari ST8300C

Cuaca tiba2 menjadi terang dengan bintang yang germelapan sebaik jam sudah menunjukan 12 tengah malam. Tanpa melengahkan masa camera baru ST8300C terus sahaja menerima cahaya dari langit. Ini adalah cahaya pertama dari kamera baru kita. Dedahan selama 10min dipandu oleh ST7
 
 
 

Pagi ini Matahari cuaca agak baik dengan langi yang biru bersih. Imej ini rakam dengan kamera skynyx. Sebanyak 400 frame dirakamkan kemudian proses dengan Registax
Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, June 2, 2011

Matahari Waktu pagi di KB

Salam Semua,
Walaupun  2-3 ini cuaca di KB begitu malap dan sukar sekali untuk melihatnya  tapi pagi ini kurang lebih pukul 8, Matahari kelihatan naik dengan begitu indah sekali. Langit yang kebiruan tanpa awan kelihatan amat tenang tetapi pada permukaan Matahari mungkin berlainan. Tahun 2012 makin menghampiri dan dijangka permukaan Matahari kian bergelora:



Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi