Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Friday, November 25, 2011

Musim Tengkujuh Sudah Tiba Di KB

Assalamualaikum,
Seperti biasa bila sampai setiap kali penghujung tahun, maka bermakna di KB akan mengalami musim tengkujuh yang hebat. Tahun ini musim tengkujuh agak awal datang dan berterusan agak lama. Sudah seminggu langit ditutpi awan tebal dan hujan yang berterusan sehingga kawasan-kawasan tertentu di KB dan Kelantan keseluruhanya dinaiki air.
Jadi, tiada apa2 aktiviti yang boleh dilakukan disini baik waktu pagi, tengah hari, petang atau pun malam hari. Jadi, untuk deep sky imaging atau pun melihat Matahari terpaksa ditunda mungkin sampai tahun depan.
Agaknya inilah masa yang sesuai untuk projek membersih atau mengkalibrasikan semua alat-alat yang ada untuk persedian tahun depan.
Nampaknya gerhana bulan pada 10/12/11 akan digerhanakan dulu oleh awan dan hujan yang tebal. Nampak kita kena cari tempat lain untuk melihat gerhana bulan nanti..mungkin di KL.
Walaubagaimanpun masih mengharapkan agar cuaca pada malam gerhana menjadi cantik seperti bulan julai yang lepas...Mohon kpada Allah sahaja.
Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Friday, November 11, 2011

Cerapan 11.11.2011 : Orion Nebula & Sirius

Sekarang, jam 0702  saya berada di Balai Cerap Mini Dr Rowi, matahari semakin memuncul, burung bertebaran keluar dari sarang, langit semakin mencerah cantik. Walaupun kipas ditutup, angin pagi yang sejuk amat kuat menerkam tubuh saya. Terpaksa badan dibungkus dengan  jaket Nike merah.Alatan untuk mencerap pada kali ali adalah teleskop Vixen reflector F/4, QSI Camera. Gambar ditangkap menggunakan ImagePlus 4.00 Camera Control. Kemudian gambar diberi sentuhan daripada ImagePlus (photo editting software) dan juga Adobe Photoshop CS3.


Semalam, adalah kali pertama saya menggunakan ImagePlus, interfacenya yang friendly memudahkan kerja-kerja saya. Selain itu, ImagePlus juga menyediakan tutorial yang ringkas dan padat, saya boleh belajar terus daripada tutorial tersebut untuk mengedit gambar-gambar yang ditangkap.

<><> <><> <><> <><> <><> <> <> <><> <><> <><> <><><><><>
Orion Nebula, M42. Turut kelihatan bintang yang
berpancang disebelah kanan, bintang Nair el - Saif.
Pada gambar Orion Nebula (kiri), bukan sahaja Orion Nebula yang wujud, tetapi de Mairan Nebula juga wujud. De Mairan Nebula, M43 terletak, betul-betul disebelah kiri Orion Nebula.
Selain itu, terdapat juga bintang yang berpancang di sebelah kanan gambar, bintang Nair el-Saif. Nair el - Saif adalah bintang yang melambangkan hujung Pedang Orion.

Bintang Sirius yang berpancang empat.
Pancang terjadi apabila cahaya dibiaskan
oleh bilah labah-labah teleskop.
Manakal gambar kedua, adalah gambar Sirius, bintang paling cerah bagi buruj Canis Major.

Monday, November 7, 2011

Tompok Matahari 1339 sedang menghadap Bumi

Salam Semua,
Mengikut lapuran dari spaceweather, tompok Matahari 1339  sedang bergerak kearah barat dan tidak beberapa lama lagi akan menghadap Planet Bumi. Tompok ini lebih besar berkali ganda dari saiz Bumi Jika kebetulan berlaku suar yang ganas pada tompok ini semasa berhadapan dengan Bumi kemungkinan besar aktiviti Aurora akan bertambah dan gangguan pada komukasi akan akan berlaku. Kita tunggu dan lihat.
Cuaca di KB agak baik pagi ini. Selepas pukul 11 pagi,  perlahan-lahan menghilang. Imej Matahari  dan tompok 1339 dirakamkan dengan  penapis Kedrick menggunakan teleskop APM 115 f7. 



Selamat Hari raya Eidul Adha,
Dr. Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, November 3, 2011

Matahari bergolak pada 2/11/11

Cuaca di KB pada 2/11/11 tiba2 menjadi cerah dengan langit yang bersih kebiruan setelah 5-6 hari  Matahari dilindungi awan tebal dan hujan yang tidak berhenti sepanjang hari. Kita sempat mengintai Matahari sebelum bertolak ke pejabat dengan teleskop Coronado. Kelihatan 2-3 loops julakan api yang besar berlaku pada sebelah timur  Matahari....mengikut pakar Matahari ia tidak meberi kesan kepada Bumi kerana semerak ini tidak berhadapan secara tepat dengan Bumi....Syukur.


Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi