Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Sunday, December 11, 2011

Laporan Gerhana Bulan Penuh 10 Dis 2011

6.00 ptg : Bertolak dari Kuala Lumpur menuju Telok Kemang. Sepanjang perjalanan, cuaca tidak stabil. Sekejap awan tebal kehitaman, sekejap kelihatan cerah di kaki langit. Separuh perjalanan dipandu arah oleh Ustaz Zaki.

6.15 ptg : Menerima berita daripada pusat cerapan di Mek Mas,Kota Bharu, awan tebal, dijangka hujan sekejap dan gerhana dapat dicerap hanya sejam.

6.35 ptg : Gerhana bermula, bulan telah memasuki bahagian penumbra.

7.50 mlm : Sampai ke Telok Kemang, 'specifically' sampai di Pusat Balai Cerap Negeri Sembilan. Disambut dengan jamuan makan malam.

8.15 mlm : Alatan imejing dipasang. Untuk kali ini, Kamera Canon EOS 60D dan lens 70-200 digunakan. Dilaraskan di atas tripod. Cuaca maih berkabus di atas. Bulan diselubungi awan. Angin semakin kencang bertiup. Pengunjung semakin ramai.

8.30 mlm : Gambar pertama ditangkap oleh Dr Rowi, untuk permulaan gambar ditangkap setiap 5 kali. Setiap kali gambar diambil, setting gambar mesti ditukar kerana biasan cahaya bulan berubah mengikut kehadiran awan atau bergantung kapada pantulan cahaya daripada bulan sendiri.

8.40 mlm : Bulan semakin menghampiri umbra, gambar diambil setiap 30 saat supaya tidak terlepas fasa penting iaitu, fasa umbra, fasa yang mana bulan memasuki bayang bumi. Cuaca amat baik, tiada riak-riak awan yang datang. Angin bertiup perlahan.

10.00 mlm : Bulan di pertengahan fasa umbra. Pengunjung semakin ramai, solat sunat gerhana baru sahaja selesai.

10.30 mlm : Sebahagian kecil pengujung bersurai. Gambar diambil dengan kadar setiap 3 minit.

10.50 mlm : Bulan keluar dari fasa umbra. Pada ketika ini, angin tidak bertiup tetapi awan menyelubungi  bulan.

12.30 tgh mlm : Kamera di kemas semula.

Berikut adalah gambar-gambar gerhana mengikut kronologi.


Friday, December 9, 2011

Imej Matahari 8 Disember 2011


Gambar matahari yang diambil di Balai Cerap Mini Dr. Rowi, Guchil Bayam, Kota Bharu pada pagi 8/12/2011




Cuaca pagi itu terlalu cerah disambut awan yang nipis dan kumpulan burung yang bebas merantau. Matahari gah menonjolkan diri dengan cahayanya yang terang. Di ufuk Timur sana, sang suria terus menghilangkan kegelapan malam. Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Segalanya telah tersusun dan set up.

Hampir 3 bulan tidak aktif dalam astrofotografi. Kelmarin, bersama bekas Pengerusi Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki 2011, Saudara Miqdad Noran, saya berkeempatan menggunakan 40mm Coronado Telescope, imej matahari berjaya diambil.

Imej dirakam dengan Lucam Recorder menggunan kamera skyNyx 2-1 M. Imej untuk permukaan Matahari diambil dengan 2000 Frames dan untuk suar dan semarak sebanyak 500 Frames. Selesai editting dengan RegiStax V6, kedua-dua imej digabungkan dalam adobe photoshop untuk hasil yang lebih kemas.

Kelihatan sunspot dan flaming yang jelas di atas permukaannya.

-Azim Ismail-
Coretan si Perintis