Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Monday, February 27, 2012

Himpunan planet-planet 25 & 26 Feb 2012


Assalamualaikum. 
Imej di bawah menunjukkan kedudukan planet Zuhrah dan Musytari serta bulan pada waktu petang pada 25 dan 26 Feb 2012







Imej ini dirakam oleh Nur Hashima Mahamarowi di balai cerap mini Dr Rowi dengan menggunakan kamera Canon 600D dengan exposure 10 saat dan ISO 200. 
Salam.

Sunday, February 26, 2012

Planet-planet pada 25 dan 26 Feb

Assalamualaikum,


Pada petang tadi (25/3/12) kita telah bernasib dapat melihat kesemua 5 planet dengan mata kasar dan kesemuanya telah dirakamkan dengan dengan kamera Skynyx. Planet-planet itu ialah:


1. Utarid (Mercury)
2. Zuhrah (Venus)
3. Marikh ( Mars)
4. Musytari (Jupiter) dan terakhir
5. Zuhal (saturn)

Diantara planet-planet ini, planet Mercury lah yang paling sukar sekali untuk dirakamkan kerana ia berada paling rendah dan kerana itu imejnya kelihatan amat kabur akibat dari gangguan lapisan atmosfera Bumi (imej dibawah). Planet Zuhrah juga masih dalam bentuk bulan separuh dan terang sekali jika dipandang dengan matakasar



Kebetulan pada petang tadi berlaku transit pada permukaan Musytari dimana salah sebuah bulanya melintasi pada permuakaanya sehingga bayangan bulan ini menimpa pada permukaanya. Ia kelihatan seperti satu titik hitam permukaanya yang jelas kelihatan walaupun dengan matakasar melalui teleskop......lihat imej diatas.
Planet Marikh juga amat cantik jika dilihat dengan mataksar tetapi melalui teleskop permukaanya sentiasa berubah-ubah. Saiznya juga sedikit bertambah besar dan akan kemuncak pada awal Mach ini......jangan lepaskan peluang

Permukaan bulan sabit juga dirakamkan

Salam dari Balai Cerap mini Dr. Rowi
 

Friday, February 24, 2012

Himpunan planet-planet dan Bulan

Assalamualaikum,
Pada petang tadi sebaik sahaja Matahari terbenam kelihatan bulan sabit yang cantik dan sangat indah dan dua bintang yang agak jelas pada arah barat, dua bintang tersebut sebenarnya adalah planet Zuhrah dan Musytari. Cuaca di Kota Bharu amat cantik sekali sehingga sukar untuk melihat walaupun setompok awan. Sebaik sahaja selepas jam sembilan malam, apabila kita cuba untuk merakamkan planet Musytari dengan menggunakan teleskop Mewlon awan mula kelihatan menutupi sebahagian besar langit di Kota Bharu.

Kami berharap agar cuaca bertambah baik kerana kami bercadang untuk merakamkan imej planet Marikh dan Zuhal pada tengah malam ini.

Walau bagaimanapun kami sempat merakamkan imej himpunan planet-planet dan Bulan tersebut.

Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi

Sekian dari Mohd Hafiz, Ara-Hiim dan juru kamera ABEjih

Wednesday, February 22, 2012

Planet-planet hari ini

Bermula pada petang tadi sebaik sahaja Matahari berlabuh, 2 buah planet jelas kelihata iaitu Venus dan Musytari pada langit sebelah barat. Kemudian pada sebelah timur pula planet Marikh kelihatan sudah meninggi dan mudah dikenali. Sebentar lagi akan muncul pula planet Zuhal.



Zuhal akan diupdatedkan sedikit masa lagi.
Kesemua planet-planet mudah dikenali dengan mata kasar.
Jangan lepaskan peluang ini
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Planet Marikh - 22 Februaury 2012

Alahamdulillah pada kesempatan malam ini saya bersama 2 orang pelajar daripada Maahad Muhammadi berkesempatan untuk mengambil gambar Planet Marikh pada tepat jam 12.00 Tengah Malam ..

Saya berasa sangat tenang ditemankan udara malam yang nyaman, serta beberapa kelompok awan yang mana Alhamdulillah tidak menggangu kerja-kerja mengambil gambar pada malam ini ..

Pada mulanya imej Sang Marikh kelihatan agak tidak jelas . Namun, setelah menunggu beberapa minit untuk proses penyuntingan, maka Alhamdulillah beberapa keping gambar berjaya dirakamkan ...

Begitulah lumrah kehidupan, sifat sabar yang tinggi haruslah sentiasa diamalkan selalu ..!

Betapa kerdilnya diri ini dirasakan apabila mahu dibandingkan dengan Sang Marikh yang jauh lebih gah dan perkasa dari diri ini.


Subhanallah ! Inilah salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T yang tidak dapat kita bayangkan keseluruhan keagungan ciptaan-Nya ..

Manakan tidak, dunia yang seluas Bumi ini sahaja, tidak sempat lagi diterokai sepenuhnya oleh saya ..

Wallahu'alam ..

Gambar Planet Marikh yang berjaya diambil
tepat jam 12 Tengah Malam ..


Dalam masa 1-2 jam sudah ada perubahan pada permukaanya ini kerana Planet Marikh juga berputar pada paksi

Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, February 21, 2012

Mars

A'mualaikum,
Cuaca di KB agak baik sepanjang malam. Planet Marikh kelihatan amat cantik dan menarik sekali dan mudah dikenali dengan mata kasar. Tidak lama lagi kedudukan Marikh akan berdekatan dengan Bumi dan saiz akan menajdi lebih besar. Oleh itu kita akan melakukan proses rakaman (pengimejan) planet ini setiap malam jika cuaca mengizinkan. Atas adalah imej planet Marikh yang dirakam sebentar tadi dengan menggunakan teleskop Mewlon 10" dengan bantuan kanta Barlow 2X. Walaupun tidak berawan tadi keadaan seeing agak tidak memuaskan sebab itu agak sukar untuk mendapatkan imej yang tajam.
InshaAllah kita akan cuba lagi. Begitu juga untuk planet Zuhal (imej bawah) amat sukar untuk mendapatkan imej yang tajam dam jelas.



Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, February 7, 2012

ISS di Balai Cerap Mini Dr Rowi

Assalamualaikum,

Baru sebentar tadi saya (Mohd Hafiz Bin Yusoff) bersama Abe Jih dan Dr Rowi baru sahaja melihat pergerakan satelit ISS dengan amat jelas sekali menggunakan mata kasar dan binakular.

Sayang sekali kamera dan teleskop tidak dapat digunakan. Anyway malam ini Abe Jih dan rakanya akan mencuba sekali lagi

Waktu nampak : 7:35 PM

Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi

Sekian

Mohd Hafiz Bin Yusoff

Monday, February 6, 2012

Hydrogen Alpha filter (Ha)

Salam

Buat pertama kali di Balai Cerap ini image M42 telah dirakamkan dengan menggunakan penapis Ha Jenis Astronomik Ha 6microA yang di pasang pada Canon 60D modified melalui telescope Pentax 100mm f/4 dengan dedahan selama 300sec X 3.


Diprocess dengan DeepSkyStacker dan PS.

Image dirakam olih mymoon.
 

Salam dari mymoon Balai Cerap Mini