Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Monday, April 30, 2012

matahari sangat aktif

Pada petang kita berkesempatan untuk merakamkan imej matahari...memang benar matahari sedang berada dalam fasa yang sangat aktif....maka tidak hairan jika cuaca dimerata dunia jadi tidak menentu..
Sama seperti di KB cuaca yang petang hari amat baik.
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Bulan dan Venus

assalamualaikum,
Dua hari lepas, sebaik sahaja matahari terbenam cuaca sangat cantik. Cepat2 kamera dan telescop kita hadapkan kepada planet Venus dan bulan. Sebaik sahaja beberapa imej dirakamkan cuaca bertukar menjadi gelap, awan tebal dan dikuti hujan lebat dan petir yang dahsat...

Planet venus kelihatan sangat canti berbentuk bulan sabit. Tidak berapa lama lagi ia akan menipis dan saiznya menjadi besar. Pada bulan Jun ini ia akan melintasi permukaan matahari. Jika anda mempunyai peluang ...inilah masanya.

Manakala bulan amat indah sekali

Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, April 24, 2012

Venus berbentuk bulan sabit

Assalamualaikum,

Planet sedang mengalami perubahan fasa2 yang amat ketara. Kalau 3-4 minggu yang lepas ia berbentuk seperti bulan separuh tetapi sekarang ini ia berbentuk sabit. Tidak lama lagi ia akan lebih menipis seolah kelihatan seperti anak bulan yang baru lahir tetapi saiz lebih besar. Jika anda mempunyai kesempatan ini adalah masa yang sesuia untuk memerhatikan perubahan fasa2 pada planet venus atau Zuhrah. Salam dari balai Cerap mini Dr. Rowi

Friday, April 20, 2012

Matahari kembali aktif

Assalamualaikum,
Sudah agak lama kita tidak updatkan halaman ini...ini memandangkan kesibukan tugas harian yang amat ketara. Boleh dikatakan pada bulan Mach yang lepas kita langsung tidak berkesempatan untuk meneropong dan melakukan kerja2 pengimejan. Cuaca di KB pula tidak lagi seperti dulu..pada kebiasaanya pada awal tahun cuaca begitu baik dan waktu begini lah kita berkesempatan untuk melakukan banyak aktivit2 astronomi tetapi pada tahun ini cuaca dari awal lagi sudaha berawan dan hujan serta awan yang tebal tidak menentu waktunya.....Apakah cuaca dunia kita sudah berubah?

Awal pagi tadi sebelum awan tebal menutupi langit kita sempat melihat matahari dengan teleskop coronado dan ini wajahnya







Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi