Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, May 31, 2012

Imej terakhir Venus?

Assalamualikum,
Barangkali ini lah imej terakhir planet venus sebelum berlakunya transit. Kedudukan venus sekarang agak rendah semasa matahari terbenam dan amat sukar sekali untuk melihat dan merakamkan imejnya. Ini  kerana cahaya dari venus terpaksa melalui lapisan atmosfera yang paling tebal dan dengan itu imejnya kelihatan bergoyang dan kabur. Oleh itu untuk merakamkan imej adalah disyorkan supaya dilakukan pada waktu tengah hari atau petang sebelum matahari terbenam diufuk barat. Planet ini sedang menuju ke matahari dan akan melintasinya sedikit masa nanti. Oleh itu bagi peminat2 astronomi semua, ini adalah waktu yang sesuai untuk kita melihat dan merakamkan imejnya walaupun agak sukar tetapi imejnya sangat cantik dan besar seolah-olah seperti bulan baru... disamping itu juga sebagai persediaan untuk melihat satu fenomena yang amat jarang terjadi itu transit planet venus. Jika tidak, kita tidak mungkin akan melihatnya lagi bagi mereka yang hidup pada masa ini....


Imej ini dirakamkan pada 30-5-12
Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi


Saturday, May 26, 2012

Matahari pagi ini

Assalamualaikum,
Mengikut lapuran spaceweather, 3-4 hari lalu keadaan matahari agak tenang dengan tiada tompok matahari yang aktif dan cenderung untuk meletus dengan skala sinaran yang tinggi tetapi pada pagi ini 26-5-12 pada sembirnya masih banyak semerak yang sangat besar dan aktif . Salah satunya dapat dirakamkan pada pagi ini..Jika kita dapat memantau aktiviti ini diselurh negara tentu sekali ia akan menjadi lebih menarik. Bagi mereka yang mempunyai teleskop matahari seperti coronado tentu sekali tidak mahu melepaskan peluang sebegini tambahan pula transit venus tidak seberapa lama lagi....





Salam dari Balai Cerap mini Dr. Rowi

Sunday, May 20, 2012

Venus sebelum transit

Assalamualikum,
Planet venus atau zuhrah semakin rendah kedudukanya pada ketika waktu matahari terbenam dan ini bermakna ia semakin  menghampiri matahari. Rupanya juga semakin cantik dan saiz bertambah besar. Bagi mereka yang belum pernah melihat planet venus tentu sekali akan menyangka ianya bulan sabit. Lebih kurang 2 minggu lagi planet ini akan melintasi permukaan matahari (ia itu pada 6-6-12). Jadi sama2 lah kita melihat perubahan fasa-fasa planet ini sebelum ia melintasi permukaan matahari...


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, May 17, 2012

Semerak yang terbesar pernah dilihat

Pada 13-5-12 baru-baru ini terdapat begitu banyak sekali semerak pada matahari. Terdapat 2 kelompok semarak yang amat besar dan belum pernah saya lihat selama ini....memang benar tahun ini dan tahun akan depan akan meyaksikan aktiviti-aktiviti yang lebih hebat lagi...jadi sama2 lah kita jika berpeluang untuk melihat kelakuan bintang yang paling dekat dan amat berpengaruh kepada hidup kita. Tanpanya mungkin sukar untuk kita berada diasini...itu lah kekuasaan yang Allah yang maha besar.






Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, May 10, 2012

Aktiviti tompok matahari 1476

Aktiviti tompok matahari makin menganas...demikian lapuran dari spaceweather. Kemungkinan ia akan mengeluarkan suar klas-X bila tompok ini menghadap bumi


 Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Wednesday, May 9, 2012

Imej terbaru planet Zuhal

Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tompok Hitam Matahari 1476

Assalamualaikum,
Cuaca pagi ini di KB tiba menjadi amat cantik dengan langit kebiruan tanpa awan. Matahari terang benderang. Sudah 3 hari di sini cuaca amat buruk dengan hujan dan awan tebal serta ribut petir.
Sebelum bertolak ke pejabat, kita sempat membuat penimejan pada matahari dan tompok hitam 1476 jelas kelihata. Tompok ini dipercayai akan menhasilkan letusan -X yang boleh menganggu bekalan letrik dan komunikasi di Bumi. 

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Planet yang cantik

Assalamualaikum,
Cuaca baik di KB malam ini stelah 2-3 hari yang lepas begitu buruk sekali.
Planet Zuhal masih sangat cantik...
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, May 6, 2012

Planet Marikh makin mengecil

A'salamualaikum,
Planet marikh makin mengecil dan cuma 3/.4 dari permukaanya sahaja yang boleh dilihat. Manakala planet Zuhrah pula makin membesar tetapi ia kelihatan seperti bulan sabit

Manakala planet Zuhal amat sukar dicerap walaupun kedudukanya mudah dilihat. Setiap kali teleskop dihadapakan padanya...awan sentiasa menutupinya


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Saturday, May 5, 2012

Bulan pada Perigee

Salam,
Jika kita berpeluang untuk menjengah Bulan pada malam ni....bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi. Cahaya dan saiznya lebih besar dan cerah. Kita cuba untuk melihat  semalam cuaca di KB tidak mengizinkan
Salam
Rowi