Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, October 27, 2012

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semoga kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa. Mungkin semalam merupakan satu rahmat Allah besar bagi penduduk di KB dan umunya seluruh pendudukan Kelantan yang secara tiba2 dikurniakan denagn cuaca yang amat baik dan indah sekali. Kebetulan pula ia merupankan hari pertama Raya Qurban atau Eidul Adha. Jadi segala aktiviti Qurban secara umumnya berjalan sangat lancar walaupun  terpaksa berkejaran ke Masjid pula pada tengah hari kerana terpaksa menunai solat Jumaat. Lebih2 lagi cuaca yang baik pada pagi semalam terus sahaja berlanjutan sehingga kemalam dan seterusnya pada hari ini. Ini merupakan satu satu fenomena yang jarang buat tahun ini dan seingat kita ini merupakan hari yang pertama bagi tahun ini dengan cuaca yang begitu baik dengan bintang2 bergemelapan walaupun disinari oleh cahaya bulan yang terang benderang. Kebetulan pula kita berada di Pantai Mek Mas semalam . Semoga cuaca akan terus kekal dan InshAllah kita akan cuba melakukan kerja2 astrofografi yang sudah lama tidak berjalan....

Matahari pada hari ini...masih dalam keadaan yang aktif...




Selamat Menyambut Eidul Adha kepada seluruh  peminat2 astronomi diamana sahaja anda berada

Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, October 21, 2012

Musim Tengkujuh Sudah Melanda di KB

Assalamualaikum,
Seperti yang dikatakan sebelum ini, cuaca pada tahun ini agak amat tidak teratur sebaik sahaja kita melangkah tahun 2012. Sejak awal tahun lagi hujan mula turun dan kita di KB tidak mengalami musim panas sedikit pun. Langit lebih banyak dilindungi awan pada siang hari dan malam pula hujan yang lebat. Banyak aktiviti2 astronomi yang dirangcangkan tidak menjadi, begitu juga dengan akviti2 astrofotografi di Balai Cerap Mini kita langsung tidak menjadi. Boleh dikatakan langsung tiada hasil yang baik untuk tahun ini....apakah dunia menjadi lebih sejuk tidak seperti apa yang digembar gemburkan "Global Warming"?.....

Sejak 2-3 hari yang lepas hujan sudah mencurah tanpa henti2 di KB.....matahari langsung tidak kelihatan..ini bermakna musim tengkujuh di pantai timur sudah bermula....maka aktivit2 astronomi terpaksa dihentikan buat sementara waktu.....

Jika ini benar maka musim tengkujuh berlaku terlalu awal di KB....apakah ia berkaitan dengan aktiviti tompok matahari yang aktif pada tahun ini?   Atau ia menujukan bahawa teori yang menyatakan Bumi makin panas tidak benar?....sayang sekali kita tidak mempuyai data yang cukup untuk mengaitkan dengan fenomena ini....

Alangkah baiknya jika kita sama2 mulakan dengan mengumpulkan maklumat ini 2,  mungkin ia amat berguna untuk kita membuat satu hipotesis yang baru .....


Maka semua teleskop akan dipanaskan sedikit supaya cerminya tidak dijangkiti kulat...


 
Suasana di KB buat masa kini......hujan tidak henti2...sukar sekali untuk matahari kelihatan......



Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi



Thursday, October 18, 2012

Assalamualaikum,
Nampaknya cuaca  tahun ini di KB dan umumnya di Malaysia tidak begitu manarik untuk aktiviti pengimejan dan pemerhatian langit. Dari pengamatan kita semenjak awal tahun ini, hampir2 setiap hari langit malam kita diliputi awan yang tebal. Apakah ini berlaku akibat daripada matahari kita  berada dalam puncak keaktifan? Adakah disebabkan oleh kepanasan global? Ternyata di KB tahun ini  tidak mempunyai musim panas yang panjang dan musim bermula semenjak awal tahun lagi.
Apa2 pun tetap kita bersyukur kerana negeri kita masih tidak mengalami bencana yang besar seperti negara2 yang lain...






Salam,
Dari Balaiu Cerap Mini