Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Friday, November 16, 2012

Gerhana matahari di Cairns Australia

Assalamualaikum,

Kita tiba di Brisbane pada pagi 10-11-12 dengan pesawat Etihad bersama dengan Helmi (anak) dan  Din (adik) dan kita  menginap selama satu malam disini.  Tidak seperti yang dijangka cuaca disini sama seperti  musim tengkujuh di KB dengan hujan dan angin yang kuat tetapi suhu yang agak rendah. Jika cuaca sebegini berterusan sudah pasti peluang untuk melihat gerhana pasti akan gagal lagi seperti apa yang berlaku di Shanghai 3 tahun yang lepas. 

Pada keesokan harinya, perjalanan ke Cairns  diteruskan dengan menaiki pesawat  domestic Jet Star. Perjalanan ke Cairns  mengambil masa selama lebih kurang 2 jam.

Pada hari yang berikut nya pula  En. Shah dan isterinya tiba di Cairns  untuk bersama-sama dengan  kita dalam. Sebuah kereta telah disewa untuk memudahkan pergerakan dan   mencari tempat  yang  sesuai untuk cerapan gerhana.  Seperti yang dijangka, hujan dan awan tebal sentiasa  melindungi kawasan yang dijangka menjadi tumpuan orang ramai seperti di pantai  Palm Cove,  Eliss Beach, Megretti  dan Port Doughlas

Sehari sebelum gerhana ramalan cuaca masih meramalkan hujan dan awan tebal sepanjang pantai  tempat  rebutan para peminat astronomi semua. Jadi kita telah berpakat dan mengambil keputusan untuk terus ke Marreeba iaitu disatu bandar yang agak jauh dari  pantai  dan sedikit pendalaman. Kita  mengambil masa lebih kurang sejam lebih  untuk sampai  kesini (lebih kurang 70km dari Bandar Cairns) dengan jalan yang agak berliku2 dan curam. Kita sungguh bernasib baik,   langit  malam hari disini sungguh cantik dan  menakjubkan dengan bintang2 bertaburan dengan banyaknya.  Malah kita mudah sekali melihat Andromeda galaksi  dengan matakasar walaupun pada awalnya agak sukar untuk  kita mengenal buruj2 disini maklumlah kesemuanya kelihatan terbalik…….Kita mengharapkan suasan langit malam hari akan berterusan sampai ke esokan harinya.

Pada keesokan harinya iaitu pada 14-11-12,  sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh kita terus  mencari lokasi yang sesuai untuk cerapan. Sebaik kita  tiba disuatu kawasan lapang bersebelah dengan sebuah stadium dengan  dataran  ufuk agak bebas dari lidungan, sudah terdapat beberapa kumpulan  peminat astronomi  yang telah pun memasang  dan siap sedia dengan kamera dan teleskop masing2 untuk cerapan dan pengimejan.  Salah sebuah kumpulan yang membawa alat kelengkap yang  tercanggih adalah peminat astronomi dari Jepun. Mereka merupakan pakar dalam  fografi gerhana.
                               Team Balai Cerap Mini Dr. Rowi dan Falak-Online sedang bersiap sedia
 
                        Team profesional dari Jepun begitu tekun meyediakan peralatan pengimejan

Tanpa melengahkan masa teleskop dan kemera terus sahaja dipasang bersebelahan dengan mereka. Kita sungguh bertuah dan amat gembira sekali,  cuaca pada pagi ini sangat baik dengan langit yang kebiruan. Sedikit tompok awan kelihatan pada ufuk sebelah matahari naik…dan oleh  kita telah terlepas untuk merakam detik sentuhan pertama gerhana matahari.
 Permulaan gerhana yang sempat pertama kali dirakamkan
 
 
 Matahari kelihatan seperti Bulan sabit
 
 
                                                                                      Baily's Beads 



       Corona jelas menyerlah sebaik sahaja Bulan menutupi sepenuhnya permukaan Matahari


                                 Semakin lama pendedahan makin besar corona kelihatan

                 Corona kelihatan sedikit kebiruan dengan menggunakan kamera Nikon


                                                                     Diamond Ring   




                                                      Diamond Ring melalui kamera Nikon



                      Sebaik sahaja menghampir gerhana penuh, suasana menjadi kelam dan malap, planet Venus jelas kelihatan pada bahagian atas kiri matahari.
Sepanjang masa gerhana,  tiada sedikitpun tompokan awan yang melindungi penglihatan kita. Paling teruja sekali apa berlaku sentuhan kedua dan ketiga. Kita dapat rasakan suasana ketika itu amat tenteram dan yaman dengan sedikit sorokan dan tepukan dari peminat astronomi yang berada sekitarnya . Cuaca menjadi sejuk dan suasana menjadi suram dan seolah2 semuanya terhenti buat seketika. Tangan tidak terhenti2 menekan butang pada  kamera dan mata tidak terlepas memandang pada bola matahari dan bulan (sudah tentu pada pada gerhana penuh).. .……memang agak sukar untuk diucapkan dengan kata2 suasana pada ketika ini…….SubhanaLLah Dia yang mengurus dan mengatur semua ini. Tiada siapa pun nyang boleh mengubah ketentuaNYA. Semua peristiwa ini mengambil masa lebih kurang 2jam tetapi semasa gerhana penuh ianya cuma mengambil masa 1 minit 40 saat sahaja. Bagi mereka yang berada berdekatan dengan pantai masa gerhana penuh mereka dapat melihat 15 saat lebih lama dari Mareeba. Walaubagaimana pun dari khabar yang kita terima mereka tidak melihat sejelas apa yang kita dapat lihat di Mareeba kerana ditutupi awan yang tebal dan cuaca yang mendung.

Kita telah berjaya merakamkan  hampirr semua  peringkat  peristiwa gerhana…….lihat imej2 diatas malah planet Venus jelas kelihatan berada diatas kiri dari matahari

Maka tidak hairan bagi mereka yang pernah mengalami atau meyaksikan peritiwa ini akan pasti sekali lagi akan tertuggu2 untuk mengikutinya  sekali lagi……kemudian anda akan termasuk dalam golongan yang digelar  ……………..Eclipse Chaser….. 

                           Sebahagian peminat2 gerhana yang berada di dataran Mareeba


                          Pemandangan sebahagian Bandar Raya Brisbane waktu malam

   Ahmad Helmi begitu bersungguh2 menolong meyiap sediakan peralatan tetapi 2 hari sahaja berada  di Autralia terus kena deman selsema kerana tidak tahan cuaca sejuk....

Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

  

 

Saturday, November 3, 2012

Matahari terkini....

Assalamualaikum,

Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah...
Mengikut lapuran spaceweather 2-3 hari lepas, keadaan permukaan matahari agak tenang dan tiada aktiviti2 yang boleh meletus pada skala yang besar tetapi ianya berlainan sama sekali dengan imej2 yang kita rakam pada 2 hari yang lepas. Jelas pada imej kita dibawah  bahawa terdapat banyak sekali aktiviti2 semarak yang kelihatan hampir semua pada birai matahari.....



 
 
 
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi