Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Tuesday, December 11, 2012

Pingat PJK

Assalamulaikum,
Shukur Alhamdulillah...hari ini (11/12/12) saya telah dianugerahkan pingat PJK (Pingat Jasa Kebaktian) di Air Keroh Melaka oleh Kerajaan Negeri Melaka..Penganugerahan berjalan dengan baik dan teratur...

Wah2 sudah hebat sekarang!!!!!


Salam
Dr. Rowi

Thursday, December 6, 2012

Jiran Bimasakti (Milky way)

Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa Milky way atau galaksi Bimasakti yang kita diami ini berada dalam satu kelompok dengan beberapa galaksi yang lain?. Kelompok galaksi2 yang mana  salah satu darinya adalah galaksi kita dipanggil kumpulan kluster tempatan atau " Local Galaxy Cluster" . Terdapat lebih kurang 31 buah yang berada dalam kumpulan ini. Kebanyak galaksi dalam kumpulan ini terdiri dari galaksi yang kecil atau juga dikenali sebagai "dwarf galaxy" atau galaksi kerdil. Galaksi yang paling besar dalam kumpulan ini ialah galaksi Andromeda. Ia dikatakan mempunyai bilangan bintang 2 kali ganda lebih banyak dari Bimasakti kita. Bimasakti kita merupakan yang kedua terbesar dalam kumpulan ini diikuti oleh galaksi M33 (Trigulum galaksi)

Yang menarik mengenai galaksi Andromeda ialah ia boleh dilihat dengan mata kasar sahaja pada malam hari jika kita mengetahui kedudukanya dengan terlebih dahulu mengetahui buruj Pegasus. Ia kelihatan sebagai satu kelompok awan nipis sahaja pada malam hari dan agak sukar bagi mereka yang melihat buat pertama kalinya. Dipercayai galaksi ini sedang menghala kearah galaksi kita dan suatu hari nanti (maksud disini bilion tahun lagi) kedua2 galaksi akan bertembung.

Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk melihat galaksi kebetulan pula cuaca di KB agak baik walaupun kita sudah memasuki musim tengkujuh.

Tahukah anda orang yang pertama menjumpai galaksi ini? Orang itu ialah seorang ahli astronomi Persian yang dikenali sebagai As-Sufi dalam tahun 964 AD. Beliau mengelarkan galaksi ini sebagai "Awan Kecil"

Menakjubkan lagi mengenai Galaksi Andromeda ini ialah ia mempunyai dua buah satelit galaksi yang kecil sama seperti Bimasakti kita  yang juga mempunyai dua buah galaksi satelit.


 
Ini adalah galaksi Andromeda yang dirakamkan dengan kamera QSI 583C.
Bolehkah saudara/Saudari mengenali 2 galaksi satelit tersebut dalam imej diatas? 
 
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Wednesday, December 5, 2012

Jupiter pada Oposisi

Assalamualaikum,

Sekali lagi kita berpeluang untuk menikmati keindahan langit malam. Di kota Bharu walaupun langit sepatutnya  gelap gulita dengan awan dan hujan yang hebat pada kebiasaan waktu ini tetapi ia berlainan sekali pada kali ini. Cuaca agak baik walaupun sekali sekali ditutupi awan dan hujan yang sederhana. Berkebutulan pula pada ketika ini planet yang terbesar dalam sistem suria kita iaitu Jupiter berada pada kedudukan oposisi iaitu pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi. Ia boleh dilihat sepanjang malam dengan jelas bermula sebaik sahaja matahari mula terbenam dan akan tengelam pada ufuk langit barat sebaik sahaja matahari mula timbul diufuk timor pada pagi hari.

Mengenal planet ini amat mudah...ia tidak memerluka apa2 alat optik. Dengan mata kasar sahaja sudah cukup untuk melihat keindahanya. Tetapi jika kita mempunyau sebuah binokular...tentu sekali ia menjadi lebih menarik. Mengapa tidak? kerana dengan binokular yang murah sahaja sudah cukup untuk kita melihat keempat-empat buah bulan yang mengitari planet  ini...walaupun sebenarnya planet ini mempunyai lebih dari 60 buah bulan....

Jadi, mengapa kita tidak menggunakan peluang baik ini sekarang  untuk memantau atau mencerap planet ini...

Dan saya rasa ini adalah masa untuk kita mempunyai sebuah binokular...sebagai alat permulaan...

Imej ini dirakam pada malam tadi dengan menggunakan Kamera Skynyx melalui teleskop Takahashi 10" Mewlon dan dibesarkan 2 kali dengan kanta Barlow.








Salam
Dari balai Cerap Mini Dr. Rowi