Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, February 16, 2013

Panel Astronomi

Assalamualaikum,

Pada 14-2-13 saya telah dijemput sebagai salah seorang panel astronomi bagi pehak Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdiri dari 6 orang kesemuanya. Mereka terdiri dari Prof. Dato' Baharudin Yatim (UKM), Prof Dato' Dr. Mohd Zamri (UM), Prof Baharrudin (UNISZA), Dr. Kassim Bahali dari Balai Cerap Al-Khawarizmi (Melaka) dan saya sendiri.

Tujuan perlantikan ahli-ahli panel ini adalah:

1. Untuk melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
2. Perbincangan Skop Tugasan Panel Pakar
3. Perbincangan berkenaan pemetaan bidang
4. dan juga hal yang berkaitan dengan astronomi secara umum

Diantara tugas dan tanggungjawab ahli panel adalah

i)      Menghadiri mesyuarat panel yang telah diatur oleh urus setia.
ii)     Mencadangkan dan menambah baik pemetaan bidang.
iii)    Mencadangkan judul-judul baharu dalam bidang yang berkaitan.
iv)    Mencadangkan penulis, penilai dan penyunting yang bersesuaian mengikut keperluan.
v)     Menjamin kesahihan fakta dan mutu penerbitan, serta memastikan penerbitannya teratur dan terancang.
vi)    Menilai kertas cadangan judul dan memperakukannya.
vii)   Menilai manuskrip dan memperakukannya.
viii)  Mengenal pasti isu-isu semasa yang berlaku mengikut bidang yang boleh dijadikan bahan penulisan supaya karya yang dihasilkan adalah terkini dan mengikuti perkembangan semasa.

Dari perbincangan tempoh hari, dapat kita simpulkan bahawa:
1. kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa sains dan teknologi.
2. Bersungguh-sungguh untuk memperbanyakkan buku dan karya dalam astronomi yang sangat sedikit masa kini, baik penulisan dalam bentuk ilmiah atau sebagai bacaan umum
3. Dewan Bahasa dan Pustaka berjanji akan;

    - mempercepatkan penerbitan

    - memberi bimbingan, kaunseling dan pemantauan

    - mengadakan kursus-kursus penulisan bagi sesiapa yang berminat

    - elaun mauskrip sebanyak RM 1000 akan diberikan kepada penulis buku bacaan umum dan RM 20 000 bagi buku ilmiah. Ini tidak termasuk royalti-royalti pendahuluan dan jualan.

Buat masa ini, panel telah bersetuju untuk cuba menghasilkan 20 judul buku-buku yang berkaitan dengan astronomi. diantaranya adalah seperti:
a. Sistem suria
b. Matahari
c. Bulan
d. Alat-alat pencerapan
e. Radioteleskop
f. Pengimejan
g. Fungsi balai cerap
h. Sejarah falak Melayu
i. Penentuan kiblat dan Solat
j. Teknik-teknik pengimejan
k. Astrofizik dan lain-lain lagi berkait dengan astronomi.

Oleh itu, saya menyeru kawan-kawan semua agar dapat menyahut cabaran ini untuk memulakan satu langkah baru sebagai seorang penulis buku astronomi. InsyaAllah, target 250,000 buah buku (iaitu 20% dari jumlah penduduk Malaysia) akan tercapai menjelang 2020....semoga ilmu yang kawan-kawan semua curahkan akan mendapat limpah rahmat didunia dan akhirat... Amien

Dengan lain kata bidang astronomi sedang mendapat perhatian yang besar dari kerajaan dan juga peminat Malaysia secara amnya. Semoga dengan ini cita-cita untuk membawa astronomi ke masyarakat akan tercapai....

Salam,

Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, February 12, 2013

Cuaca oh cuaca

Assalamualaikum,

Cuaca yang  baik di KB 2-3 hari yang lepas tiba2 menjadi mendung, awan yang tebal dan hujan yang lebat sebaik sahaja bermulanya bulan baru seolah2 seperti musim tengkujuh. Bagi kita yang sentiasa mengikuti perubahan cuaca ini tentu merasa sedikit pelik kerana kebiasanya cuaca akan menjadi lebih baik selepas Tahun Baru China. Malah pada tahun lepas tidak ada sedikit pun musim panas atau cuaca yang baik sepanjang tahun...

Kita agak bernasib baik kerana program menjejak bintang di pantai Mek Mas awal2 lagi telah dibatalkan disaat2 akhir.....kalau tidak tentu sekali sia2 sahaja kita ke sana.

Apakah perubahan cuaca sebegini berkait rapat dengan kitaran matahari yang sedang memasuki puncaknya?. Sebenarnya kaitan kitaran dan perubahan cuaca telah banyak sekali mendapat perhatian bagi ahli2 astronomi dan pakar cuaca.

Walaupun pada umumnya tiada satu bukti yang konkrit yang mengaitkan perubahan cuaca dan kitaran matahari tetapi untuk menolak mentah2 perkaitan ini juga tidaklah tepat.

Seperti yang dimaklumkan kitaran matahari mempunayi kesan jelas pada kejadian Aurora, hubungan satelit, power grid dan GPS....dan ini telah terbukti dan memang telah berlaku dalam sejarah bumi kita...

Jika kitaran matahari mempunyai kesan pada Bumi....mengapa tidak pada cuaca?

Ini adalah imej matahari yang dirakamkan 2 hari sebelum cuaca berubah.....masih terdapat tanda2 bahawa matahari masih amat aktif dengan semarak, filamen, tompok matahari dan flakulae pada permukaanya. Apakah adanya aktiviti sebegini menyebabkan cuaca berubah?
 
Seperti yang dinyatakan diatas kesan kitaran perubahan pada matahari telah mendapat perhatian yang mendalam pada ahli2 astronomi bukan sahaja mengenai kaitan dengan cuaca tetapi juga pada kejadian bencana alam, pertumbuhan tumbuhan dan buah2ah  dan juga kesan terhadap saikologi pada manusia sendiri..!!!!
 
Sama2 lah kita banyakan membaca dan menambahkan ilmu juga banyak memerhati ...mana tahu kita akan menemuinya nanti...sesungguhnya ilmu pada Allah itu teramat luas...tinggal kita sahaja untuk menerokoinya


Salam,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi



 

Saturday, February 9, 2013

NGC 5139

Assalamualaikum,

Cuaca di KB tiba2 menjadi sangat cantik dari pagi sampai ke malam. Cuaca sebegini amat jarang sekali sejak 1-2 tahun kebelakangi ini. Maka Balai Cerap Mini di KB tidak melepaskan peluang untuk merakamkan matahari dan objek-objek langit yang lain....

Salah sebuah objek yang sempat dirakamkan semalam adalah sebuah globular kluster yang dikenali sebagai NGC 5139. Kluster ini berada dalam buruj Centaurus oleh itu ia juga dikenali sebagai Omega centaurus. Jika kita dapat mengenali buruj ini ianya amat mudah untuk mengenali dan mencari kedudukan NGC 5139. Yang amat menarik mengenai kluster ini ialah ia dapat dilihat dengan mata kasar dan ia kelihatan sebagai satu tompokan awan nipis sahaja. Tetapi jika dilihat dengan teropong yang besar sudah pasti anda mungkin akan terkejut....mengapa tidak, kerena tompokan awan nipis dan kecil itu rupa2nya terdiri dari beratus ribu  bintang yang kelihatan berhimpit antara satu sama lain seolah-olah tiada lansung ruang antaranya. Tetapi pada hal sebenarnya jarak antara satu bintang masih jutaan km jauhnya...bermakna kita boleh memandu dengan kapal angkasa diantara ruang antara bintang tanpa perlu khuatir akan melanggar bintang2 tersebut...

Satu lagi perkara yang kita akan perasan apabila melihat dalam teleskop ialah warna hampir kesemua bintang dalam kluster ini kekuningan...ini menandakan bahawa hampir semua bintang yang ada dalam gugusan ini sudah berada dalam peringkat umur yang tua......

Seperkara lagi...iaitu kebanyakan kluter globular berada disekitar pusat Bimasakti....berlainan dengan kluster terbuka (open cluster) dan nebula yang kebanyaka terdapat dalam lengan-lengan bimasakti...


Tetapi buat waktu ini untuk melihat omega kluster terpaksa berjaga sehingga ke awal pagi...


   Salam,
   Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi