Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Tuesday, October 29, 2013

Bengkel Penulisan Buku Astronomi

Assalamualaikum,

Sudah sekian lama tidak menulis ruangan ini dan ini bukan kerana kita sudah tidak berminat lagi tetapi kerana kegiatan astrofotografi  dan pencerapan langsung tidak dapat dilakukan akibat dari cuaca yang tidak menentu akhir2 ini. Bagi mereka yang selalu memerhati langit pada waktu malam akan sedar bahawa dalam tahun ini tidak lebih dari 30 malam sahaja  langit malam yang cerah tanpa awan.  Walaupun pada ketika siang hari langit kelihatan baik tanpa awan, tiba2 ia bertukar menjadi  gelap gulita dengan awan yang tebal dan disusuli dengan hujan yang lebat pada malam hari. Malah bilangan hari untuk cerapan matahari pada siang hari pun agak sukar pada tahun ini.

Dari rekod yang kita lakukan semenjak dari bulan Jun sampai sekarang cuma kita mempunyai tidak lebih dari 3-5 malam sahaja cuaca yang baik pada malam hari. Jadi itu lah sebabnya mengapa akiviti cerapan dan astrofotografi tidak dapat dilakukan.

Walau apa pun kita harus bersyukur pada Allah kerana negara kita tidak ditimpa bala bencana yang besar seperti Philippines, Vietnam, Taiwan, India dan lain2 negara lagi. Semoga tahun2 mendatang negara kita akan dikurniakan dengan cuaca yang lebih baik.

Pada dua hari yang lepas saya telah menerima panggilan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengadakan  satu bengkel mengenai penulisan buku2 dalam bidang astronomi. Bengkel ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan bersungguh2  untuk menulis buku2 berkenaan  astronomi. DBP telah bersetuju untuk mengadakan bengkel ini dimana-mana sahaja asalkan di dalam Malaysia dan semua penginapan serta tambang akan ditanggung oleh pehak DBP.

Jadi, rasanya ini merupakan satu peluang yang baik bagi mereka yang berminat dalam astronomi supaya pengetahuan dan pengalaman mereka dapat disebarkan kepada orang ramai lebih2 lagi kepada  pelajar2 sekolah semuanya. Disamping itu ia boleh mendatangkan hasil pendapatan sampingan yang halal dan pahala yang besar dari Allah.....

Pehak DBP telah berjanji akan menerbitkan dan mencetak secepat mungkin hasil tulisan Tuan/Puan sebaik sahaja mendapat kelulusan.

Oleh itu jika Tuan/Puan berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan boleh menghubungi saya No. 0199266619 bila2 masa dan juga cadangan tempat untuk mengadakan bengkel ini. InshaAllah saya akan kemukakan kepada pehak DBP secepat mungkin.

Apa kata kalau kita mulakan bengkel pertama ini di Langkawi?

Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. rowi