Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Friday, January 17, 2014

Bengkel Pemurnian Manuskrip Bidang Astronomi

Peserta-peserta yang terlibat dalam bengkel pemurnian.

William sedang tekun menyediakan kertas cadangan astrofotografi.


Bengkel ini telah diadakan di Kelana Resort, Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 27-29 Disember 2013. Anjuran dewan Bahasa dan Pustaka.

Bengkel ini telah dihadiri oleh:
1- Pakar professional astronomi, Prof. Zamri UM, DR Nas UM, William dan DR Kassim Bahali Melaka.
2- Para amatur, En Shahrin Falak Online, Dr Rowi Balai Cerap Mini, Nurul Fatini, Cikgu Halimah Kolej Matrikulasi Penang, Nur Azam Penang.
3- Pegawai dan editor dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tujuan bengkel ini adalah;
1- Memberi pendedahan bagaimana untuk menghasilkan manuskrip terutamanya dalam bidang astronomi yang telah diberikan oleh para editor dari DBP. Termasuk juga hal-hal berkaitan cadangan dan penulisan, royalti, dan hal-hal berkaitan penulisan manuskrip.
2- Menyiapkan rangka kerja kertas cadangan mengenai topik-topik dan sub topik dalam astonomi.
3- Untuk melahirkan ramai penulis-penulis dalam bidang astronomi sesuai dengan matlamat dan cita-cita kerajaan untuk menambahkan khazanah atau ilmu astronomi.

Harapan supaya lebih ramaipara peminat astronomi terutama pakar-pakar dan amatur bergiat dalam penulisan supaya ilmu ini akan dapat disebarkan kepada pelajar-pelajar sekolah, masyarakat dan umumnya pelajar jurusan astronomi di universiti.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menulis buku-buku astronomi atau yang sudah mempunyai kertas cadangan penulisan bolehlah menghubungi saya dengan nombor 019-9266619 pada bila-bila masa. 

InshaAllah tahun ini, kita akan dapat melihat atau membaca buku-buku astronomi dalam bahasa Melayu. 

 Sekian dari Balai Cerap Mini Dr Rowi.



*Disediakan oleh Ashraf.