Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Monday, March 31, 2014

Hasil Cerapan Malam Ini

Assalamualaikum..

Semoga kalian dirahmati dan diberi keberkatan daripada-Nya.
Pada malam ini, kami dari Kelab Mahasiswa Falak telah berjaya merakamkam dan memproses beberapa imej planet-planet yang terdapat di langit Malaysia sejak jam 9.00 malam lagi. Antara planet-planet yang dapat kami rakamkan ialah planet Zuhal,  Marikh dan  Musytari. Berikut merupakan beberapa imej-imej yang sempat dirakamkan malam tadi di Balai Cerap Mini Dr. Rowi



Imej Jupiter ini telah diambil pada jam 10 malam tadi. Sepanjang proses pengambilan imej ini, planet ini sudah pun berada pada bahagian barat langit dan amat jelas kelihatan dengan mata kasar. Bagi mereka yang selalu memerhati langit sudah tentu amat mudah untuk mengenali planet ini. 



Imej diatas ini pula merupakan imej planet Marikh. Planet ini juga amat mudah untuk dilihat dengan mata kasar dengan warnanya yang kemerahan seperti biji saga. Ia berada di langit timur sebaiak sahaja matahari terbenam. Pada 14hb. April ini planet Marikh akan berada pada kedudukan oposisi dimana ia jaraknya dengan Bumi paling dekat. Oleh itu saiznya akan menjadi lebih besar. Malangnya sepanjang pengambilan imej ini, kami terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapat gambaran jelas planet ini kerana kehadiran  awan begitu tebal sejak awal pagi lagi. Alhamdulillah, selepas jam 2.00 pagi tadi, kami dapat merakam imej planet Marikh dengan mudah dan ini menyenangkan proses pengambilan imej tersebut.


Planet Zuhal merupakan planet keenam  daripada matahari dan merupakan planet kedua yang terbesar di Sistem Solar selepas  Musytari. Ia berada pada bahagian langit timur pada waktu pagi dan kami begitu teruja melihat planat yang terindah ini terpapar pada skren komputer.

Kami sangat teruja dapat belajar cara dan kaedah yang betul bagaimana cara merakam dan memproses imej2 palnet diatas. Kami sedar walaupun imej itu belum lagi sempurna tetapi kami berazam akan mempelajari lagi dengan lebih detail bagaimana cara memproses imej supaya ia kelihatan lebih cantik. Cuaca yang cukup baik di KB akan kami gunakan sepenuhnya….kebetulan pula kami baru sahaja memulakan percutian semesta………

Kesemua Imej-imej ini dirakamkan menggunakan;-
-Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci
- AP 1200 Mount 
-Kamera Skynyx Color 
-Diproses dengan Registax6
-Adobephotoshop

Sekian dari kami:

Kelab Mahasiswa Falak Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
-Shahirah
-Muhamad Khamis (Presiden)
-Muhammad Azim

Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Saturday, March 29, 2014

Marikh/ Mars

Assalamualaikum.

Semoga sahabat-sahabat sekalian sihat dan mendapat perlindungan dari Allah S.W.T.

Pada beberapa hari yang lalu, saya bersama sahabat Kelab Mahasiswa Falak telah membuat lawatan ke Balai Cerap Mini Dr. Rowi untuk mencerap planet Marikh yang telah berada dilangit Malaysia pada waktu itu. Berikut adalah imej yang telah dirakam oleh kami.


Beberapa hari lagi planet Marikh ini akan berada pada kedudukan oposisi maksudnya ia akan berada pada jarak yang paling dekat dengan bumi iaitu tempat dibelakang planet bumi, jadi ia akan timbul pada waktu matahari terbenam dan akan terbenam pada waktu matahari terbit. Pada ketika ini juga kita akan dapat melihat Planet Marikh sepnjang malam. Oleh kerana ia berada bertentangan dengan bumi pada jarak yang lebih dekat jika dibandingkan pada waktu-waktu yang lain saiznya kelihatan lebih besar. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat planet ini kerana kita terpaksa menunggu lebih dari 2 tahun lagi untuk mendapat kedudukan sebegini.

Sekian dari kami:
Kelab Mahasiswa Falak KIAS
-Shahirah
-Muhamad Khamis
-Muhammad Azim

Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Jupiter/ Musytari

Assalamualaikum.

Semoga sahabat-sahabat berada dalam perlindungan dan peliharaan Allah S.W.T.

Pada beberapa hari yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat dari KIAS telah membuat lawatan ke Balai Cerap Mini Dr. Rowi untuk mencerap planet Jupiter. Ini adalah imej planet Jupiter yang telah dirakam pada beberapa hari yang lalu. 


Jupiter ialah planet kelima dari matahari dan merupakan planet yang terbesar dalam Sistem Solar. Ia boleh dilihat di atas langit Malaysia pada waktu maghrib sehingga awal pagi.

 Imej ini dirakamkan menggunakan;-
-Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ AP 1200 Mount 
-Kamera Skynix Color -500 frame
-Diproses dengan Registax6
-Adobephotoshop

Sekian dari kami:

Kelab Mahasiswa Falak Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
-Shahirah
-Muhamad Khamis (Presiden)
-Muhammad Azim

Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Imej Sunspot di Balai Cerap Dr. Rowi

Assalamulaikum.

Diharap pembaca-pembaca berada dalam peliharaan Allah S.W.T.

Pada 29 Mac 2014, purata pukul 10.00 pagi, saya bersama dua orang sahabat dari Kelab Mahasiswa Falak Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra telah membuat lawatan ke Balai Cerap Mini Dr. Rowi untuk melihat dan mengambil imej-imej sunspot yang terdapat di matahari pada jam tersebut. Kami mempelajari cara-cara untuk mendapat gambar yang terbaik dalam mendapatkan gambaran sunspot yang jelas daripada Dr. Rowi. Berikut adalah gambar yang telah kami ambil dan memproses imej-imej tersebut menggunakan RegiStax dan Adobephotoshop:




Sekian daripada kami:
Kelab Mahasiswa Falak KIAS,
-Shahirah
-Muhamad Khamis
-Muhammad

Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, March 9, 2014

Praktikal Cerapan Bintang Oleh Pelajar Kias

Assalamualaikum.

Semoga kita semua berada dalam peliharaan dan rahmat Allah.
Baru-baru ini saya bersama sahabat-sahabat dari Kelab Mahasiswa Falak Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah mengadakan "Program Praktikal Cerapan Bintang" di Pantai Mek Mas, Kelantan. Program tersebut diadakan selama dua hari satu malam. Alhamdulillah, sepanjang program tersebut kami telah diberi keizinan oleh Dr. Rowi untuk tinggal di Mek Mas Gazing Site serta menggunakan peralatan bagi mencerap kepunyaan beliau.

Mek Mas Gazing Site

Tujuan program tersebut diadakan adalah bagi mendedahkan ilmu Falak secara praktikal kepada mahasiswa serta memberi peluang kepada mahasiswa bagi mengenali buruj-buruj yang terdapat dalam cakerawala. Di samping itu mahasiswa juga boleh belajar mengenai penggunaan peralatan berkaitan ilmu cakerawala. Penerangan berkaitan cakerawala telah disampaikan oleh pensyarah kami iaitu Ustaz Mohd Noor Bin Husin pada pukul 9.00 malam. Seterusnya, pada pukul 11.30 malam telah diadakan sesi melihat cakerawala.

Berikut beberapa imej yang sempat diambil sepanjang program berlangsung:


Berjalan kaki ke Mek Mas Gazing Site

Tazkirah maghrib oleh saudara Kamarul

Astrophotography




Penerangan tentang cakerawala oleh Ustaz Mohd Nor



Teleskop yang digunakan                        - Takahashi Mewlon 250 mm f/1 2 dan pelekap khatulistiwa 
                       - Takahashi EM 200






Sekian daripada kami:
Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
- Mohd Kamarul
- Muhammad Fahullah
- Muhamad Khamis
- Muhamad Azim
- Syed Uwaidhah Wafa
- Shahirah
- Siti NurFitrah
- Siti Nur Fatin
- NurFatin Athirah
- Nur Syazana
- Wan Nur Hamimi

Pantai Mek Mas, Kelantan.

Monday, March 3, 2014

Imej Nebula Orion Oleh Pelajar KIAS

Assalamu'alaikum. Semoga Saudara saudari berada dalam Rahmat Allah.

Saya bersama 2 rakan yang lain telah mengambil kesempatan melawat Balai Cerap Mini Dr.Rowi di rumahnya, kebetulan cuaca yang cukup baik maka saya dan rakan diberi peluang untuk melihat bagaimana cara pengimejan objek langit dilakukan dengan menggunakan kemudahan alatan yang ada di Balai Cerap ini. Ini adalah pengalaman pertama kami dan kami sangat teruja. Kami juga telah mempelajari bagaimana cara memproses imej-imej yang telah dirakamkan dengan menggunakan Adobephotoshop dengan  mudah.

Barulah kami sedar bahawa proses pengambilan imej bukanlah satu kerja yang mudah tetapi ia   memerlukan beberapa peralatan yang agak mahal dan rumit seperti:

1) Teleskop yang baik
2) Sebuah pelekap khatulistiwa (equatorial mount) yang sesuai
3) Kamera CCD/DSLR
4) Kamera pemandu
5) Sebuah Komputer yang telah di Install Program CCD
6) Program Adobephotoshop untuk memproses imej

Berikut adalah Imej Pertama Kami, mohon maaf kerana kualiti imej yang tidak beberapa baik tetapi ini amat bermakna bagi kami semua.








Sekian Terima Kasih:

(Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra)
Muhammad Azim
Muhamad Khamis
Syed Qayyum Wafa

Dari Balai Cerap Mini Dr.Rowi.