Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Tuesday, April 29, 2014

Lawatan pelajar ijazah sarjana muda (Astronomi), Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 19 April yang lalu, seramai 31 orang Mahasiswa/wi Ijazah Sarjana Muda Syariah (Astronomi Islam), Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah melakukan lawatan muhibah di Balai Cerap Mini Dr Rowi yang berada di Taman Tarbiah Guchil Bayam Kota Bharu. Ia merupakan kunjungan buat pertama kali bagi Mahasisiwa/wi UM ini ke Balai Cerap kita.

Tujuan utama lawatan muhibah  ini adalah  semata-mata untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan-kemudahan  yang ada dalam balai cerap ini serta aktiviti-akviti yang dijalankan. Tidak ketinggalan sejarah penubuhan balai cerap ini.


Kita mengharapkan agar lawatan yang singkat ini dapat memberikan sedikit munafaat kepada mereka agar suatu hari nanti mereka semua bercita-cita untuk mempunyai balai cerap sendiri ....InshaAllah. 

Kita juga mengharapkan agar kunjungan ini bukan yang  pertama dan yang terakhir...tetapi ia akan berterusan sepanjang masa. Semoga balai cerap ini akan  menjadi tempat untuk mahasiswa/wi berkogsi ilmu dengan kita dan peminat astronomi semua terutamanya pelajar-pelajar di Kelantan. 

-








Salam dari,
Balai Cerap Mini Dr Rowi

Monday, April 28, 2014

Jom baca keadaan di angkasa raya

Assalamualikum w.b.t..

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Marikh memiliki gunung terbesar iaitu 'Olympus Mons'"dengan ketinggian 24.14 km atau 15.5 batu dengan diameter 372 batu lebar. Menjadikan ia tiga kali lebih tinggi berbanding gunung Everest. Planet Marikh juga mempunyai jurang terbesar dalam sistem suria kita dinamakan 'Valles Marineris' di mana panjangnya sejauh 2500 batu dengan kedalaman 4 batu. Tarikan graviti di planet Marikh sangat rendah sehinggakan manusia yang beratnya 100kg di bumi akan menjadi 38kg di Marikh. Selain itu, Marikh juga mempunyai dua bulan yang dinamakan sebagai bulan Phobos dan bulan Deimos. Planet Marikh dinamakan bersempena nama Dewa Perang Rom kerana warnanya yang berwarna merah darah.

Planet yang terbesar sehingga mampu memuatkan 1300 Bumi ke dalamnya ialah Musytari atau lebih dikenali sebagai Jupiter dan ia mempunyai jirim yang terbesar yang mengadungi 71% semua jirim di bumi dan ketumpatan di Musytari adalah 1/3 lebih besar dari air. Musytari mempunyai gelang tetapi iannya tidak dapat dilihat dari bumi. Gelang yang terdapat di planet Musytari 100 kali ganda lebih legap dari gelang planet Zuhal/ Saturn. Ketebalan gelang tersebut kurang daripada 30km tebal. Voyager 1 telah mengambil imej gelang pertama pada tahun 1979. Terdapat 16 buah bulan di Musytari dan kebanyakkannya adalah bulan-bulan yang kecil. Terdapat empat buah bulan yang besar dan utama di Musytari di panggil 'Galilean' bersempena dengan orang yang menemuinya iaitu Galileo Galilei. Bulan tersebut diberi nama Callisto, Ganymede, Europa dan Io. 

Zuhal merupakan planet kedua terbesar yang ada di sistem suria kita dan berada di kedudukan yang keenam. Masyarakat Rom menggelarkannya sebagai Saturn kerana di ambil bersempena Dewa Pertanian. Planet ini kurang ketumpatannya daripada air sehinggakan jika kita meletakkan Zuhal di dalam tab mandi, ia akan terapung. Zuhal mempunyai 49 buah bulan yang telah disahkan dan 39 daripadanya telah diberikan nama. Bulan yang paling jelas untuk dilihat melalui teleskop adalah bulan Titan, ia merupakan satu-satunya bulan yang mempunyai atmosfera yang tebal dalam sistem suria. 

Imej di bawah merupakan imej yang telah dirakamkan pada 27-28 April 2014 dan peralatan yang kami gunakan dan pemprosesan imej tersebut ialah:-

- Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ Ap 1200 Mount
- Kamera Skynix Color •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame,
- Diproses melalui Registax
- Diedit melalui Adobephotoshop

27 April 2014

Jam 3.00 am

Jam 3.10 am

Jam 4.00
Jam 10.14 pm

Jam 10.25 pm
Jam 6.00 am

Jam 6.15 am
Gambar yang di atas ini diambil pada waktu subuh yang mana ketika itu kedudukan bulan dan Venus begitu hampir. Saya tidak berkesempatan untuk mengambil imej bulan dan Venus kerana kekhilafan saya sendiri.

28 April 2014

Jam 1.45 am

Jam 1.53 am

Jam 1.58 am

Jam 2.07 am

Jam 12.40 am

Jam 12.47 am
Jam 12.52 am
Semoga perkara yang saya telah coretkan dalam blog ini dapat diambil faedahnya dan secara langsung telah menambahkan ilmu kepada pembaca.

Sekian dari kami,
Kelab Mahasiswa Falak,
Shahirah
Muhamad Khamis
Toha

Dari,
Balai Cerap Mini Dr Rowi
28 April 2014, jam 07.53 malam.

Sunday, April 27, 2014

Tompokan putih di Marikh! Jupiter dan Saturn di angkasa raya!! Sun Flare in the House!!

Assalamualaikum w.b.t..

Diharap kita berada di bawah lindungan Allah s.w.t dan sentiasa dapat perlindungan-Nya. Disini saya ingin memohon maaf kerana terlambat untuk mengemas kini dan memuat naik gambar.. Berikut merupakan gambar Marikh yang diambil pada 26 April 2014.. Jika diperhatikan dengan betul, kita dapat melihat tompokan putih pada permukaan Marikh.. Tompokan putih tersebut merupakan kutub-kutub  yang ada di Marikh pada waktu itu..

Jam 11.11 malam 
Jam 11.12 malam

Jam 12.21 pagi

Jam 12.27 pagi

Jam 12.30 pagi

Kami juga telah merakam dan mengambil imej Jupiter dan Saturn.. Mari kita lihat bagaimana keadaan Jupiter dan Saturn pada 26  April 2014..

Jam 2.18 pagi
Jam 2.45 pagi

Jam 2.58 pagi

Jam 10.12 malam

Jam 10.24 malam

Pada jam 6.09 pagi, saya sempat melihat dengan mata kasar kedudukan bulan dan Venus yang hampir kedudukannya diantara satu sama lain. Saya amat terkilan kerana tidak dapat merakamkan imej bulan dan Venus pada kedudukan tersebut.. InshaAllah jika berkesempatan, akan saya mengambil imej mereka..

Matahari semakin meninggi, tanpa membuang masa kami meneruskan aktiviti mencerap matahari bermula pada pukul 8.07 pagi. Ini kerana matahari dapat dilihat sepenuhnya pada waktu itu dari segala halangan yang melindungi teleskop dari melihat matahari tersebut.. Berikut merupakan imej yang sempat kami rakamkan pagi tadi..

Jam 11.03 pagi

Jam 11.13 pagi

Add caption


Imej matahari diatas di stacking menggunakan registax dan diedit menggunakan adobephotoshop.

Antara peralatan yang kami gunakan sepanjang pengambilan imej ini adalah:
- Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ Ap 1200 Mount
- Kamera Skynix Color •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame,
- Diproses melalui Registax
- Diedit melalui Adobephotoshop

Sekian dari kami,
Kelab Mahasiswa Falak,
Shahirah
Muhamad Khamis
Toha

Dari,
Balai Cerap Mini Dr Rowi
26 April 2014, jam 10.43 malam.

Friday, April 25, 2014

Pada hari ini

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur kepada Allah kerana telah memberi peluang untuk meluangkan masa di Balai Cerap Mini Dr Rowi pada hari semalam. Kami memohon maaf kerana tidak update beberapa hari ini kerana kekangan masa.. Terima kasih diucapkan kepada Dr Rowi kerana berkongsi ilmu kepada kami dan sanggup menjadi murabbi kami.. Kami akan berada disini untuk beberapa hari untuk mencerap planet dan dalam masa  yang sama kami akan mempelajari cara untuk merakam imej bintang dan cara pengambilannya..

Berikut merupakan imej yang dirakam oleh kami:-

24 April 2014

Planet Marikh

Pukul 2.25 pagi

Pukul 2.33 am

Planet Saturn
Pukul 12.09 am

Pukul 12.12 am

Pukul 12.17 am

Pukul 12.22 am

Pukul 12.27 am


Pukul 12.32 am

Pukul 2.00 am







25 April 2014
Penampakan kutub-kutub di planet Marikh sangat jelas dilihat melalui teleskop..

Pukul 12.00 am

Pukul 12.59 am

InshaAllah pada malam 25 April 2014, Dr Rowi akan berkongsi ilmu dan menerangkan tentang Deep Sky sekaligus merakam imej Deep Sky jika berkesempatan dan cuaca elok pada waktu itu.. Kami amat berterima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu kepada kami..

Antara peralatan yang kami gunakan sepanjang pengambilan imej ini adalah:
- Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci/ Ap 1200 Mount
- Kamera Skynix Color •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame, 2000 frame
- Diproses melalui Registax
- Diedit melalui Adobephotoshop

Salam dari kami,
Shahirah
Muhamad Khamis
Toha

Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi,
25 April 2014

Wednesday, April 23, 2014

Hasil cerapan selama beberapa hari di Balai Cerap Mini Dr. Rowi

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada para pembaca sekalian,

saya Nik Ainur Athirah, pelajar Sarjana Muda Sains Senibina di UiTM Perak telah berkunjung ke Balai Cerap Mini Dr. Rowi di Kota Bharu selama beberapa hari untuk mengisi waktu lapang sepanjang cuti pertengahan semester. Saya mula berminat untuk menimba ilmu dalam bidang astronomi apabila timbul rasa ingin tahu tentang planet, Bulan dan bintang yang wujud dalam alam semesta ini. 

     Selain itu, saya juga berminat dalam bidang fotografi. Saya lebih suka mengambil gambar alam semulajadi dan gambar pada waktu malam kerana pada pandangan saya suasana pada waktu malam lebih menarik. Sebelum ini saya hanya mengambil gambar sahaja dan tidak mengetahui nama-nama bintang dan buruj yang terdapat di langit pada waktu malam. 

     Saya mulakan pembacaan saya tentang ilmu falak di laman web FalakOnline milik En. Shahrin Ahmad. Saya juga membaca tentang ahli-ahli astronomi yang terdapat di negara kita walaupun bilangannya tidak ramai. Selepas itu, saya mengikuti perkembangan di laman Facebook FalakOnline untuk melihat planet-planet yang boleh dilihat dengan mata kasar pada waktu malam.

     Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk memenuhi waktu cuti saya pada kali ini dengan berkunjung ke Balai Cerap Dr. Rowi untuk menimba ilmu.
Saya telah menyertai beberapa orang pelajar KIAS iaitu Muhamad Khamis dan Muhammad Azim. Mereka telah mengajar saya menggunakan software RegiStax 6 untuk memproses gambar yang telah diambil menggunakan teleskop Mewlon 10" dan kamera Skynyx. Kami berada di Balai Cerap Dr. Rowi pada waktu malam hingga pagi.

     Pada hari seterusnya, Dr. Rowi telah mengajar saya cara mengendalikan Balai Cerap tersebut dan cara menggunakan teleskop. Kami telah mengambil dan memproses gambar Bulan, Matahari dan planet-planet seperti Marikh, Zuhal, Zuhrah dan Musytari.
Antara peralatan yang kami gunakan termasuklah:
- Teleskop Takahashi Mewlon 10" Ap 1200 Mount
- Kamera Skynyx Color  •1000 frame, 1200 frame, 1500 frame

Di sini saya sertakan gambar-gambar yang telah saya rakam dengan menggunakan Nikon D90 dan gambar-gambar yang telah kami proses menggunakan RegiStax 6, Picasa 3 dan Adobe Photoshop CS6.


14 & 15 April 2014
Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Marikh

12.59am



16 & 17 April 2014
Jarak antara Marikh dengan Bulan



Marikh


Zuhal



monochrome

buruj

bintang


18 & 19 April 2014

Marikh/Mars




Zuhal/Saturn


Zuhrah/Venus


Musytari/Jupiter


Saya juga sempat merakam beberapa gambar permukaan Bulan pada waktu yang berlainan.













20 & 21 April 2014

Gambar Bulan yang telah dirakam meggunakan Nikon D90 dan lens Nikon 27-300mm dengan menggunakan setting yang berlainan.





 Panorama dari Balai Cerap Dr. Rowi.(hasil gabungan 10 gambar)


Pada 20 April, kami telah bermalam di Balai Cerap Mini Dr. Rowi dan sempat diajar oleh beliau cara-cara untuk merakam imej Matahari.
Berikut adalah beberapa gambar Matahari yang telah kami proses.








     Kesimpulannya, saya berharap agar diberi waktu, ruang dan peluang untuk menimba ilmu dalam bidang astronomi dengan lebih mendalam kerana masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari. Saya juga berharap dapat mengaitkan bidang astronomi dan bidang senibina. Semoga ilmu yang diperoleh dalam bidang astronomi sedikit sebanyak dapat saya kongsikan bersama. Kita seharusnya berani untuk menerokai bidang ilmu yang baru dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Harapan saya adalah agar lebih ramai orang berminat dan mula menceburi bidang ini lebih awal dan lebih mendalam. 
Sekian, wassalam.