Bengkel Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan Untuk Staff 2020 di Balai Cerap Kota Bharu
12-13 Ogos 2020 / 22-23 Zulhijjah 1441 Hijrah
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah selama dua hari, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menjalankan sebuah program Bengkel Falak Untuk Staff 2020 yang diadakan di Balai Cerap Kota Bharu. Kehadiran seramai 7 orang yang terdiri daripada 3 orang pelajar praktikal falak dan selebihnya 4 orang staff yang terdiri dari Ustaz Wan Muhammad Ezani, Ustaz Abdullah, Ustaz Aqeel dan Ustazah Mastura.
Rabu, 12 Ogos 2020
Serba sedikit penerangan dari Dr. Rowi berkenaan Kaedah Pengimejan kepada para staff Jabatan Mufti Negeri Kelantan, para pelajar praktikal Universiti Malaya dan beberapa orang yang turut hadir.
Foto di atas sedang berlangsungnya sesi perkongsian dari Dr. Rowi tentang Kaedah Pengimejan melalui pembentangan Power Point yang dipancarkan pada PC.
Pada sesi malam hari pula, terdapat aktiviti ringkas iaitu live video call berkaitan keadaan cuaca untuk pancuran meteor daripada Persatuan Astronomi Brunei bersama-sama Sabah Stargazer, Persatuan Astronomi-Falak Amatur Kelantan dan Pejabat Mufti Kelantan. Selain itu, Persatuan Astronomi Brunei menjelaskan mengenai kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menentukan bulan-bulan ibadah di Brunei. Brunei menggunakan kaedah rukyah hakiki dalam penentuan bulan-bulan ibadah seperti Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah manakala kaedah imkanul rukyah digunakan untuk bulan-bulan yang tidak melibatkan ibadah umat Islam.
Suasana sedang berlangsungnya video call Team Kelantan bersama Team Brunei berkenaan kemuncak meteor shower
Keadaan cuaca yang mendung dan hujan pada malam hari itu menyebabkan aktiviti meneropong meteor tidak dapat di lakukan. Oleh itu, tanpa membuang masa, waktu lapang tersebut di isi dengan perkongsian hasil-hasil rakaman imej planet, aktiviti matahari, aurora dan bulan oleh Dr. Rowi sendiri.
Sebulum itu, sesi dimulakan dengan ucapan dan penerangan berkaitan astronomi dari aspek Islam daripada Ustaz Wan Izzani. Seterusnya, Dr Rowi memberikan penerangan berkaitan pancuran meteor, planet dan matahari sambil menunjukkan hasil rakaman imej yang dipaparkan di PC.
Khamis, 13 Ogos 2020
Slot seterunya adalah pada sesi pagi iaitu aktiviti cara mengendalikan teleskop dan kaedah pengimejan terhadap imej matahari. Alhamdulillah syukur setelah beberapa hari cuaca tidak begitu baik, pada hari khamis tersebut, langit yang cerah membolehkan aktiviti cerapan matahari dijalankan bersama staff Jabatan Mufti serta pelajar-pelajar praktikal.
Foto di atas menunjukkan Ustaz Wan Muhammad Ezani (kiri) dan Ustaz Abdullah (tengah) sedang memfokuskan imej matahari pada Teleskop Lunt diameter 60mm yang telah siap dipasang dengan penuras alfahidogen kemudian di sambungkan ke laptop menggunakan video kamera.
Suasana slot pagi merakam imej semarak matahari menggunakan Teleskop Lunt berdiameter 60mm.
Program diakhiri dengan selesainya makan tengahari bersama-sama, solat zohor dan bersurai.
Sekian, terima kasih.
Penulis: Siti Suhaibah dan Syakirin
Sumber foto: Siti Suhaibah
Tempat: Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan