Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Tuesday, May 17, 2011

Bulan Purnama di KB




Walaupun pada malam ini Bulan sudah purnama tetapi kehadiran awan yang kadang2 agak tebal  menimbulkan sedikit kesulitan untuk merakamkan imej Bulan Purnama. Ini adalah sebahagian imej yang sempat dirakamkan dengan kamera Skynyx baru kita. Kesemua imej ini diambil dengan 200 frame kemudian di stackan dengan menggunakan program registax.    




Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi



Gambar diatas  ini diambil dengan menggunakan kamera canon 60D dengan lensa 70-200 F2.8 lensa berwarna putih dan menggunakan tripod. Lokasi gambar diambil di atas tapak rumah baru dr rowi. gambar ini dirakam oleh Mohamad Shahzree Shafiq (abe jack) 
Salam,
Abe Jack.

Saturday, May 14, 2011

Bulan dengan Skynyx camera

Dua -tiga malam lepas cuaca di KB tidak begitu baik walaupun pada siang hari begitu cerah dengan langit kebiruan tanpa awan yang tebal. Sebaik sahaja waktu petang menjelang cuaca menjadi mendung dan hujan lebat. Maka skynyx camera terpaksa disimpan sahaja. Nasib baik pada pertengahan malam cuaca menjadi cerah untuk seketika, apa lagi skynyx yang tersedia terus saja dipasang dan ini lah imej yang diperolehi dalam keadaan tergesa-gesa berkejaran dengan kelompok-kelompok awam yang tebal
Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
  


Sunday, May 8, 2011

Matahari di Planetarium Negara

As'mualaikum,
Beberapa hari ini kebetulan saya berada di KL dan telah buat bertemu janji dengan Kawan Kita Reduan berasma isterinya di Planetarium Negara untuk cuba untuk menyelesaikan masaalah kamera Lumenera Skynex saya dan teleskop Matahari Coronado. Kesempatan ini telah saya ambil untuk cuba merakamkan permukaan Matahari. Walaupun cuaca agak mendung dan berawan kita sempat merakamkan beberapa imej Matahari. 
Masaalah kamera saya sudah dapat di kenal pasti dan rasanya sudah  selesaikan dan Insaallah imej-imej akan kita papar sebanyak mungkin sebaik sahaja kita kembali ke KB.
Untuk pengetahuan semua, Matahari sedang mengalami kitaran aktif yang dijangka berlaku dalam setahun dua ini. Perhatain harus diberikan kerana ia melibatkan perubahan cuaca dan kejadian yang mungkin berupa taufan, ribut, aurora dan gangguan perhubungan setelit seluruh dunia. Semasa matahari berada pada kitaran puncak aktif yang tertinggi, maka kemunkinan kita akan melihat perubahan yang ketara pada permukaan Matahari seperti pertambahan dan perubahan  tompok-tompok hitam, semarak dan sebagainya. Maka  ia patut menjadi perhatian manusia di Bumi ini kerana ia melibatkan secara langsung dengan kehidupan kita
  




Dr. Rowi

Sunday, April 24, 2011

Planet Saturn

A'ssalamualaikum,
Ada sedikit masa terluang pada waktu ini. Ketika ini kita berada di Dhaka Bangladesh untuk kerja-kerja amal bagi kanak-kanak Bangladesh yang tak bernasib dibawah anjuran Mercy Malaysia denga kerjasama Hospital Community Dhaka dan USM.
Sebelum berangkat kesini sempat kita merakamkan imej Planet Saturn dengan menggunakan kamera baru kita iaitu Lumenera Skynyx melalui teleskop Mewlon Takahashi 10". Kemudian diproses dengan menggunakan Registax6
Salam dari Dhaka Bangladesh
Rowi
 

Saturday, March 26, 2011

Cuaca di KB Pre dan Post Tsunami

Asalamualaikum,
Semenjak 2-3 minggu sebelum dan selepas bencana Tsunami di Jepaun cuaca di KB tidak membolehkan kita melakukan cerapan dan imejin. Rasanya begitu sunyi sekali,  waktu malam dirasakan amat perlahan dan siang hari pula seperti waktu musim tengkujuh. Cuaca begini amat menghairankan bagi penduduk di sekitar KB kerana waktu begini kebiasaanya cuaca amat baik dan langit malam hari amat terang sehinggalah pada bulan Jun atau Julai. Balai Cerap Mini kita sudah tidak beroperasi lebih sebulan. Begitu juga dengan tetamu, peminat dan pelajar agak jarang berkunjung di Balai Cerap ini ketika ini. Walaupun Balai Cerap kita  sudah bersedia dengan kamera baru iaitu Lumenera Skynyx 2-1yang akan digunakan untuk pengimejang Matahari, Planet-planet dan Bulan tapi malang sekali tiada satu hari pun aktiviti ini dapat dilakukan.



Kamera Skynyx sentiasa bersedia untuk merakamkan Matahari, Bulan dan Planet-planet bila-bila masa sahaja. Malangnya, cuaca tidak mengizinkan.



Beginilah cuaca di Kota Bharu sebelum dan selepas Tsunami. Awan tebal dan hujan lebat seolah-olah waktu musim tengkujuh.

Walaubagaimanapun kita harus bersyukur kerana cuaca begini tidak sedikit pun mengancam penduduk KB seperti apa yang berlaku di Jepun.
Kita harap dan berdoa agar cuaca akan bertambah baik dan aktiviti pengcerapan dan pengimejinan dapat diteruskan seperti sediakala

As'salam
Dr. Rowi
Balai Cerap Mini

Friday, February 18, 2011

Teleskop Coronado

Ini adalah imej Matahari yang telah direkodkan melalui teleskop Coronado dengan menggunakan kamera CCD (SkyNyx) kepunyaan Reduan (Planetarium Negara) di Pantai Mek Mas Kuala Besar KB baru-baru ini. Imej ini di stacking dengan jumlah frame sebanyak 200. Manakala imej dibawah pula menunjukan semerak yang berlaku pada permukaan Matahari. Dilapurkan semarak pada permukaan Matahari makin bergelojak hari demi hari  dan ini adalah masa yang sesuai untuk bersiap sedia untuk mencerap. Pastikan penuras Matahari sentiasa digunakan. JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI TANPA PENURAS YANG DIBENARKAN!    

Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi


Saturday, January 29, 2011

Teleskop Matahari


Ini adalah telskop matahari (Coronado Solar Telescope 40mm)  terbaru kepunyaan Balai Cerap Mini Dr Rowi yang akan digunakan di Pantai MekMas nanti.


Walaubagaimanapun  mencerap matahari dengan menggunakan teleskop ini agak selamat  tetapi bagi kanak-kanak  hendaklah sentiasa  diawasi. Janagan sekali-kali memandang pada Matahari tanpa penuras Matahari yang dibenarkan.
  


Teknik a focal digunakan untuk merakamkan imej matahari dengan menggunakan kamera SLR melalui kanta mata.


Ini adalah salah satu imej matahari yang telah dirakamkan dengan menggunakan kaedah di atas. Kelihatan semarak pada lingkaran matahari. InshAllah imej-imej lain akan muncul.

Salam dari,
Balai Cerap Mini Dr Rowi

Saturday, January 8, 2011

Star party Pantai MekMas

                Ketika cuaca baik seketika sempat merakamkan Orion Nebula menggunakan teleskop Pentax 100mm f/4 dengan menggunakan Canon 50d mod camera. Belum diproses.

Cuaca di Kb sehari dua ini agak buruk. Air pada beberap tempat telah naik. Peralatan sudah lama tidak digunakan. Sejak seminggu lepas cuma satu hari sahaja cuaca agak baik untuk buat cerapan. 
Kita secara umumnya sudah bersetuju untuk mengadakan parti bintang anjuran bersama dengan Falak-online di Pantai Mek Mas  Kuala Besar pada tahun Baru Cina nanti.
Kita mohon agar bersama-sama memohon pada  ALLAH supaya program ini berjaya dan cuaca bertambah baik. Sila ikuti halaman Falak-Online selalu untuk mengikuti perkembangan seterusnya.
Selain acara parti bintang kita boleh mengadakan pertandingan memacing bagi mereka yang berminat.
Jangan lupa bawa bersama alatan astronomi dan juga alat  pancing anda. Sebuah rumah disediakan bedekatan dengan tempat cerapan. Cukup untuk 10-15 orang. Ada cukup bilik air dan dapur sekali. Sesiapa yang berminat memasak boleh gunakan. Boleh jimat belanja tak perlu sewa hotel yang mahal asalkan sanggup tidur atas lantai!
Kalau ombak idak terlalu besar boleh mandi manda ditepi pantai.. jangan pakai kain pelikat semasa mandi!
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, December 26, 2010

Cuaca di KB/ Star Party

Assalamualaikum,
Sehari dua ini cuaca di Kb makin baik. Di harap keadaan begini akan berterusan sehingga waktu malam.
InsyAllah jika keadaan begini berterusan aktiviti pencerapan and pengimejan akan dimulakan semula dan  segala imej2 yang terhasil akan diparkan dalam blog ini untuk dikongsi bersama.
Kita juga sedang merangcang untuk mengadakan Star Party di Pantai Mek Mas pada Tahun Baru Cina nanti.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghadirkan diri untuk berkongsi ilmu dengan sifu2 dari seluruh Malaysia
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi