Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, May 5, 2012

Bulan pada Perigee

Salam,
Jika kita berpeluang untuk menjengah Bulan pada malam ni....bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi. Cahaya dan saiznya lebih besar dan cerah. Kita cuba untuk melihat  semalam cuaca di KB tidak mengizinkan
Salam
Rowi

Monday, April 30, 2012

matahari sangat aktif

Pada petang kita berkesempatan untuk merakamkan imej matahari...memang benar matahari sedang berada dalam fasa yang sangat aktif....maka tidak hairan jika cuaca dimerata dunia jadi tidak menentu..
Sama seperti di KB cuaca yang petang hari amat baik.
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Bulan dan Venus

assalamualaikum,
Dua hari lepas, sebaik sahaja matahari terbenam cuaca sangat cantik. Cepat2 kamera dan telescop kita hadapkan kepada planet Venus dan bulan. Sebaik sahaja beberapa imej dirakamkan cuaca bertukar menjadi gelap, awan tebal dan dikuti hujan lebat dan petir yang dahsat...

Planet venus kelihatan sangat canti berbentuk bulan sabit. Tidak berapa lama lagi ia akan menipis dan saiznya menjadi besar. Pada bulan Jun ini ia akan melintasi permukaan matahari. Jika anda mempunyai peluang ...inilah masanya.

Manakala bulan amat indah sekali

Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, April 24, 2012

Venus berbentuk bulan sabit

Assalamualaikum,

Planet sedang mengalami perubahan fasa2 yang amat ketara. Kalau 3-4 minggu yang lepas ia berbentuk seperti bulan separuh tetapi sekarang ini ia berbentuk sabit. Tidak lama lagi ia akan lebih menipis seolah kelihatan seperti anak bulan yang baru lahir tetapi saiz lebih besar. Jika anda mempunyai kesempatan ini adalah masa yang sesuia untuk memerhatikan perubahan fasa2 pada planet venus atau Zuhrah. Salam dari balai Cerap mini Dr. Rowi

Friday, April 20, 2012

Matahari kembali aktif

Assalamualaikum,
Sudah agak lama kita tidak updatkan halaman ini...ini memandangkan kesibukan tugas harian yang amat ketara. Boleh dikatakan pada bulan Mach yang lepas kita langsung tidak berkesempatan untuk meneropong dan melakukan kerja2 pengimejan. Cuaca di KB pula tidak lagi seperti dulu..pada kebiasaanya pada awal tahun cuaca begitu baik dan waktu begini lah kita berkesempatan untuk melakukan banyak aktivit2 astronomi tetapi pada tahun ini cuaca dari awal lagi sudaha berawan dan hujan serta awan yang tebal tidak menentu waktunya.....Apakah cuaca dunia kita sudah berubah?

Awal pagi tadi sebelum awan tebal menutupi langit kita sempat melihat matahari dengan teleskop coronado dan ini wajahnya







Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Wednesday, March 28, 2012

Planet Zuhal

 Assalamualaikum,
Tidak seberapa lam lagi planet Zuhal akan berada dalam kedudukan oposisi dan bermakna secara relatifnya planet ini akan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi. Pada kedudukan ini ia akan berada disepanjang malam, dengan kata lain planet ini akan timbul pada waktu Maghrib dan tengelam pada pagi hari.
Jika kita mempunyai kesempatan lihatlah planet ini, pasti kita semua akan terpegun akan keindahanya.
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, March 25, 2012

Marikh, Venus dan Zuhal

A'alaikum,
Planet Marikh sudah semakin jauh dari Bumi dan kerana itu saiz lebih kecil kalau dibandingkan 2-3 minggu dulu tetapi sekarang ia kelihatan mempunyai 2 tompokan putih pada kedua2 kutubnya.

Manakala planet venus pula pada pandangan mata kasar amat terang dan cantik sekali tetapi pada pandanganteleskop tidak mempunyai ciri2 yang menarik pada permukaanya kecuali perubahan-perubahan pada fasa2nya yang seolah-olah seperti yang berlaku pada fasa bulan.

Planet Venus dirakam sebaik sahaja Matahari terbenam pada Marikh pula pada kira2 pukul 10 malam pada 24-3-12 .

Pada pertengahan malam cuaca makin berawan dan keadaan seeing juga tidak memuaskan...tapi sempat merakam wajah planet zuhal seketika. Planet ini akan berada pada kedudukan oposisi tidak lama lagi



Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, March 18, 2012

Astronomi di di Mumbai

Pada cuti sekolah bermula pada 11-16/2012 baru2 ini kita berkesempatan melawat Bombay atau sekarang lebih dikenali sebagai Mumbai. Ketika berada di pantai Juhu iaitu salah  tempat tumpuan orang ramai di Mumbai planet venus dan musytari jelas kelihatan dari sebelah barat ketika Matahari terbenam. Pada ketika ini planet musytari sudah berada lebih rendah daripada planet venus.  

 
  
Kita juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik seperti Planetarium dan pusat sain Nehru. Rupa2nya di India masih ramai lagi orang yang meminati astronomi melihat pada kehadiran mereka pada pertunjukan  tayangan astronomi . Dewan tayangan astronomi mereka lebih besar dan luas serta peralatan di dalamnya dijaga dengan baik dan teratur.

Begitu juga dengan pelajar2 sekolah mereka datang dari pelbagai pelusuk Mumbai dan mendengar ceramah astronomi dengan penuh minat dan berdisiplin. Maka tidak hairan India telah melahirkan ramai cendikiawan atau saintis yang terkenal diperingkat antarabangsa dan salah seorang saintis mereka ialah Chandrasekar.





Mereka juga mempunyai sebuah pusat sains yang baik dan bermutu penuh dengan maklumat mengenai sains dan teknologi yang terkini

Saya juga sempat dipilih  menjadi salah seorang astronout semasa berada disana....!!!

Salam Dari Balia Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, March 6, 2012

Wajah-wajah bulan...

Salam untuk semua,

Wajah2 bulan yang sempat dirakamkan sebelum Kota Bharu secara tiba2 dilanda hujan lebat dua hari berturut-turut...maka benar kata pepatah Melayu wajah cantik bagaikan rembulan.
Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi