Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Wednesday, July 10, 2013

Bulan Ramadhan dan Venus dari Singapura

Assalamualaikum..

Semoga semua kaum Muslim dimana sahaja berada sentiasa dalam Baraqah...ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sudah sekian lama kita tidak mengupdatkan Balai Cerap Mini kita atas sebab2 kesibukan yang luar biasa 2-3 bulan kebelakngan ini ditambah pula dengan cuaca yang tidak mengizinkan...InshaAllah selepas ramadhan nanti  aktiviti2 pencerapan akan dilakukan semula dan mohon kepada Allah agar cuaca bertambah baik dan memberikan akal dan kesihatan yang lebih baik...

Foto dibawah dirakamkan baru sekejap tadi dari tingkat 33 Swissotel Singapore dengan menggunakan kamera Nikon SLR. Ketika ini bulan sudah berumur dua hari bersama dengan planet Zuhrah atau Venus yang berada disebelah kanan bulan....

Nampaknya kena cari lokasi tempat untuk Solat Terawih....tentu sekali agak sukar di sini....



Hari 3 Ramadhan....kelihatan bulan sabit makin besar dan lebih tinggi kedudukanya dari planet Venus......nampaknya cuaca di Singapura lebih baik dari KB

 
Imaj ini diambil sebaik sahaja selepas berbuka puasa. Berbuka dengan Nasik lemak dan bernasib baik terjumpa daging halal....AlhamdulliLlah

Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Saturday, February 16, 2013

Panel Astronomi

Assalamualaikum,

Pada 14-2-13 saya telah dijemput sebagai salah seorang panel astronomi bagi pehak Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdiri dari 6 orang kesemuanya. Mereka terdiri dari Prof. Dato' Baharudin Yatim (UKM), Prof Dato' Dr. Mohd Zamri (UM), Prof Baharrudin (UNISZA), Dr. Kassim Bahali dari Balai Cerap Al-Khawarizmi (Melaka) dan saya sendiri.

Tujuan perlantikan ahli-ahli panel ini adalah:

1. Untuk melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
2. Perbincangan Skop Tugasan Panel Pakar
3. Perbincangan berkenaan pemetaan bidang
4. dan juga hal yang berkaitan dengan astronomi secara umum

Diantara tugas dan tanggungjawab ahli panel adalah

i)      Menghadiri mesyuarat panel yang telah diatur oleh urus setia.
ii)     Mencadangkan dan menambah baik pemetaan bidang.
iii)    Mencadangkan judul-judul baharu dalam bidang yang berkaitan.
iv)    Mencadangkan penulis, penilai dan penyunting yang bersesuaian mengikut keperluan.
v)     Menjamin kesahihan fakta dan mutu penerbitan, serta memastikan penerbitannya teratur dan terancang.
vi)    Menilai kertas cadangan judul dan memperakukannya.
vii)   Menilai manuskrip dan memperakukannya.
viii)  Mengenal pasti isu-isu semasa yang berlaku mengikut bidang yang boleh dijadikan bahan penulisan supaya karya yang dihasilkan adalah terkini dan mengikuti perkembangan semasa.

Dari perbincangan tempoh hari, dapat kita simpulkan bahawa:
1. kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa sains dan teknologi.
2. Bersungguh-sungguh untuk memperbanyakkan buku dan karya dalam astronomi yang sangat sedikit masa kini, baik penulisan dalam bentuk ilmiah atau sebagai bacaan umum
3. Dewan Bahasa dan Pustaka berjanji akan;

    - mempercepatkan penerbitan

    - memberi bimbingan, kaunseling dan pemantauan

    - mengadakan kursus-kursus penulisan bagi sesiapa yang berminat

    - elaun mauskrip sebanyak RM 1000 akan diberikan kepada penulis buku bacaan umum dan RM 20 000 bagi buku ilmiah. Ini tidak termasuk royalti-royalti pendahuluan dan jualan.

Buat masa ini, panel telah bersetuju untuk cuba menghasilkan 20 judul buku-buku yang berkaitan dengan astronomi. diantaranya adalah seperti:
a. Sistem suria
b. Matahari
c. Bulan
d. Alat-alat pencerapan
e. Radioteleskop
f. Pengimejan
g. Fungsi balai cerap
h. Sejarah falak Melayu
i. Penentuan kiblat dan Solat
j. Teknik-teknik pengimejan
k. Astrofizik dan lain-lain lagi berkait dengan astronomi.

Oleh itu, saya menyeru kawan-kawan semua agar dapat menyahut cabaran ini untuk memulakan satu langkah baru sebagai seorang penulis buku astronomi. InsyaAllah, target 250,000 buah buku (iaitu 20% dari jumlah penduduk Malaysia) akan tercapai menjelang 2020....semoga ilmu yang kawan-kawan semua curahkan akan mendapat limpah rahmat didunia dan akhirat... Amien

Dengan lain kata bidang astronomi sedang mendapat perhatian yang besar dari kerajaan dan juga peminat Malaysia secara amnya. Semoga dengan ini cita-cita untuk membawa astronomi ke masyarakat akan tercapai....

Salam,

Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, February 12, 2013

Cuaca oh cuaca

Assalamualaikum,

Cuaca yang  baik di KB 2-3 hari yang lepas tiba2 menjadi mendung, awan yang tebal dan hujan yang lebat sebaik sahaja bermulanya bulan baru seolah2 seperti musim tengkujuh. Bagi kita yang sentiasa mengikuti perubahan cuaca ini tentu merasa sedikit pelik kerana kebiasanya cuaca akan menjadi lebih baik selepas Tahun Baru China. Malah pada tahun lepas tidak ada sedikit pun musim panas atau cuaca yang baik sepanjang tahun...

Kita agak bernasib baik kerana program menjejak bintang di pantai Mek Mas awal2 lagi telah dibatalkan disaat2 akhir.....kalau tidak tentu sekali sia2 sahaja kita ke sana.

Apakah perubahan cuaca sebegini berkait rapat dengan kitaran matahari yang sedang memasuki puncaknya?. Sebenarnya kaitan kitaran dan perubahan cuaca telah banyak sekali mendapat perhatian bagi ahli2 astronomi dan pakar cuaca.

Walaupun pada umumnya tiada satu bukti yang konkrit yang mengaitkan perubahan cuaca dan kitaran matahari tetapi untuk menolak mentah2 perkaitan ini juga tidaklah tepat.

Seperti yang dimaklumkan kitaran matahari mempunayi kesan jelas pada kejadian Aurora, hubungan satelit, power grid dan GPS....dan ini telah terbukti dan memang telah berlaku dalam sejarah bumi kita...

Jika kitaran matahari mempunyai kesan pada Bumi....mengapa tidak pada cuaca?

Ini adalah imej matahari yang dirakamkan 2 hari sebelum cuaca berubah.....masih terdapat tanda2 bahawa matahari masih amat aktif dengan semarak, filamen, tompok matahari dan flakulae pada permukaanya. Apakah adanya aktiviti sebegini menyebabkan cuaca berubah?
 
Seperti yang dinyatakan diatas kesan kitaran perubahan pada matahari telah mendapat perhatian yang mendalam pada ahli2 astronomi bukan sahaja mengenai kaitan dengan cuaca tetapi juga pada kejadian bencana alam, pertumbuhan tumbuhan dan buah2ah  dan juga kesan terhadap saikologi pada manusia sendiri..!!!!
 
Sama2 lah kita banyakan membaca dan menambahkan ilmu juga banyak memerhati ...mana tahu kita akan menemuinya nanti...sesungguhnya ilmu pada Allah itu teramat luas...tinggal kita sahaja untuk menerokoinya


Salam,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi



 

Saturday, February 9, 2013

NGC 5139

Assalamualaikum,

Cuaca di KB tiba2 menjadi sangat cantik dari pagi sampai ke malam. Cuaca sebegini amat jarang sekali sejak 1-2 tahun kebelakangi ini. Maka Balai Cerap Mini di KB tidak melepaskan peluang untuk merakamkan matahari dan objek-objek langit yang lain....

Salah sebuah objek yang sempat dirakamkan semalam adalah sebuah globular kluster yang dikenali sebagai NGC 5139. Kluster ini berada dalam buruj Centaurus oleh itu ia juga dikenali sebagai Omega centaurus. Jika kita dapat mengenali buruj ini ianya amat mudah untuk mengenali dan mencari kedudukan NGC 5139. Yang amat menarik mengenai kluster ini ialah ia dapat dilihat dengan mata kasar dan ia kelihatan sebagai satu tompokan awan nipis sahaja. Tetapi jika dilihat dengan teropong yang besar sudah pasti anda mungkin akan terkejut....mengapa tidak, kerena tompokan awan nipis dan kecil itu rupa2nya terdiri dari beratus ribu  bintang yang kelihatan berhimpit antara satu sama lain seolah-olah tiada lansung ruang antaranya. Tetapi pada hal sebenarnya jarak antara satu bintang masih jutaan km jauhnya...bermakna kita boleh memandu dengan kapal angkasa diantara ruang antara bintang tanpa perlu khuatir akan melanggar bintang2 tersebut...

Satu lagi perkara yang kita akan perasan apabila melihat dalam teleskop ialah warna hampir kesemua bintang dalam kluster ini kekuningan...ini menandakan bahawa hampir semua bintang yang ada dalam gugusan ini sudah berada dalam peringkat umur yang tua......

Seperkara lagi...iaitu kebanyakan kluter globular berada disekitar pusat Bimasakti....berlainan dengan kluster terbuka (open cluster) dan nebula yang kebanyaka terdapat dalam lengan-lengan bimasakti...


Tetapi buat waktu ini untuk melihat omega kluster terpaksa berjaga sehingga ke awal pagi...


   Salam,
   Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, January 27, 2013

Nebula Orion

Assalamualaiku,

Dalam Bimasakti bukan bintang2 sahaja yang mendiami didalamnya tetapi juga mengandungi debu2 dan awan gas yang dipanggil Nebula. Terdapat beberapa nebula yang menarik berada dalam Bimasakti dapat dilihat dengan matakasar tanpa memerlukan alat optik atau alat pembesarsan yang lain. Tetapi jika kita melihat melalui teleskop pasti stuktur dalaman akan lebih terserlah. Salah sebuah nebula yang selalu menjadi tempat kesukaan untuk difotografikan ialah Nebula Orion. Nebula Orion sangat besar jumlah quntitinya tetapi sebenarnya kepadatan gas2 dan debu2 yang berada diadalamnya jauh berjuta2 kali lebih rendah dari udara yang kita sedang hirup sekarang. Dari jumlah debu dan gas yang banyak ini lahlahirnya bintang2. Ia bermula dengan pengecutan gas2 dan debu2 yang nipis kearah pusantnya akibat dari tarikan graviti sehingga cukup untuk memulakan cetusan dan membentuk bintang.

 Diperkirakan 6,000,000,000 tahun dahulu matahari kita telah terbentuk dengan kaedah hampir sebegini...





 
 
Ini adalah sebahagian dari Nebula Orion, lihat pada pusatnya terdapat beberapa buah bintang yang amat terang dan cerah. Bintang ini dipercayai baru terbentuk. Berapa buah bintang dalam pusat Nebula dipanggil Trapizium kerana bentuk susunanya. Imej ini dirakamkan dengan teleskop Mewlon 10" dengan menggunakan kamera berwarna QSI dengan dedahan selama 20 minit.
 
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, January 24, 2013

Pelajar Australia melawat Balai Cerap Mini

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali. Agak sudah lama tidak menulis diruangan ini memandangka 1-2 bulan ini jadual kita agak sibuk bukan sahaja atas urusan universiti tetapi juga urusan keluarga. Lebih-lebih lagi cuaca yang amat tidak menentu di KB.  Walaupun pada kebiasaanya cuaca pada waktu ini sepatutnya baik  tetapi hingga sekarang masih lagi belum sepenuhnya seolah2 musim banjir belum lagi tamat. Maka aktivit2 astronomi terpaksa dihentikan sementara

Baru-baru ini seorang pelajar dari Australia (Brisbane) datang melawat balai cerap mini kita bertemankan keluarganya. Beliau berasal dari Malaysia (kelantan) dan sekarang sedang menetap dan belajar di Australia.

Pelajar ini begitu fasih berbahasa English malah sukar bagi pelajar ini bercakap dalam bahasa maklumlah agak lama di Asutralia walaupun masih boleh memahami perkataan Melayu.

Sebaik sahaja Balai Cerap Mini dibuka, beliau terus kagum dengan alatan yang kita ada, malah katanya teleskop yang paling besar pernah dilihatnya. Walaupun awan yang tebal silih berganti tetapi sebaik sahaja kita tunjukan planet Jupiter, beliau terus mengenali planet ini malah boleh bercerita dengan lebih detail lagi.

Melihat pada gelagatnya, nyata pelajar kelahiran Malaysia ini begitu meminati Astronomi dan banyak membaca mengenainya. Soalan2 yang ditanyai memang menampakan beliau amat berpengetahuan. Sayang sekali cuaca yang tidak baik tidak membolehkan pelajar ini melihat sepuasnya. Kebetulan pula bulan sudah tiada dan planet Zuhal belum lagi timbul di ufuk timur.

Inilah pelajar yang kita maksudkan, Anas namanya. Begitu tekun memerhati Jupiter. Beliau amat mudah belajar untuk mengendalikan teleskop di balai cerap kita.

Beliau memohon untuk tidur di Balai Cerap kita untuk melihat planet2 lain tetapi cuaca yang tidak mengizinkanya.....

 Bolehkah kita datang lagi di sini?, itu adalah kata2 terakhir beliau sebelum meninggalkan Balai Cerap Mini...

Tapi beliau berjanji akan datang di Balai Cerap Mini kita lagi sebaik sahaja beliau kembali lagi ke Malaysia mungkin semasa cuti panjang tahun depan......

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi


Tuesday, December 11, 2012

Pingat PJK

Assalamulaikum,
Shukur Alhamdulillah...hari ini (11/12/12) saya telah dianugerahkan pingat PJK (Pingat Jasa Kebaktian) di Air Keroh Melaka oleh Kerajaan Negeri Melaka..Penganugerahan berjalan dengan baik dan teratur...

Wah2 sudah hebat sekarang!!!!!


Salam
Dr. Rowi

Thursday, December 6, 2012

Jiran Bimasakti (Milky way)

Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa Milky way atau galaksi Bimasakti yang kita diami ini berada dalam satu kelompok dengan beberapa galaksi yang lain?. Kelompok galaksi2 yang mana  salah satu darinya adalah galaksi kita dipanggil kumpulan kluster tempatan atau " Local Galaxy Cluster" . Terdapat lebih kurang 31 buah yang berada dalam kumpulan ini. Kebanyak galaksi dalam kumpulan ini terdiri dari galaksi yang kecil atau juga dikenali sebagai "dwarf galaxy" atau galaksi kerdil. Galaksi yang paling besar dalam kumpulan ini ialah galaksi Andromeda. Ia dikatakan mempunyai bilangan bintang 2 kali ganda lebih banyak dari Bimasakti kita. Bimasakti kita merupakan yang kedua terbesar dalam kumpulan ini diikuti oleh galaksi M33 (Trigulum galaksi)

Yang menarik mengenai galaksi Andromeda ialah ia boleh dilihat dengan mata kasar sahaja pada malam hari jika kita mengetahui kedudukanya dengan terlebih dahulu mengetahui buruj Pegasus. Ia kelihatan sebagai satu kelompok awan nipis sahaja pada malam hari dan agak sukar bagi mereka yang melihat buat pertama kalinya. Dipercayai galaksi ini sedang menghala kearah galaksi kita dan suatu hari nanti (maksud disini bilion tahun lagi) kedua2 galaksi akan bertembung.

Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk melihat galaksi kebetulan pula cuaca di KB agak baik walaupun kita sudah memasuki musim tengkujuh.

Tahukah anda orang yang pertama menjumpai galaksi ini? Orang itu ialah seorang ahli astronomi Persian yang dikenali sebagai As-Sufi dalam tahun 964 AD. Beliau mengelarkan galaksi ini sebagai "Awan Kecil"

Menakjubkan lagi mengenai Galaksi Andromeda ini ialah ia mempunyai dua buah satelit galaksi yang kecil sama seperti Bimasakti kita  yang juga mempunyai dua buah galaksi satelit.


 
Ini adalah galaksi Andromeda yang dirakamkan dengan kamera QSI 583C.
Bolehkah saudara/Saudari mengenali 2 galaksi satelit tersebut dalam imej diatas? 
 
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Wednesday, December 5, 2012

Jupiter pada Oposisi

Assalamualaikum,

Sekali lagi kita berpeluang untuk menikmati keindahan langit malam. Di kota Bharu walaupun langit sepatutnya  gelap gulita dengan awan dan hujan yang hebat pada kebiasaan waktu ini tetapi ia berlainan sekali pada kali ini. Cuaca agak baik walaupun sekali sekali ditutupi awan dan hujan yang sederhana. Berkebutulan pula pada ketika ini planet yang terbesar dalam sistem suria kita iaitu Jupiter berada pada kedudukan oposisi iaitu pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi. Ia boleh dilihat sepanjang malam dengan jelas bermula sebaik sahaja matahari mula terbenam dan akan tengelam pada ufuk langit barat sebaik sahaja matahari mula timbul diufuk timor pada pagi hari.

Mengenal planet ini amat mudah...ia tidak memerluka apa2 alat optik. Dengan mata kasar sahaja sudah cukup untuk melihat keindahanya. Tetapi jika kita mempunyau sebuah binokular...tentu sekali ia menjadi lebih menarik. Mengapa tidak? kerana dengan binokular yang murah sahaja sudah cukup untuk kita melihat keempat-empat buah bulan yang mengitari planet  ini...walaupun sebenarnya planet ini mempunyai lebih dari 60 buah bulan....

Jadi, mengapa kita tidak menggunakan peluang baik ini sekarang  untuk memantau atau mencerap planet ini...

Dan saya rasa ini adalah masa untuk kita mempunyai sebuah binokular...sebagai alat permulaan...

Imej ini dirakam pada malam tadi dengan menggunakan Kamera Skynyx melalui teleskop Takahashi 10" Mewlon dan dibesarkan 2 kali dengan kanta Barlow.








Salam
Dari balai Cerap Mini Dr. Rowi