Semenjak 2-3 minggu sebelum dan selepas bencana Tsunami di Jepaun cuaca di KB tidak membolehkan kita melakukan cerapan dan imejin. Rasanya begitu sunyi sekali, waktu malam dirasakan amat perlahan dan siang hari pula seperti waktu musim tengkujuh. Cuaca begini amat menghairankan bagi penduduk di sekitar KB kerana waktu begini kebiasaanya cuaca amat baik dan langit malam hari amat terang sehinggalah pada bulan Jun atau Julai. Balai Cerap Mini kita sudah tidak beroperasi lebih sebulan. Begitu juga dengan tetamu, peminat dan pelajar agak jarang berkunjung di Balai Cerap ini ketika ini. Walaupun Balai Cerap kita sudah bersedia dengan kamera baru iaitu Lumenera Skynyx 2-1yang akan digunakan untuk pengimejang Matahari, Planet-planet dan Bulan tapi malang sekali tiada satu hari pun aktiviti ini dapat dilakukan.
Kamera Skynyx sentiasa bersedia untuk merakamkan Matahari, Bulan dan Planet-planet bila-bila masa sahaja. Malangnya, cuaca tidak mengizinkan.
Beginilah cuaca di Kota Bharu sebelum dan selepas Tsunami. Awan tebal dan hujan lebat seolah-olah waktu musim tengkujuh.
Walaubagaimanapun kita harus bersyukur kerana cuaca begini tidak sedikit pun mengancam penduduk KB seperti apa yang berlaku di Jepun.
Kita harap dan berdoa agar cuaca akan bertambah baik dan aktiviti pengcerapan dan pengimejinan dapat diteruskan seperti sediakala
As'salam
Dr. Rowi
Balai Cerap Mini
No comments:
Post a Comment