Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Friday, August 31, 2012

Blue Moon

Assalamualaikum,

Pada malam ini bulan akan purnama penuh pada pukul 9.58 malam waktu tempatan. Ini bermakna pada bulan ini sahaja iaitu bulan Ogos kita telah mengalamai dua kali purnama (pertama pada 2 Ogos dan pada 31Ogos), oleh kerana itu ia dikenali sebagai " Blue Moon" yang bermakna Bulan Biru. Tetapi ini bukanlah bermakna bulan akan kelihatan warna kebiruan...ianya cuma satu penamaan sahaja kecuali  jika cahaya bulan ini melalui lapisan atmosfera yang tebal dengan asap akibat dari ledakan gunung berapi atau pembakaran hutan  yang teruk.

Secara purata "Blue Moon" berlaku dalam setiap 2.7 tahun sekali. Jadi ia dijangka berlaku lagi dalam bulan Julai tahun 2015 dan 2018.

Ini adalah imej Bulan Biru yang baru sahaja dirakamkan sebaik sahaja bulan sudah memasuki peringkat purnama penuh


Adakah ia kelihatan biru?


Tetapi inilah sebenarnya warna bulan ketika "Bulan Biru"

Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Monday, August 27, 2012

Pelajar2 Sarjana Anestesia melawat Balai Cerap Mini Dr. Rowii


Matahari Shawal

Assalamualaikum,
Semenjak bermulanya Shawal, cuaca agak kurang memuaskan di KB. Usaha untuk merakam objek2 langit yang jauh tidak menjadi malah untuk merakamkan matahari sekali pun agak sukar akibat dari faktor cuaca yang tidak menentu. Rasanya inilah tahun yang paling sukar dan amat malang sekali bagi peminat astronomi di Malaysia........

Mengikut lapuran spaceweather, semenjak bebrapa hari kebelakangan ini matahari boleh dikatakan berada dalan keadaan yang kurang aktiviti dengan lain kata matahari kelihatan agak tenang. Bilangan suar, semarak dan tompok matahari agak berkurangan...

Tetapi pada petang tadi (9 Shawal) terdapat satu semarak yang agak besar kelihatan dengan beberapa bilangan tompok hitam...nampaknya matahari kembali aktif!!!
Kita sempat merakamkan semarak ini walaupun hanya untuk bebrapa minit sebelum matahari ditutupi awan yang tabal..



 Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Monday, August 20, 2012

Matahari pada 2 Shawal...

Assalamualikum...
Cuaca pada pagi 2 shawal ini amat cantik sekali...langit biru tanpa awan
....... Sementara menuggu kawan2 atau sanak saudara untuk berhari Raya sempat sekejap kita memantau matahari......dan matahari kelihatan tidak mempunyai suar atau semarak yang besar..



Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Pada ketika ini genaplah sebulan kita berpuasa maka esok  kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.....

Kami sekeluarga ingin memohon kemaafan kepada semua sahabat2 dan peminat2 astronomi dari seluruh tanah air jika ada salah dan silap samaada disedari atau tanpa disedari....





SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR BATIN..

Salam,

Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Saturday, August 11, 2012

Peluang Menyaksikan Fenomena Okultasi Planet Musytari pada 12 Ogos 2012 jam 2.20 pagi sehingga 3.20 pagi

Assalamualaikum,

Pada 12 Ogos 2012 ini bermula 2.20 pagi hingga 3.20 pagi, masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Okultasi Planet Musytari. Fenomena ini berlaku apabila planet Musytari dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang satu jam ( bergantung kepada lokasi ). Pada waktu itu, Bulan berada dalam fasa sabit tua ( waning crescent ). Kali terakhir fenomena ini berlaku ialah pada 23 Februari 2009 yang lalu.

Planet Musytari akan dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang sejam

Kebanyakan tempat di semenanjung Malaysia hanya berpeluang menyaksikan proses akhir fenomena ini sahaja manakala di Sabah dan Sarawak bertuah kerana dapat menyaksikan keseluruhan proses ini berlaku.
Apa yang menguntungkan, orang ramai boleh terus melihat fenomena istimewa ini dengan hanya menggunakan mata kasar ( ya, mata anda sendiri ) tanpa perlu menggunakan teleskop atau apa-apa peralatan astronomi. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada Balai Cerap Mini Dr Rowi 


Hujan Meteor dan Penghijaban planet Musytari

Assalamualiakum,

Malam ini merupakan malam ke 23 hari dalam bulan Ramadhan...terdapat dua fenomena yang seharusnya tidak dilepaskan oleh para peminat astronomi semua...
1. Hujan Meteor Perseid....yang dijangkakan kemuncak pada awal pagi ini....ini merupakan peluang yang amat baik untuk kita semua saksikan kerana pada ketika ini bulan belum lagi timbul pada langit timur dan langit dijangka cerah
2. Peristiwa penghijaban planet Musytari oleh bulan....fenomena ini amat jarang berlaku... tetapi malang sekali di KB kemungkinan besar kita  cuma dapat melihat episod terakhir sahaja...iaitu ketika planet musytari secara perlahan2 timbul dibelakang bulan. Bagi mereka yang berada lebih ketimur seperti di Sabah dan Serawak mereka akan dapat menyaksikan kedua-dua episod ini. 

Paling menarik bagi kedua2  peristiwa ini ialah kita tidak memerlukan sebarang alatan astronomi yang mahal....mata yang sihat dan tidak mengantuk sudah cukup untuk menjadikan peristiwa ini amat menarik dan tidak mudah untuk dilupakan....

Bagi mereka yang mempunyai kelengkapan astronomi...gunakanlah peluang ini untuk merakamkan kedua2 peristiwa ini...dan yang lebih penting kongsikan hasil anda dengan para peminat astronomi semua....

Di Balai Cerap Mini Dr. Rowi inshaAllah jika kita tidak kesibukan dengan kerja2 hospital dan dengan keizinan Allah kita akan melakukan cerapan dan rakaman...

Akhir sekali....jangan lupa malam LailatulQadar....mana tahu ianya malam ini!!! oleh itu sentiasa lah kita isikan masa ini dengan perkara yang mendatangkan kebaikan...Amien

Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rpowi

Wednesday, August 8, 2012

Filamen Gergasi

Assalamualaikum,

Jika anda mempuyai sebuah teleskop matahari yang dilengkapi dengan penapis alpha-hidrogen, jangan lepaskan peluang untuk melihat satu jalur yang panjang pada permukaa matahari. Jalur yang agak malap ini dipanggil filamen yang sebenarnya adalah sebuah semarak. Oleh kerana semarak ini sangat panjang ia dipanggil filamen gergasi. Jarak dari hujung ke hujungnya dianggar sejauh jarak dari Bumi ke Bulan....bayangkanlah betapa panjangnya semarak atau filamen ini.  Filamen atau semarak mengandungi berbillion ton plasma (plasma adalah gas2 yang terion). Buat masa ini ia masih lagi sedang menapung pada permukaan matahari dan kebiasaanya filamen ini tidak stabil dan akan gugur kepermukaan matahari semual. Jika ia gugur kepada permukaan matahari kemungkinan letusan yang besar akan berlaku. Letusan ini dipanggil " Suar Hyder" atau Hyder Flare.
Jadi sama2 lah kita memerhatikan fenomena yang menarik ini...

Imej ini dirakam pada 7/812 pada pukul 6 petang.....kelihatan sebahagian dari filamen ini sudah lenyap


Saturday, August 4, 2012

Matahari, matahari.....dan matahari

Assalamualaikum untuk semua,

Kita sudah pun memasuki pertengahan bulan Ramadhan....dan tidak seberapa lama lagi kita akan meyambut 1 Shawal. Saya berdoa agar kita semua diberi rahmat dan hidayah oleh Allah sepanjang bulan yang mulia ini. Untuk pengetahuan peminat2 astronomi semua, cuaca di KB tidak begitu memberasangkan untuk kita melaku pencerapan dan pengimejan tahun ini. Seingat saya,  sebaik sahaja kita memasuki tahun 2012  hanya 4-5 malam sahaja kita mempunyai cuaca yang baik.....oleh kerana itu kita tidak mempunyai peluang  untuk merakamkan objek2 langit terutamnya objek2 yang yang jauh seperti nebula, kluster dan sebagainya. Walaupun alatan yang ada pada Balai Cerap Mini kita sentiasa bersedia tapi apa boleh buat cuaca tidak mengizinkan kita. (imej matahari dibawah dirakamkan hari ini dan kelmarin)