Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, January 24, 2019

TOMPOK MATAHARI (SUNSPOT 2733) - Jan 23,2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Pada hari ini, kita bukan sahaja bertuah dapat melihat kejadian Konjungsi Venus dan Jupiter tetapi kita juga dapat menyaksikan dan merakamkan salah satu aktiviti matahari iaitu tompok matahari atau dipanggil Sunspot.

Gambar tompok matahri 2733 yang diambil oleh Dr.Rowi di BCKB


Walaupun kita melihat matahari seperti sama sahaja setiap hari, hakikatnya matahari juga mempunyai aktiviti-aktivitnya tersendiri. Dengan adanya teleskop dan kecanggihan kamera, kita dapat melihat dan merakamkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di matahari.

Info-info unik berkenaan dengan aktiviti matahari :

  • aktiviti-aktiviti matahari aktif setiap 11 tahun.
  • Tompok matahari merupakan fenomena sementara dimana aktiviti ini sentiasa berubah-ubah.
  • Sunspot 2733 pertama kali kelihatan di Malaysia pada Jan 23, 2019 - maksudnya tompok ini tidak kelihatan pada hari sebelumnya.
  • Berdasarkan maklumat daripada NASA, matahari dijangka mengalami aktiviti yang paling minimum pada tahun 2019 - 2020.

Seperti jangkaan yang dibuat oleh NASA, pada tahun ini aktiviti matahari ialah pada tahap minimum. Kami di BCKB berasa bersyukur kerana keadaan cuaca yang mengizinkan, kami berpeluang untuk merakamkan gambar Tompok Matahari 2733.


Sekian,
Sumber gambar : Dr.Rowi
Penulis : Ainulfitriah

Wednesday, January 23, 2019

PASANGAN VENUS DAN JUPITER - Jan 23, 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pelawat blog BCKB,

 
Pada pagi ini, kita berpeluang untuk menyaksikan pasangan sama cantik dan sama padan Planet Venus (Zuhrah) dan Planet Jupiter (Musytari) yang berada di bahagian timur.

 gambar diambil oleh Dr.Rowi di Balai Cerap Kota Bharu, Salor

Fakta-fakta menarik pasangan Planet Venus dan Jupiter:


  • Peristiwa pasangan venus dan jupiter di panggil Konjungsi planet Zuhrah dan Musytari (Venus and Jupiter Conjunction) - rebutlah peluang ini untuk melihatnya kerana ia tidak selalu berlaku.
  • Cahaya Venus lebih terang berbanding cahaya Jupiter.
  • Menariknya pada tahun 2019, anda boleh melihat pasangan ini sekali lagi pada 24hb November. Namun mereka akan berjumpa di waktu petang.

illustrasi kedudukan venus dan jupiter

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit bintang-bintang, serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." (Al-Hijr - 15:16)





Sekian,
Sumber Gambar : Dr Rowi
Penulis : Ainulfitriah

Tuesday, January 22, 2019

Supermoon - Jan 21,2019

Sebagai starting point kepada Balai Cerap Kota Bharu untuk kembali aktif dalam menyediakan maklumat serta berkongsi ilmu berkaitan dengan alam semesta, kami disini berkongsi  beberapa foto yang sempat kami ambil sekitar peristiwa "Super Blood Wolf Moon" yang berlaku pada hari ini. 






Walaupun kita di malaysia tidak dapat menyaksikan peristiwa ini, namun kita masih boleh merakam kejadian Supermoon iaitu kejadian dimana saiz bulan lebih besar dan cahayanya lebih terang daripada hari-hari sebelumnya. Ini kerana pada ketika ini bulan berada di bahagian perigee dimana jarak bulan paling dekat dengan bumi.




Sekian,
Ainulfitriah