Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Monday, July 27, 2020

LAWATAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ISMAIL PETRA (SMIP)



Assalamualaikum w.b.r.,

Semalam iaitu pada  25 Julai 2020 bersamaan 15 Zulhijjah 1441, Balai Cerap Mini Dr. Rowi telah menerima kunjungan daripada beberapa orang bekas pelajar Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP) batch 1977-1978. Kunjungan ini menjadi semakin meriah kerana kehadiran mereka bersama ahli keluarga. Di samping itu juga, mereka turut didedahkan dengan peralatan teleskop yang berada di balai cerap mini juga diberi peluang untuk melihat bulan sabit yang berumur lebih kurang 4 hari menggunakan teleskop APM berdiameter 4.5 inci dan teleskop Sky Watcher yang berukuran 6.0 inci. 

Selain itu, mereka juga dapat melihat planet Musytari beserta 4 bulannya menggunakan teleskop Schmidt Cassegrain yang berdiameter 12 inci. Pengunjung turut diberi pendedahan mengenai nama-nama buruj seperti buruj Scorpion dan buruj Segatarius dan juga diberi pendedahan mengenai beberapa nama bintang terang yang berada di langit tempatan seperti bintang Antares, bintang Arcturus, bintang Hadar dan bintang Alpha Centauri . Taklimat ini diberikan oleh Dr Rowi dan dibantu oleh pelajar-pelajar praktikal Universiti Malaya dan beberapa orang pelajarnya yang lain. Selain itu, para pengunjung didedahkan dengan teknik afokal  untuk merakam imej bulan dan planet yang dapat di lihat dari kanta mata teleskop menggunakan telefon pintar masing-masing.

Penerangan ringkas oleh Dr Rowi mengenai teleskop di  Balai Cerap Mini
Pelajar praktikal menunjukkan gambar planet kepada kanak-kanak


Pengunjung cilik diberi peluang untuk melihat bulan menggunakan teleskop

Suasana sepanjang kunjungan tersebut

Pelajar praktikal membantu pengunjung cilik melihat bulan menggunakan teleskop

Pengunjung menggunakan teknik afokal untuk merakam imej daripada teleskop
Hasil rakaman bulan menggunakan kaedah afokal


Sekian,
Penulis: Salwani
27 Julai 2020, Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan
Sumber Foto :Aizat dan Suhaibah



Thursday, July 23, 2020

PEMANDANGAN BIMA SAKTI

AKTIVITI CERAPAN MALAM 


Cerapan malam adalah satu kemestian bagi peminat astronomi kerana pada waktu itulah pelbagai objek samawi terbentang luas di langit malam dan ditambah pula cuaca pada waktu tersebut adalah sesuai dan tidak terlalu berawan.




Foto 1: Pemandangan langit malam di Balai Cerap Kota Bharu


Oleh itu, pelajar praktikal telah mengambil peluang ini untuk merakam imej buruj, bintang dan Bima Sakti di langit malam di Balai Cerap Kota Bharu dengan menggunakan kaedah kamera dan tripod atau ia dipanggil juga sebagai kaedah jejak bintang.

Kamera Nikon D810A telah digunakan untuk merakam imej Bima Sakti dan time lapse.



Foto 2: Imej Bima Sakti




Video 1: Time Lapse Bima Sakti




Sekian,
Penulis: Syakirin dan Salwani
23 Julai 2020, Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan
Sumber Foto dan Video: Syakirin, Salwani dan Suhaibah





LAWATAN YB SALOR KE BALAI CERAP KOTA BHARU




LAWATAN YB SALOR KE BALAI CERAP KOTA BHARU, KELANTAN


Pada tanggal 21 Julai 2020 (29 Zulkaedah 1441 H), Balai Cerap Kota Bharu telah menerima kunjungan dari YB Salor iaitu YB Hj Saiful Adli sekeluarga.

Gambar 1: Ketibaan YB Salor sekeluarga dan dengan sedikit penerangan oleh Prof. Dr. Mahamarowi berkenaan balai cerap.

Gambar 2: Mereka dikenalkan dengan pelbagai jenis teleskop dan instrumen yang terdapat di situ.

Gambar 3: Kelihatan YB Salor melihat gambar planet yang ditangkap dengan menggunakan telefon pintar dari kanta mata teleskop Schmidt-Cassegrain sambil diterangkan oleh Prof. Dr. Mahamrowi


Mereka sangat teruja dan takjub apabila dapat melihat langit yang bersih ditaburi dengan beribu bintang juga planet-planet seperti Musytari dan Zuhal. Sesi soal jawab juga cukup meriah berkaitan panorama malam yang dilihat ketika itu. Alhamdulillah, setelah melihat dan mendengar pelbagai penerangan, mereka kelihatan semakin tertarik dan minat terhadap ilmu astronomi! 



Sekian,
Penulis: Suhaibah, 
23 Julai 2020, Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan
Sumber Foto: Bukhari


Thursday, July 16, 2020

CERAPAN LANGIT MALAM 15 JULAI



MILKY WAY 15 JULAI

Langit malam yang bersih dan tidak berawan sangat di nantikan oleh semua ahli astronomi kerana dapat mencerap jutaan bintang, galaksi, planet dan bima sakti dengan baik bahkan boleh dilihat jelas dengan mata kasar! 

Memandangkan langit tempatan malam 15 Julai kelihatan jelas dan cantik dengan taburan bintang, maka beberapa peminat-peminat astronomi tidak melepaskan peluang meneroka dan mencerap bima sakti, buruj dan planet dengan teleskop Sky Watcher, Mewlon Takahashi, Schmidt-Cassegrain dan DSLR.


 Gambar 1: Planet Zuhal menggunakan Teleskop Schmidt-Cassegrin 

Gambar 2: Planet Musytari menggunakan Teleskop Schmidt-Cassegrain

 
Gambar 3: Bima Sakti menggunakan DSLR Canon 

Gambar 4: Bima Sakti dari tingkat atas balai cerap



Sekian,
Penulis: Suhaibah, 16 Julai, 5:34 PM,Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan.
Editor gambar 1 dan Gambar 2:  Oleh Farid
Sumber foto: Balai Cerap Kota Bharu

Wednesday, July 15, 2020

ISTIWA A'DZAM DI BALAI CERAP KOTA BHARU



ISTIWA A'DZAM DI 
BALAI CERAP KOTA BHARU

JULAI 15, 2020
LATITUDE: 6° 1' 50" U
LONGITUDE: 102° 10' 45" T

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita tahu bahawa syarat sah solat mestilah menghadap kiblat. Maka, perkara utama yang mesti diketahui adalah dengan menentukan kedudukan arah kiblat. Istiwa 'adzam yang berlaku dua kali setahun membolehkan umat Islam di seluruh dunia menyemak  arah kiblat dengan betul. 

Definisi Istiwa a'dzam:
Kedudukan matahari berada tegak di atas Kaabah. Maka, bayang-bayang yang terbentuk dari objek tegak akan menghala ke arah Kaabah. 

Panduan semakan arah kiblat:
  1. Ambil objek yang tegak dan lurus, kemudian letakkan di bawah sinaran matahari. 
  2. Gunakan waktu SIRIM untuk menyemak waktu berlakunya istiwa a'dzam.
  3. Tandakan bayang-bayang yang terhasil dari objek dengan menggunakan penanda seperti marker pen, selotip dan lain-lain.

Tahun 2020 termasuk dalam tahun lompat. Maka istiwa a'dzam berlaku pada:

  • 27 Mei 2020 (5:16 PM)
  • 15 Julai 2020 (5:28 PM)

Istiwa A'dzam 15 Julai 2020
Penandaan arah kiblat:

Gambar 1: Pelajar praktikal menyemak istiwa a'dzam bersama Prof. Dr. Mahamarowi Omar di bahagian bawah Balai Cerap Kota Bharu



Gambar 2: Penandaan arah kiblat dengan pen marker sebagai objek



Gambar 3: Hasil arah kiblat di bahagian dalam balai cerap



Alhamdulillah,  Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan berjaya menyemak arah kiblat pada hari ini! Kesimpulannya, arah kiblat yang terbaru adalah sama dengan yang sebelum ini. 


Sekian,
Penulis:Pelajar praktikal 2020, 15 Julai 2020, Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan.
(Syakirin, Salwani, Suhaibah)