Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, August 20, 2020

MENGINTAI HILAL 1 MUHARRAM 1442H

Alhamdulillah, syukur kita masih lagi berpeluang merasai nikmat melangkah ke tahun hijrah yang baru iaitu 1442 Hijrah. Bagi mengetahui masuknya awal bulan baru, maka cerapan anak bulan mestilah dilakukan.


19 Ogos 2020

Balai Cerap Kota Bharu telah membuat persiapan mencerap hilal 1 Muharram 1442H. Sambil menanti waktu hilal terbit, sekitar 6:15 pm kami sempat merakam imej matahari yang sangat cantik sebelum ia ditutupi oleh awan.

Matahari yang dirakam dengan teknik primer iaitu DSLR Nikon D810A disambung pada teleskop Sky Watcher 6inci, ISO 400, dengan apps SparkoCam.



Persiapan mencerap hilal 1 muharram 1442H

Keadaan langit yang berawan tebal menyebabkan anak bulan 1 muharram 1442H tidak berjaya dilihat dari teleskop apalagi dengan mata kasar. Foto di bawah menunjukkan keadaan langit tempatan dari Balai Cerap Kota Bharu.

Langit yang berawan tebal telah menyukarkan hilal dicerap dengan teleskop Schmidt-Cassegrain 12 inci



20 Ogos 2020

Hari ini, syukur alhamdulillah cuaca yang baik serta langit yang bersih berbanding semalam membolehkan kami meneropong anak bulan berumur 32 jam bahkan dapat melihatnya juga dengan mata kasar! Sungguh mengujakan! 


Kenampakan anak bulan 1  Muharram berumur 32 jam menggunakan telefon pintar dari Balai Cerap Kota Bharu


Foto di atas menunjukkan bentuk anak bulan berbentuk ب yang sangat nipis dan memerlukan fokus yang tinggi untuk melihatnya dengan mata kasar. Kesimpulannya, mencerap hilal adalah antara salah satu pengalaman yang amat berharga. Cerapan juga memerlukan kepada ilmu pengetahuan untuk menentukan koordinat bulan. 

Sekian sahaja serba sedikit perkongsian berkaitan aktiviti cerapan dari BCKB.



Penulis: Siti Suhaibah
Sumber foto: Siti Suhaibah
Tempat: Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan

Friday, August 14, 2020

BENGKEL FALAK JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN OGOS 2020

Bengkel Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan Untuk Staff 2020 di Balai Cerap Kota Bharu

12-13 Ogos 2020 / 22-23 Zulhijjah 1441 Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah selama dua hari, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menjalankan sebuah program Bengkel Falak Untuk Staff 2020 yang diadakan di Balai Cerap Kota Bharu. Kehadiran seramai 7 orang yang terdiri daripada 3 orang pelajar praktikal falak dan selebihnya  4 orang staff yang terdiri dari Ustaz Wan Muhammad Ezani, Ustaz Abdullah, Ustaz Aqeel dan Ustazah Mastura.


Rabu, 12 Ogos 2020
Serba sedikit penerangan dari Dr. Rowi berkenaan Kaedah Pengimejan kepada para staff Jabatan Mufti Negeri Kelantan, para pelajar praktikal Universiti Malaya dan beberapa orang yang turut hadir.

Foto di atas sedang berlangsungnya sesi perkongsian dari Dr. Rowi tentang Kaedah Pengimejan melalui pembentangan Power Point yang dipancarkan pada PC.


Pada sesi malam hari pula, terdapat aktiviti ringkas iaitu live video call berkaitan keadaan cuaca untuk pancuran meteor daripada Persatuan Astronomi Brunei bersama-sama Sabah Stargazer, Persatuan Astronomi-Falak Amatur Kelantan dan Pejabat Mufti Kelantan. Selain itu, Persatuan Astronomi Brunei menjelaskan mengenai kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menentukan bulan-bulan ibadah di Brunei. Brunei menggunakan kaedah rukyah hakiki dalam penentuan bulan-bulan ibadah seperti Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah manakala kaedah imkanul rukyah digunakan untuk bulan-bulan yang tidak melibatkan ibadah umat Islam.

Suasana sedang berlangsungnya video call Team Kelantan bersama Team Brunei berkenaan kemuncak meteor shower


Keadaan cuaca yang mendung dan hujan pada malam hari itu menyebabkan aktiviti meneropong meteor tidak dapat di lakukan. Oleh itu, tanpa membuang masa, waktu lapang tersebut di isi dengan perkongsian hasil-hasil rakaman imej planet, aktiviti matahari, aurora dan bulan oleh Dr. Rowi sendiri.

Sebulum itu, sesi dimulakan dengan ucapan dan penerangan berkaitan astronomi dari aspek Islam daripada Ustaz Wan Izzani. Seterusnya, Dr Rowi memberikan penerangan berkaitan pancuran meteor, planet dan matahari sambil menunjukkan hasil rakaman imej yang dipaparkan di PC. 


Khamis, 13 Ogos 2020
Slot seterunya adalah pada sesi pagi iaitu aktiviti cara mengendalikan teleskop dan kaedah pengimejan terhadap imej matahari. Alhamdulillah syukur setelah beberapa hari cuaca tidak begitu baik, pada hari khamis tersebut, langit yang cerah membolehkan aktiviti cerapan matahari dijalankan bersama staff Jabatan Mufti serta pelajar-pelajar praktikal.

Foto di atas menunjukkan Ustaz Wan Muhammad Ezani (kiri) dan Ustaz Abdullah (tengah) sedang memfokuskan imej matahari pada Teleskop Lunt diameter 60mm yang telah siap dipasang dengan penuras alfahidogen kemudian di sambungkan ke laptop menggunakan video kamera.

Suasana slot pagi merakam imej semarak matahari menggunakan Teleskop Lunt berdiameter 60mm.


Program diakhiri dengan selesainya makan tengahari bersama-sama, solat zohor dan bersurai. 

Sekian, terima kasih.



Penulis: Siti Suhaibah dan Syakirin
Sumber foto: Siti Suhaibah
Tempat: Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan





Tuesday, August 11, 2020

MARI MENGENAL KAWAH BULAN!

Tahukah anda?

Bulan yang kita lihat begitu indah dan cantik itu sebenarnya apabila diteropong wujudnya banyak kawah-kawah di permukaannya. Kawah yang begitu dalam terhasil disebabkan oleh hentaman objek yang keras dan kuat seperti komet dan meteoroid.

Begitu banyak kawah di permukaan bulan telah dinamai. Contoh yang terkenal seperti Tycho, Copernicus, Kepler dan Plato serta banyak lagi kawasan menarik dan mudah dikenali yang menjadi tumpuan.

 
Sumber foto: Astronomi dan Astrofotografi Edisi Kedua, Mahamarowi Omar

Foto di atas menunjukkan kawah-kawah bulan yang telah dinamai oleh mereka yang terlebih dahulu menjumpainya. Sangat seronok apabila kita melihat bulan pada malam hari setelah mengenal kawah-kawah yang ada di permukaan bulan. Anda boleh kongsikan juga dengan rakan disekeliling anda. Pasti mereka teruja!




Penulis: Siti Suhaibah
Sumber foto: Astronomi dan Astrofotografi Edisi Kedua, Mahamarowi Omar

MERAKAM IMEJ PLANET ZUHAL DAN MUSYTARI



Assalamualaikum. 
Pada malam 9hb Ogos, pelajar praktikal UM bersama dengan beberapa pelajar Mesir telah menjalankan aktiviti merakam imej planet Musytari dan Zuhal. Keadaan langit yang agak berawan menyebabkan sedikit sukar mendapatkan imej planet yang jelas. 



Foto 1: Merakam imej planet Musytari

Kelihatan imej planet Musytari dirakam dengan menggunakan aplikasi SharpCap yang disambung dengan CCD pada teleskop Schmidt-Cassegrain 12 inci.



Foto 2: Merakam imej planet Zuhal

Imej planet Zuhal yang sempat dirakam dengan aplikasi SharpCap dari teleskop Schmidt-Cassegrain yang disambungkan ke PC menggunakan CCD. Kelihatan Dr. Rowi sedang memfokuskan imej dengan melihat imej tersebut dari PC.


Ketika aktiviti rakaman imej dijalankan, pergerakan dari sekitar perlu dikurangkan kerana gegaran dari sekeliling boleh menyebabkan imej rakaman akan rosak sewaktu proses rakaman dijalankan. Aktiviti ini perlu dijalankan berulang kali supaya nanti dapat memilih hasil imej yang paling terbaik!


Penulis: Siti Suhaibah
Sumber Gambar : Izzuddin