Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Sunday, February 16, 2014

Aurora…


Berikut beberapa imej Aurora yang dirakamkan di Abisko National Park Sweden,












Imej terakhir menujukan imej Buruj Ursa Major dan Ursa Minor, bolehkah para pembaca semua mengenalinya?
Jika para pembaca sudah mengenalinya sudah pasti pembaca akan dapat mengenali bintang kutub atau bintang polaris!!!!!. Lihat betapa tingginya bintang polaris itu berada…hampir2 berada diatas kepala!!!!berlainan sekali kedudukanya di Malaysia.

Salam,
Dari Rex Hotel Stockholm
Room 202
Dr. Rowi 

Saturday, February 15, 2014

Aurora

Assalamualaikum,

Semoga kita semua berada dalam Peliharaan dan Rahmat Allah,
Ketika  berita ini ditulis, kita sedang berada di satu tempat yang dipanggil Abisko iaitu sebuah perkampungan turist kecil diutara Sweden. Pekan  ini terkenal dengan tempat dimana ramai orang2 diserata dunia datang untuk melihat fenomena alam yang menakjubkan iaitu Aurora atau juga dipanggil "Northern Light". Cahaya ini terjadi akibat dari terjejahan partikel-partikel dari Matahari yang berlanggar dengan atom2 yang ada dalam atmosfera Bumi seperti  oksigen dan nitrogen bagi menghasilkan pelbagai warna dan rupa. 

Mengapa tempat ini menjadi tempat berlakunya Aurora? ini kerana kawasan ini  berada dalam kawasan yang dipanggil Arctic Circle atau Bulatan Artik. Dalam kawasan Arctic Circle inilah fenomena Aurora biasa terjadi dan mudah dilihat.

Memang seperti yang diramalkan 80% bagi mereka yang datang disini akan dapat melihat fenomena Aurora. Malang sekali buat kita pada masa ini cahaya bulan amat terang (sedang purnama) menyebabkan warna Aurora agak malap jika dilihat dengan matakasar tetapi amat jelas jika dirakamkan denga kamera.

Berikut adalah berapa imej2 yang sempat dirakamkan….

Kesemua imej2 dirakamkan pada waktu malam dan kerana cahaya Aurora yang malap ia perlukan dedahan yang lebih lama sebab itu ia kelihatah seperti diambil pada waktu siang hari…

lihat bintang2 yang kelihatan dalam setiap imej..




Setakat ini kita hanya dapat merakamkan Aurora yang berwarna hijau sahaja. Warna hijau adalah disebabkan oleh cahaya dari atom oksigen


Jika aktiviti Aurora yang aktif akan terdapat warna campuran antara putih dan hijau….ini berlaku waktu subuh..






Seperti dikatakan…tempat ini menjadi tarikan seluruh dunia…salah seorang yang kita jumpa ini adalah  pelajar dari Jepun yang datang semata2 untuk melihat Aurora..ia berada ditengah2 tasek yang sudah menjadi ais….
InshaAllah kita akan bukukan pengalaman ini…

Salam,
Dari Abisko National Park, Sweden (11/2/14-15/2/14)
Bilik No 56
Dr. Rowi

Thursday, February 6, 2014

Suar Pada Tompok AR 1967

Berikut adalah beberapa imej yang dirakamkan semasa berlakunya fenomena suar atau letusan pada tompok Matahari 1967. Ia dirakamkan dalam masa selang beberapa jam






Suar adalah satu fenomena yang berlaku pada permukaan Matahari akibat dari pembebasan medan magnet yang kuat. Ia ditunjukan dengan satu pencerahan yang tiba-tiba pada permukaan Matahari kemudian menjadi malap dalam masa yang singkat. Suar biasanya berlaku pada kawasan yang aktif seperti pada tompok Matahari…..


Kesemua imej-imej ini dirakamkan di Balai Cerap Mini di KB
Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tompok Matahari Boleh Dilihat Dengan Matakasar?

Assalamualikum,
Semoga kita semua berada dalam Rahmat Allah…
Semenjak beberapa hari kebelakangan ini cuaca di KB sangat baik dengan langit yang terang tanpa awan dan suhu yang agak nyaman. Jarang sekali kita mengalami cuaca yang begini selesa.
Tetapi pada permukaan Matahari terdapat sebuah tompok Matahari yang agak besar malah dikatakan lebih besar dari beberapa buah planet Musytari.  Tompok ini dikenali sebagai AR 1967. Yang menariknya tompok ini boleh dilihat dengan Matakasar…percayakah saudara/ saudari semua?
Tentu sekali agak sukar untuk mempercayainya tetapi jika kita mengambil peluang mengintai Matahari ketika waktu Matahari sedang tengelam di ufuk barat ….kemungkinan besar kita akan dapat melihatnya.

Tetapi jangan kita melihat Matahari ketika pada ketika yang lain. Matahari hanya boleh dilihat pada ketika sedang terbenam atau semasa diliputi awan yang tebal sahaja….melihat Matahri pada waktu yang lain tanpa penuras yang dibenarkan akan menyebabkan buta yang kekal.

Dua hari yang lepas kita berkesempatan melihat Tompok AR 1967 ini dengan matakasar semasa Matahari sedang di ufuk barat.

Sesungguhnya melihat tompok Matahari telah mendapat perhatian orang-orang dahulu kala lagi. Tamadun Babylonlah yang buat pertama kali mencatatkan pemerhatian ini. Manakala pakar astronomi China telah mengkaji dengan penuh teliti sehingga ada diantara mereka menjadi buta kekal akibat dari memerhati Matahari tanpa penuras yang sesuai. Tetapi sebelum menjadi buta pakar astronomi China ini sempat menceritakan bagaimana evolusi tompok Matahari dan mengintepretasikan sebagai simbul kesucian dari langit.

 Ini adalah imej matahari dengan tompok AR 1967 yang dapat dilihat dengan matakasar dan sempat dirakamkan dengan kamera digital…

Yang lebih menarik mengenai tompok AR 1967 ini ialah terjadinya suar atau letusan  pada tompok ini….
Imej-imej  akan dipaparkan kemudian…
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi