Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, May 31, 2014

Milky Way di Pulau Perhentian

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


 Assalamualaikum para pembaca sekalian,

saya Nik Ainur Athirah, pelajar Sarjana Muda Sains Senibina di UiTM Perak telah mengikuti Program Khidmat Masyarakat selama beberapa hari di Pulau Perhentian, Terengganu. Program tersebut bertujuan untuk menyelami cara hidup penduduk di Pulau Perhentian Kecil dan membantu menyumbangkan tenaga kerja untuk mereka. Cara hidup mereka sangat mudah kerana mereka melakukan kerja yang lebih kurang sama pada setiap hari. Terdapat juga kemudahan seperti sekolah, pondok polis dan stesen minyak. Penduduk di pulau tersebut sangat rapat antara satu sama lain. Kebanyakan penduduk mempunyai bot sendiri yang digunakan untuk bekerja. Bot tersebut kebanyakannya digunakan untuk membawa pelancong-pelancong yang datang melancong ke pulau tersebut.





Pada siang hari, saya dan rakan-rakan memenuhi waktu lapang dengan aktiviti snorkeling. Pada waktu malam pula, saya berkesempatan mengambil beberapa keping gambar galaksi bima sakti atau lebih dikenali sebagai Milky Way. Cuaca sangat baik sepanjang saya berada di sana walaupun sedikit berawan. Hampir setiap malam langit dipenuhi bintang-bintang dan planet. Suasana di pulau tersebut pada waktu malam sangat cantik. Kawasan pantai yang gelap sangat sesuai untuk penggemar astrofotografi.

Di sini saya sertakan gambar-gambar yang telah saya rakam dengan menggunakan Nikon D90 dan gambar-gambar yang telah saya proses menggunakan Picasa 3 dan Adobe Photoshop CS6.



ISO 1000   15s    f/0

ISO 800    25s    f/0

ISO 640    15s    f/0

ISO 1000    15s    f/0

ISO 800    30s    f/0

ISO 800    30s    f/0


Suasana di pulau dan di bandar sangat berbeza. Pulau menjanjikan suasana yang tenang dan pemandangan yang cantik. Saya berharap dapat mengunjungi Pulau Perhentian lagi apabila berkesempatan.
Sekian dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi, wassalam.



Sunday, May 11, 2014

Posisi Saturn Yang Paling Hampir Dengan Bumi

Assalamualaikum wrbt...
Hari ini saya ingin berkongsi kepada semua sahabat-sahabat mengenai gambar Planet Saturn juga dikenali sebagai Planet Zuhal dan cara-cara untuk mengenalinya.Pada malam tadi yakni bertarikh 10-05-2014 telah berlakunya satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat astronomi dimana Planet Saturn pada malam tadi berada di posisi yang paling hampir dengan Bumi kita.Planet Saturn sangat mudah dikenali dimana gelang atau cincinnya yang dapat dilihat menggunakan peralatan astronomi.Ia juga merupakan salah satu objeb Suria yang paling menakjubkan yang dapat dilihat.Gegelang Zuhal telah dicerap buat pertama kalinya oleh Galileo dalam tahun 1610. Pada masa itu gegelang tersebut kelihatan seperti 2 satelit Zuhal. Pada tahun 1655, Christian Huygens telah dapat mencerap objek ini sebagai satu gegelang. Gegelang tersebut cuma dapat dicerapi sebagai beberapa gegelang-gegelang unik beberapa tahun kemudian, terutamanya oleh Cassini dalam tahun 1675 yang telah dapat mencerap dengan teliti rongga diantara gegelang tersebut.Dibawah ini.Dibawah ini ingin saya berkongsikan beberapa gambar daripada hasil cerapan saya sekitar malam tadi.


                                                              Masa 10.34.p.m 


                                                                 Masa 11.02.p.m

                                                               Masa 12.01.a.m 


                                                                Masa 1.34.a.m


                                                               Masa 2.20.a.m


                                                                 Masa 3.35.a.m


                                                              Masa 4.10.a.m

Inilah beberapa hasil gambar yang telah diproses menggunakan Registax6 yang dapat kami kongsikan bersama.Beberapa peralatan yang digunakan ialah:
-TAKAHASHI MEWLON 10 INCI
-MOUNT TAKAHASHI NJP2
-CAMERA SKYNYX 2-2C
-PROSES REGISTAX6+PHOTOSHOP
-TOTAL FRAMES 15OO

Sekian daripada saya Muhamad Khamis (Pengerusi Kelab Mahasiswa Falak KIAS)

Saturday, May 10, 2014

Planet Saturn Pada Oposisi

Assalamualaikum wrbt..
Semoga saudara saudari tidak kira dimana jua berada dalam rahmat Allah S.W.T sentiasa.

Pada 10hb Mei ini iaitu pada hari ini planet Saturn akan berada dalam keadaan oposisi,ini bermakna planet ini berada jarak yang paling hampir dengan bumi dengan perkataan yang lain planet ini akan kelihatan dilangit sebaik sahaja matahari terbenam dan tenggelam pada ufuk barat seketika matahari terbit pada ufuk timur. Jadi kita akan dapat melihat planet ini sepanjang waktu malam. Ia kelihatan berwarna kuning keemasan dan berada dalam buruj LIBRA.




Imej Dirakamkan oleh Muhamad Khamis dan diproses menggunakan Registax6 dan Photoshop.

Planet ini merupakan planet yang paling cantik dalam sistem suria kerana mempunyai gelang disekelilingnya yang amat terang. Planet-planet seperti Uranus dan Neptune juga mempunyai sistem gelang tetapi amat malap dan sukar dilihat dengan alatan yang kita ada. Planet Saturn merupakan planet ke-Dua terbesar dalam sistem suria dan ketumpatan yang paling rendah dari air. Jika Bumi mempunyai jumlah air laut yang lebih besar dari Saturn, nescaya planet ini akan terapung. Pada ketika ini lingkaran piring Saturn berada dalam kedudukan 27.3 degree dari pandangan mata bagi mereka yang berada di Bumi. Planet Saturn ini 95 kali lebih besar dari Bumi kita, Zuhal atau dikenali sebagai Saturn juga merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam suria kita, selepas Musytari, Uranus dan Neptun. Gelang Saturn ini mempunyai kecondongan 27.3°dengan bergantung kepada orbit Saturn ini. Saturn mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan.

Ini adalah masa yang sesuai untuk memerhati, mencerap dan merakamkannya. 

Salam dari Balai Cerap Mini Dr Rowi 

Dilaporkan oleh Muhamad Khamis (Pengerusi Kelab Falak KIAS)  

Thursday, May 1, 2014

Lawatan pelajar Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, semalam pada 30 April 2014, seramai 7 orang pelajar sekolah Maahad Muhammadi Perempuan telah berkunjung ke Balai Cerap Mini Dr Rowi yang berada di Taman Tarbiah Guchil Bayam, Kota Bharu untuk mempelajari ilmu astronomi dan itu merupakan kunjungan pertama  mereka di Balai Cerap ini..

Tujuan utama mereka berkunjung ke balai cerap ini adalah untuk mendalami ilmu astronomi dengan lebih mendalam. Antara aktiviti yang diadakan adalah mencerap anak bulan baru,, mengetahui bentuk buruj yang berada di angkasa dan arah kutub utara dan kutub selatan, mencerap planet seperti Jupiter dan Saturn dan cara memproses imej planet tersebut melalui Registax..

Saya juga menerangkan bagaimana buruj-buruj yang berada di langit itu mendapat nama.. Selain menerangkan buruj-buruj di angkasa,, saya juga memberitahu nama-nama bintang yang berada di langit pada waktu itu..

Diharapkan sepanjang mereka berada di sini pada malam ini dapat menaikkan semangat mereka untuk mempelajari dan mendalami ilmu astronomi dan tidak lain juga untuk membuatkan mereka semua bercita-cita untuk mengadakan balai cerap mini mereka sendiri.

Pelajar-pelajar bersama dengan Sifu mereka Ustaz Mohd Noor sambil menunggu untuk mencerap anak bulan Rejab
Sedang mengenali Buruj-buruj


Belajar merakamkan imej planet-planet dengan menggunakan video kamera dan komputer


Berikut  merupakan sebahagian  imej-imej  yang telah dirakamkan dan diproses oleh pelajar buat pertama kalinya..walaupun tidak seindah yang dikehendaki tapi cukup mengujakan bagi mereka semua. Maklumlah mereka melihat sendiri wajah planet Zuhal yang amat indah terpapar pada skren komputer lebih mengujakan lagi  apabila mereka sendiri melihat dengan mata sendiri melalui kanta mata.









Salam
Dilapurkan oleh Shahira Razak (KIAS)
Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi
Jam 12.34 tengah hari
1 Mei 2014