Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, November 16, 2013

Matahari Hari Ini Dan Tompok hitam…

Salam,
Tompok hitam matahari pada pagi ini …..melalui penapis cahaya putih Baji Herschel Versi Baader Cool Ceramic…
Di rakamkan dengan kamera Skynyx 2-1
Diproses dengan RegiStax 6
Keadaan cuaca yang agak berawan..


SALAM
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, November 14, 2013

Imej pertama Matahari dengan menggunakan Baji Baader Herschel

Assalamualikum,


Dua hari yang lepas kita telah menerima bungkusan dari US…bungkusan yang agak lama kita tunggu…
Apa2 pun kita telah terima dengan selamat. Bungkusan yang saya maksudkan ialah sebuah penapis cahaya putih matahari yang dipanggil Baji Baader Herschel (Herschel Badder Wedge). Baji ini  secara umumnya sama seperti Baji versi Lunt yang biasa kita lihat ramai dikalangan para peminat astronomi menggunakanya untuk mencerap matahari. 

Tetapi baji atau wedge yang kita terima ini mempunyai ciri-ciri yang sedikit berlainan dari jenis Lunt…
Pagi tadi sebelum ke hospital sempat buat pertama kalinya kita merakamkan imej matahari dengan menggunakan Baji Baader ini….

 Salam, jumpa lagi dengan imej2 matahari yang lebih menarik …InshaAllah  
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, October 29, 2013

Bengkel Penulisan Buku Astronomi

Assalamualaikum,

Sudah sekian lama tidak menulis ruangan ini dan ini bukan kerana kita sudah tidak berminat lagi tetapi kerana kegiatan astrofotografi  dan pencerapan langsung tidak dapat dilakukan akibat dari cuaca yang tidak menentu akhir2 ini. Bagi mereka yang selalu memerhati langit pada waktu malam akan sedar bahawa dalam tahun ini tidak lebih dari 30 malam sahaja  langit malam yang cerah tanpa awan.  Walaupun pada ketika siang hari langit kelihatan baik tanpa awan, tiba2 ia bertukar menjadi  gelap gulita dengan awan yang tebal dan disusuli dengan hujan yang lebat pada malam hari. Malah bilangan hari untuk cerapan matahari pada siang hari pun agak sukar pada tahun ini.

Dari rekod yang kita lakukan semenjak dari bulan Jun sampai sekarang cuma kita mempunyai tidak lebih dari 3-5 malam sahaja cuaca yang baik pada malam hari. Jadi itu lah sebabnya mengapa akiviti cerapan dan astrofotografi tidak dapat dilakukan.

Walau apa pun kita harus bersyukur pada Allah kerana negara kita tidak ditimpa bala bencana yang besar seperti Philippines, Vietnam, Taiwan, India dan lain2 negara lagi. Semoga tahun2 mendatang negara kita akan dikurniakan dengan cuaca yang lebih baik.

Pada dua hari yang lepas saya telah menerima panggilan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengadakan  satu bengkel mengenai penulisan buku2 dalam bidang astronomi. Bengkel ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan bersungguh2  untuk menulis buku2 berkenaan  astronomi. DBP telah bersetuju untuk mengadakan bengkel ini dimana-mana sahaja asalkan di dalam Malaysia dan semua penginapan serta tambang akan ditanggung oleh pehak DBP.

Jadi, rasanya ini merupakan satu peluang yang baik bagi mereka yang berminat dalam astronomi supaya pengetahuan dan pengalaman mereka dapat disebarkan kepada orang ramai lebih2 lagi kepada  pelajar2 sekolah semuanya. Disamping itu ia boleh mendatangkan hasil pendapatan sampingan yang halal dan pahala yang besar dari Allah.....

Pehak DBP telah berjanji akan menerbitkan dan mencetak secepat mungkin hasil tulisan Tuan/Puan sebaik sahaja mendapat kelulusan.

Oleh itu jika Tuan/Puan berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan boleh menghubungi saya No. 0199266619 bila2 masa dan juga cadangan tempat untuk mengadakan bengkel ini. InshaAllah saya akan kemukakan kepada pehak DBP secepat mungkin.

Apa kata kalau kita mulakan bengkel pertama ini di Langkawi?

Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. rowi

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya dan Perubahan Kutub Magnet Matahari

Assalamualaikum,

Besar sekali kemungkinan yang esok pagi kita akan meyambut Aidil Fitri. Petang ini ramai sekali para peminat astronomi baik secara persendirian atau melalui jabatan akan bersama pada tempat yang tertentu untuk melihat Hilal Syawal. Dari pengiraan dan jangkaan pasti kita akan meyambut Aidil Fitri esok pagi. Apa2 pun kita harus menunggu pengumuman rasmi dari Yang Dipertuan Agong melalui Penyimpan Mohor Besar malam nanti. Ada 2 berita untuk disampaikan pada kali ini:

1. Ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan mohon maaf jika selama ini ada terkasar bahasa dan perbuatan yang tidak menyenangkan lebih2 lagi kepada semua peminat astronomi seluruh Malaysia.

2. Satu lapuran dari NASA yang baru dikeluarkan iaitu kemungkinan besar dalam masa 3-4 bulan lagi, bidang magnet matahari akan berubah tempat iaitu utara akan menjadi selatan dan selatan akan menjadi magnet utara. Perubahan ini akan menyebabkan berlakunya alunan gelombang pada seluruh daerah tatasurya....tetapi sebenarnya perubahan begini bukanlah yang pertama kali, ia berlaku lebih kurang setiap 11 tahun sekali. Perubahana ini berlaku pada ketika puncak "kitaran solar" dimana dynamo magnetik pusat matahari telah mula menyusun semula magnetnya sendiri. Peristiwa dianggap amat besar kerana ia boleh mempengaruhi bukan sahaja perubahan cuaca pada Bumi tetapi juga seluruh daerah tatasurya iaitu dikenali sebagai "Heliosphere"

Apahkah Bintang kita sekarang sedang mengalami perubahan kutub magnet?....apakah perubahan ini akan menganggu Bumi?.....


Bukan itu saja pancaran kosmik juga turut terpengaruh yang mana boleh memberi kesan bahaya kepada para astronaut yang berada diluar angkasa dan juga kapal angkasa itu sendiri...malah para saintis percaya kesan pada pancaran kosmik ini boleh juga mempengaruhi cuaca di Bumi .....

Apakah perubahan yang ketara pada cuaca Bumi kita sekarang akibat dari perubahan Kutub Magnet Matahari?......


Lihat spaceweather report untuk keterangan sepenuhnya...

Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Wednesday, July 10, 2013

Bulan Ramadhan dan Venus dari Singapura

Assalamualaikum..

Semoga semua kaum Muslim dimana sahaja berada sentiasa dalam Baraqah...ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sudah sekian lama kita tidak mengupdatkan Balai Cerap Mini kita atas sebab2 kesibukan yang luar biasa 2-3 bulan kebelakngan ini ditambah pula dengan cuaca yang tidak mengizinkan...InshaAllah selepas ramadhan nanti  aktiviti2 pencerapan akan dilakukan semula dan mohon kepada Allah agar cuaca bertambah baik dan memberikan akal dan kesihatan yang lebih baik...

Foto dibawah dirakamkan baru sekejap tadi dari tingkat 33 Swissotel Singapore dengan menggunakan kamera Nikon SLR. Ketika ini bulan sudah berumur dua hari bersama dengan planet Zuhrah atau Venus yang berada disebelah kanan bulan....

Nampaknya kena cari lokasi tempat untuk Solat Terawih....tentu sekali agak sukar di sini....



Hari 3 Ramadhan....kelihatan bulan sabit makin besar dan lebih tinggi kedudukanya dari planet Venus......nampaknya cuaca di Singapura lebih baik dari KB

 
Imaj ini diambil sebaik sahaja selepas berbuka puasa. Berbuka dengan Nasik lemak dan bernasib baik terjumpa daging halal....AlhamdulliLlah

Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Saturday, February 16, 2013

Panel Astronomi

Assalamualaikum,

Pada 14-2-13 saya telah dijemput sebagai salah seorang panel astronomi bagi pehak Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdiri dari 6 orang kesemuanya. Mereka terdiri dari Prof. Dato' Baharudin Yatim (UKM), Prof Dato' Dr. Mohd Zamri (UM), Prof Baharrudin (UNISZA), Dr. Kassim Bahali dari Balai Cerap Al-Khawarizmi (Melaka) dan saya sendiri.

Tujuan perlantikan ahli-ahli panel ini adalah:

1. Untuk melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
2. Perbincangan Skop Tugasan Panel Pakar
3. Perbincangan berkenaan pemetaan bidang
4. dan juga hal yang berkaitan dengan astronomi secara umum

Diantara tugas dan tanggungjawab ahli panel adalah

i)      Menghadiri mesyuarat panel yang telah diatur oleh urus setia.
ii)     Mencadangkan dan menambah baik pemetaan bidang.
iii)    Mencadangkan judul-judul baharu dalam bidang yang berkaitan.
iv)    Mencadangkan penulis, penilai dan penyunting yang bersesuaian mengikut keperluan.
v)     Menjamin kesahihan fakta dan mutu penerbitan, serta memastikan penerbitannya teratur dan terancang.
vi)    Menilai kertas cadangan judul dan memperakukannya.
vii)   Menilai manuskrip dan memperakukannya.
viii)  Mengenal pasti isu-isu semasa yang berlaku mengikut bidang yang boleh dijadikan bahan penulisan supaya karya yang dihasilkan adalah terkini dan mengikuti perkembangan semasa.

Dari perbincangan tempoh hari, dapat kita simpulkan bahawa:
1. kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa sains dan teknologi.
2. Bersungguh-sungguh untuk memperbanyakkan buku dan karya dalam astronomi yang sangat sedikit masa kini, baik penulisan dalam bentuk ilmiah atau sebagai bacaan umum
3. Dewan Bahasa dan Pustaka berjanji akan;

    - mempercepatkan penerbitan

    - memberi bimbingan, kaunseling dan pemantauan

    - mengadakan kursus-kursus penulisan bagi sesiapa yang berminat

    - elaun mauskrip sebanyak RM 1000 akan diberikan kepada penulis buku bacaan umum dan RM 20 000 bagi buku ilmiah. Ini tidak termasuk royalti-royalti pendahuluan dan jualan.

Buat masa ini, panel telah bersetuju untuk cuba menghasilkan 20 judul buku-buku yang berkaitan dengan astronomi. diantaranya adalah seperti:
a. Sistem suria
b. Matahari
c. Bulan
d. Alat-alat pencerapan
e. Radioteleskop
f. Pengimejan
g. Fungsi balai cerap
h. Sejarah falak Melayu
i. Penentuan kiblat dan Solat
j. Teknik-teknik pengimejan
k. Astrofizik dan lain-lain lagi berkait dengan astronomi.

Oleh itu, saya menyeru kawan-kawan semua agar dapat menyahut cabaran ini untuk memulakan satu langkah baru sebagai seorang penulis buku astronomi. InsyaAllah, target 250,000 buah buku (iaitu 20% dari jumlah penduduk Malaysia) akan tercapai menjelang 2020....semoga ilmu yang kawan-kawan semua curahkan akan mendapat limpah rahmat didunia dan akhirat... Amien

Dengan lain kata bidang astronomi sedang mendapat perhatian yang besar dari kerajaan dan juga peminat Malaysia secara amnya. Semoga dengan ini cita-cita untuk membawa astronomi ke masyarakat akan tercapai....

Salam,

Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, February 12, 2013

Cuaca oh cuaca

Assalamualaikum,

Cuaca yang  baik di KB 2-3 hari yang lepas tiba2 menjadi mendung, awan yang tebal dan hujan yang lebat sebaik sahaja bermulanya bulan baru seolah2 seperti musim tengkujuh. Bagi kita yang sentiasa mengikuti perubahan cuaca ini tentu merasa sedikit pelik kerana kebiasanya cuaca akan menjadi lebih baik selepas Tahun Baru China. Malah pada tahun lepas tidak ada sedikit pun musim panas atau cuaca yang baik sepanjang tahun...

Kita agak bernasib baik kerana program menjejak bintang di pantai Mek Mas awal2 lagi telah dibatalkan disaat2 akhir.....kalau tidak tentu sekali sia2 sahaja kita ke sana.

Apakah perubahan cuaca sebegini berkait rapat dengan kitaran matahari yang sedang memasuki puncaknya?. Sebenarnya kaitan kitaran dan perubahan cuaca telah banyak sekali mendapat perhatian bagi ahli2 astronomi dan pakar cuaca.

Walaupun pada umumnya tiada satu bukti yang konkrit yang mengaitkan perubahan cuaca dan kitaran matahari tetapi untuk menolak mentah2 perkaitan ini juga tidaklah tepat.

Seperti yang dimaklumkan kitaran matahari mempunayi kesan jelas pada kejadian Aurora, hubungan satelit, power grid dan GPS....dan ini telah terbukti dan memang telah berlaku dalam sejarah bumi kita...

Jika kitaran matahari mempunyai kesan pada Bumi....mengapa tidak pada cuaca?

Ini adalah imej matahari yang dirakamkan 2 hari sebelum cuaca berubah.....masih terdapat tanda2 bahawa matahari masih amat aktif dengan semarak, filamen, tompok matahari dan flakulae pada permukaanya. Apakah adanya aktiviti sebegini menyebabkan cuaca berubah?
 
Seperti yang dinyatakan diatas kesan kitaran perubahan pada matahari telah mendapat perhatian yang mendalam pada ahli2 astronomi bukan sahaja mengenai kaitan dengan cuaca tetapi juga pada kejadian bencana alam, pertumbuhan tumbuhan dan buah2ah  dan juga kesan terhadap saikologi pada manusia sendiri..!!!!
 
Sama2 lah kita banyakan membaca dan menambahkan ilmu juga banyak memerhati ...mana tahu kita akan menemuinya nanti...sesungguhnya ilmu pada Allah itu teramat luas...tinggal kita sahaja untuk menerokoinya


Salam,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi



 

Saturday, February 9, 2013

NGC 5139

Assalamualaikum,

Cuaca di KB tiba2 menjadi sangat cantik dari pagi sampai ke malam. Cuaca sebegini amat jarang sekali sejak 1-2 tahun kebelakangi ini. Maka Balai Cerap Mini di KB tidak melepaskan peluang untuk merakamkan matahari dan objek-objek langit yang lain....

Salah sebuah objek yang sempat dirakamkan semalam adalah sebuah globular kluster yang dikenali sebagai NGC 5139. Kluster ini berada dalam buruj Centaurus oleh itu ia juga dikenali sebagai Omega centaurus. Jika kita dapat mengenali buruj ini ianya amat mudah untuk mengenali dan mencari kedudukan NGC 5139. Yang amat menarik mengenai kluster ini ialah ia dapat dilihat dengan mata kasar dan ia kelihatan sebagai satu tompokan awan nipis sahaja. Tetapi jika dilihat dengan teropong yang besar sudah pasti anda mungkin akan terkejut....mengapa tidak, kerena tompokan awan nipis dan kecil itu rupa2nya terdiri dari beratus ribu  bintang yang kelihatan berhimpit antara satu sama lain seolah-olah tiada lansung ruang antaranya. Tetapi pada hal sebenarnya jarak antara satu bintang masih jutaan km jauhnya...bermakna kita boleh memandu dengan kapal angkasa diantara ruang antara bintang tanpa perlu khuatir akan melanggar bintang2 tersebut...

Satu lagi perkara yang kita akan perasan apabila melihat dalam teleskop ialah warna hampir kesemua bintang dalam kluster ini kekuningan...ini menandakan bahawa hampir semua bintang yang ada dalam gugusan ini sudah berada dalam peringkat umur yang tua......

Seperkara lagi...iaitu kebanyakan kluter globular berada disekitar pusat Bimasakti....berlainan dengan kluster terbuka (open cluster) dan nebula yang kebanyaka terdapat dalam lengan-lengan bimasakti...


Tetapi buat waktu ini untuk melihat omega kluster terpaksa berjaga sehingga ke awal pagi...


   Salam,
   Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, January 27, 2013

Nebula Orion

Assalamualaiku,

Dalam Bimasakti bukan bintang2 sahaja yang mendiami didalamnya tetapi juga mengandungi debu2 dan awan gas yang dipanggil Nebula. Terdapat beberapa nebula yang menarik berada dalam Bimasakti dapat dilihat dengan matakasar tanpa memerlukan alat optik atau alat pembesarsan yang lain. Tetapi jika kita melihat melalui teleskop pasti stuktur dalaman akan lebih terserlah. Salah sebuah nebula yang selalu menjadi tempat kesukaan untuk difotografikan ialah Nebula Orion. Nebula Orion sangat besar jumlah quntitinya tetapi sebenarnya kepadatan gas2 dan debu2 yang berada diadalamnya jauh berjuta2 kali lebih rendah dari udara yang kita sedang hirup sekarang. Dari jumlah debu dan gas yang banyak ini lahlahirnya bintang2. Ia bermula dengan pengecutan gas2 dan debu2 yang nipis kearah pusantnya akibat dari tarikan graviti sehingga cukup untuk memulakan cetusan dan membentuk bintang.

 Diperkirakan 6,000,000,000 tahun dahulu matahari kita telah terbentuk dengan kaedah hampir sebegini...





 
 
Ini adalah sebahagian dari Nebula Orion, lihat pada pusatnya terdapat beberapa buah bintang yang amat terang dan cerah. Bintang ini dipercayai baru terbentuk. Berapa buah bintang dalam pusat Nebula dipanggil Trapizium kerana bentuk susunanya. Imej ini dirakamkan dengan teleskop Mewlon 10" dengan menggunakan kamera berwarna QSI dengan dedahan selama 20 minit.
 
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, January 24, 2013

Pelajar Australia melawat Balai Cerap Mini

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali. Agak sudah lama tidak menulis diruangan ini memandangka 1-2 bulan ini jadual kita agak sibuk bukan sahaja atas urusan universiti tetapi juga urusan keluarga. Lebih-lebih lagi cuaca yang amat tidak menentu di KB.  Walaupun pada kebiasaanya cuaca pada waktu ini sepatutnya baik  tetapi hingga sekarang masih lagi belum sepenuhnya seolah2 musim banjir belum lagi tamat. Maka aktivit2 astronomi terpaksa dihentikan sementara

Baru-baru ini seorang pelajar dari Australia (Brisbane) datang melawat balai cerap mini kita bertemankan keluarganya. Beliau berasal dari Malaysia (kelantan) dan sekarang sedang menetap dan belajar di Australia.

Pelajar ini begitu fasih berbahasa English malah sukar bagi pelajar ini bercakap dalam bahasa maklumlah agak lama di Asutralia walaupun masih boleh memahami perkataan Melayu.

Sebaik sahaja Balai Cerap Mini dibuka, beliau terus kagum dengan alatan yang kita ada, malah katanya teleskop yang paling besar pernah dilihatnya. Walaupun awan yang tebal silih berganti tetapi sebaik sahaja kita tunjukan planet Jupiter, beliau terus mengenali planet ini malah boleh bercerita dengan lebih detail lagi.

Melihat pada gelagatnya, nyata pelajar kelahiran Malaysia ini begitu meminati Astronomi dan banyak membaca mengenainya. Soalan2 yang ditanyai memang menampakan beliau amat berpengetahuan. Sayang sekali cuaca yang tidak baik tidak membolehkan pelajar ini melihat sepuasnya. Kebetulan pula bulan sudah tiada dan planet Zuhal belum lagi timbul di ufuk timur.

Inilah pelajar yang kita maksudkan, Anas namanya. Begitu tekun memerhati Jupiter. Beliau amat mudah belajar untuk mengendalikan teleskop di balai cerap kita.

Beliau memohon untuk tidur di Balai Cerap kita untuk melihat planet2 lain tetapi cuaca yang tidak mengizinkanya.....

 Bolehkah kita datang lagi di sini?, itu adalah kata2 terakhir beliau sebelum meninggalkan Balai Cerap Mini...

Tapi beliau berjanji akan datang di Balai Cerap Mini kita lagi sebaik sahaja beliau kembali lagi ke Malaysia mungkin semasa cuti panjang tahun depan......

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi