Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Wednesday, March 31, 2010

Peralatan imejing terbaru

Ini adalah peralatan terbaru yang digunakan untuk imejing di Balai Cerap Mini Dr. Rowi.
Alatan tersebut terdiri dari beberapa teleskop yang kesemuanya adalah dari jenis pembias (refractor) dan beberapa jenis kamera CCD. Juga digunakan kamera filem dan digital dari jenis Canon model 20Da yang direka khas untuk imejing. Kesemua alatan ini diletakan diatas mount Takahashi NJP dan dikawal oleh Program Tha Sky 6. Untuk pendedahan yang lama digunakan kamera CCD model SBIG 237A sebagai kamera pemandu atau guider

Sunday, March 14, 2010

Friday, March 12, 2010

M45-Bintang Tujuh Beradik



Bintang Tujuh Beradik atau pun lebih dikenali sebagai Sevens Sisters adalah sebuah objek angkasa yang menarik dan cantik untuk dilihat.



Ia juga dikenali dengan kod M45. Jika di dalam bahasa inggeris, ia dikenali sebagai Pleiades/span>. Objek ini sebenarnya adalah sebuah gugusan bintang yang terdiri daripada tidak kurang daripada 100 bintang. Gugusan bintang ini adalah gugusan yang tercerah dan boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi yang melihatnya menggunakan mata kasar, kelihatan sebanyak 6 bintang yang dekat seakan-akan awan.

Untuk memudahkan anda melihat objek ini, ia terletak disebelah utara buruj Belantik. bersebelahan bintang Aldebaran, iaitu bintang besar berwarna oren.



Sunday, March 7, 2010

Eta Carinae

Salah satu nebula yang menjadi rebutan ramai untuk dirakamkan adalah Eta Carinae. Ia merupakan salah satu objek yang amat-amat menakjubkan. Ia terletak dalam buruj Carina yang terletak di langit selatan jika dilihat daripada Kota Bharu. Nebula yang saiznya empat kali lebih besar daripada Nebula orion ini berada 10,000 tahuncahaya daripada bumi.

Nebula ini juga merupakan tempat yang aktif unutk pembentukan bintang-bintang baru.

Antara yang terdapat dalam nebula ini adalah bintang Eta Carinae. Bintang ini adalah bintang variable, yang mana ia boleh berubah dari segi perubahan kecerahan (magnitude ). 100 tahun dahulu bintang Eta Carinae adalah bintang kedua tercerah selepas Sirius.

Imej nebula ini dirakamkan di Kota Bharu dengan menggunakan kamera digital SLR Canon 20Da melalui teleskop APM 4.6 inci dengan dedahan selama 10minit (guided). Buat masa ini nebula ini akan berada pada kedudukan yang tertinggi dari ufuk selatan sekitar waktu tengah malam. Jika ada kelapangan mengapa kita tidak mencuba melihatnya malam ini?


Gambar di atas adalah gambar yang belum di proses.






Orion Nebula ( M42 ) & Running Man Nebula





Ini adalah imej Nebula Orion bersebelahan dengan Running Man Nebula yang dirakamkan dengan menggunakan Canon 20Da dengan pendedahan selama 10 minit (guided).
Orion Nebula boleh dilihat dengan mata kasar yang berada dalam buruj Orion (Belantik ).
Nebula Orion merupakan tempat yang aktif di mana ia menjadi tempat kelahiran bintang-bintang baru yang terbentuk dari awan dan gas-gas di sekelilingnya.
Sekarang ( bulan mac ) Nebula ini berada hampir-hampir tegak di atas kepala pada waktu maghrib.

Mengapa anda tidak mencuba melihat?

Wednesday, March 3, 2010

Bersama Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pada 21 Feb yang lepas, saya dalam rangka lawatan bersama Presiden Falak Syarie Malaysia. Rombangan ini telah melawat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam perjumpaan tersebut, banyak perbincangan telah di adakankan. Antaranya cadangan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Berikut adalah gambar-gambar semasa di SUK.

Tuesday, March 2, 2010

Eta Carinae
















Date : 30 Jan 2010

Camera : CCD SBIG ST-7

Exposure : 180 secs




Telescope Parameters

Focal Length : 80 inches

Aperture : 50 inches