Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Sunday, December 11, 2011

Laporan Gerhana Bulan Penuh 10 Dis 2011

6.00 ptg : Bertolak dari Kuala Lumpur menuju Telok Kemang. Sepanjang perjalanan, cuaca tidak stabil. Sekejap awan tebal kehitaman, sekejap kelihatan cerah di kaki langit. Separuh perjalanan dipandu arah oleh Ustaz Zaki.

6.15 ptg : Menerima berita daripada pusat cerapan di Mek Mas,Kota Bharu, awan tebal, dijangka hujan sekejap dan gerhana dapat dicerap hanya sejam.

6.35 ptg : Gerhana bermula, bulan telah memasuki bahagian penumbra.

7.50 mlm : Sampai ke Telok Kemang, 'specifically' sampai di Pusat Balai Cerap Negeri Sembilan. Disambut dengan jamuan makan malam.

8.15 mlm : Alatan imejing dipasang. Untuk kali ini, Kamera Canon EOS 60D dan lens 70-200 digunakan. Dilaraskan di atas tripod. Cuaca maih berkabus di atas. Bulan diselubungi awan. Angin semakin kencang bertiup. Pengunjung semakin ramai.

8.30 mlm : Gambar pertama ditangkap oleh Dr Rowi, untuk permulaan gambar ditangkap setiap 5 kali. Setiap kali gambar diambil, setting gambar mesti ditukar kerana biasan cahaya bulan berubah mengikut kehadiran awan atau bergantung kapada pantulan cahaya daripada bulan sendiri.

8.40 mlm : Bulan semakin menghampiri umbra, gambar diambil setiap 30 saat supaya tidak terlepas fasa penting iaitu, fasa umbra, fasa yang mana bulan memasuki bayang bumi. Cuaca amat baik, tiada riak-riak awan yang datang. Angin bertiup perlahan.

10.00 mlm : Bulan di pertengahan fasa umbra. Pengunjung semakin ramai, solat sunat gerhana baru sahaja selesai.

10.30 mlm : Sebahagian kecil pengujung bersurai. Gambar diambil dengan kadar setiap 3 minit.

10.50 mlm : Bulan keluar dari fasa umbra. Pada ketika ini, angin tidak bertiup tetapi awan menyelubungi  bulan.

12.30 tgh mlm : Kamera di kemas semula.

Berikut adalah gambar-gambar gerhana mengikut kronologi.


Friday, December 9, 2011

Imej Matahari 8 Disember 2011


Gambar matahari yang diambil di Balai Cerap Mini Dr. Rowi, Guchil Bayam, Kota Bharu pada pagi 8/12/2011




Cuaca pagi itu terlalu cerah disambut awan yang nipis dan kumpulan burung yang bebas merantau. Matahari gah menonjolkan diri dengan cahayanya yang terang. Di ufuk Timur sana, sang suria terus menghilangkan kegelapan malam. Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Segalanya telah tersusun dan set up.

Hampir 3 bulan tidak aktif dalam astrofotografi. Kelmarin, bersama bekas Pengerusi Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki 2011, Saudara Miqdad Noran, saya berkeempatan menggunakan 40mm Coronado Telescope, imej matahari berjaya diambil.

Imej dirakam dengan Lucam Recorder menggunan kamera skyNyx 2-1 M. Imej untuk permukaan Matahari diambil dengan 2000 Frames dan untuk suar dan semarak sebanyak 500 Frames. Selesai editting dengan RegiStax V6, kedua-dua imej digabungkan dalam adobe photoshop untuk hasil yang lebih kemas.

Kelihatan sunspot dan flaming yang jelas di atas permukaannya.

-Azim Ismail-
Coretan si Perintis

Friday, November 25, 2011

Musim Tengkujuh Sudah Tiba Di KB

Assalamualaikum,
Seperti biasa bila sampai setiap kali penghujung tahun, maka bermakna di KB akan mengalami musim tengkujuh yang hebat. Tahun ini musim tengkujuh agak awal datang dan berterusan agak lama. Sudah seminggu langit ditutpi awan tebal dan hujan yang berterusan sehingga kawasan-kawasan tertentu di KB dan Kelantan keseluruhanya dinaiki air.
Jadi, tiada apa2 aktiviti yang boleh dilakukan disini baik waktu pagi, tengah hari, petang atau pun malam hari. Jadi, untuk deep sky imaging atau pun melihat Matahari terpaksa ditunda mungkin sampai tahun depan.
Agaknya inilah masa yang sesuai untuk projek membersih atau mengkalibrasikan semua alat-alat yang ada untuk persedian tahun depan.
Nampaknya gerhana bulan pada 10/12/11 akan digerhanakan dulu oleh awan dan hujan yang tebal. Nampak kita kena cari tempat lain untuk melihat gerhana bulan nanti..mungkin di KL.
Walaubagaimanpun masih mengharapkan agar cuaca pada malam gerhana menjadi cantik seperti bulan julai yang lepas...Mohon kpada Allah sahaja.
Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Friday, November 11, 2011

Cerapan 11.11.2011 : Orion Nebula & Sirius

Sekarang, jam 0702  saya berada di Balai Cerap Mini Dr Rowi, matahari semakin memuncul, burung bertebaran keluar dari sarang, langit semakin mencerah cantik. Walaupun kipas ditutup, angin pagi yang sejuk amat kuat menerkam tubuh saya. Terpaksa badan dibungkus dengan  jaket Nike merah.Alatan untuk mencerap pada kali ali adalah teleskop Vixen reflector F/4, QSI Camera. Gambar ditangkap menggunakan ImagePlus 4.00 Camera Control. Kemudian gambar diberi sentuhan daripada ImagePlus (photo editting software) dan juga Adobe Photoshop CS3.


Semalam, adalah kali pertama saya menggunakan ImagePlus, interfacenya yang friendly memudahkan kerja-kerja saya. Selain itu, ImagePlus juga menyediakan tutorial yang ringkas dan padat, saya boleh belajar terus daripada tutorial tersebut untuk mengedit gambar-gambar yang ditangkap.

<><> <><> <><> <><> <><> <> <> <><> <><> <><> <><><><><>
Orion Nebula, M42. Turut kelihatan bintang yang
berpancang disebelah kanan, bintang Nair el - Saif.
Pada gambar Orion Nebula (kiri), bukan sahaja Orion Nebula yang wujud, tetapi de Mairan Nebula juga wujud. De Mairan Nebula, M43 terletak, betul-betul disebelah kiri Orion Nebula.
Selain itu, terdapat juga bintang yang berpancang di sebelah kanan gambar, bintang Nair el-Saif. Nair el - Saif adalah bintang yang melambangkan hujung Pedang Orion.

Bintang Sirius yang berpancang empat.
Pancang terjadi apabila cahaya dibiaskan
oleh bilah labah-labah teleskop.
Manakal gambar kedua, adalah gambar Sirius, bintang paling cerah bagi buruj Canis Major.

Monday, November 7, 2011

Tompok Matahari 1339 sedang menghadap Bumi

Salam Semua,
Mengikut lapuran dari spaceweather, tompok Matahari 1339  sedang bergerak kearah barat dan tidak beberapa lama lagi akan menghadap Planet Bumi. Tompok ini lebih besar berkali ganda dari saiz Bumi Jika kebetulan berlaku suar yang ganas pada tompok ini semasa berhadapan dengan Bumi kemungkinan besar aktiviti Aurora akan bertambah dan gangguan pada komukasi akan akan berlaku. Kita tunggu dan lihat.
Cuaca di KB agak baik pagi ini. Selepas pukul 11 pagi,  perlahan-lahan menghilang. Imej Matahari  dan tompok 1339 dirakamkan dengan  penapis Kedrick menggunakan teleskop APM 115 f7. 



Selamat Hari raya Eidul Adha,
Dr. Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, November 3, 2011

Matahari bergolak pada 2/11/11

Cuaca di KB pada 2/11/11 tiba2 menjadi cerah dengan langit yang bersih kebiruan setelah 5-6 hari  Matahari dilindungi awan tebal dan hujan yang tidak berhenti sepanjang hari. Kita sempat mengintai Matahari sebelum bertolak ke pejabat dengan teleskop Coronado. Kelihatan 2-3 loops julakan api yang besar berlaku pada sebelah timur  Matahari....mengikut pakar Matahari ia tidak meberi kesan kepada Bumi kerana semerak ini tidak berhadapan secara tepat dengan Bumi....Syukur.


Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Monday, October 24, 2011

Matahari pagi 24-10-11





Semenjak 3-4 bulan ini cuaca amat buruk sekali di KB. Tiada satu malam pun tanpa awan. Sudah sekian lama deep sky objek tidak dapat dirakamkan. Yang ada hanya seketika waktu pagi bila mana Matahari perlahan-lahan meninggi itu pun cuma 1-2jam sahaja. Hanya waktu ini sahaja kita boleh merekam dan melihat Matahari melalaui teleskop Coronado. Walaubagaimanapun kita harus bersyukur kita tidak mengalami banjir yang teruk seperti di negara jiran kita Thiland. Nampaknya teleskop dan kamera terpaksa kita bungkus semula dan masuk kedalam drybox untuk seketika ini....selepas ini musim tengkujuh menjelam pulak...maka tahun depanla kita akan berjumpa..
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi 

Saturday, October 15, 2011

Matahari hari pagi ini..15-10-11

   Imej Matahari pada pagi ini 15-10-11 tidak seaktif seperti 2-3minggu yang lepas. Ada 2 tompok Matahari yang besar dan ada beberap buah tompok yang kecil. Semua kelihatan perlahan bergerak kearah Barat..  Walaupun tompok Matahari agak banyak tetapi aktivitinya agak berkurang

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, October 9, 2011

Letusan Hebat Berlaku Pada Matahari

Assamualikum,
Tidak disangka2 pada lebih pukul 8 pagi  pada 7-10-11 semasa kita sedang membuat imejing pada Matahari tiba sahaja pada sebelah barat Matahri terjadi satu letusan yang hebat. Ia berlaku tepat pada tompok hitam Matahari. Pada mulanya ia kelihatan sebagai semerak yang biasa tetapi dalam masa tak sampai 10 minit kedaan berubah dengan pantas...dimana semerak yang kecil tadi telah menjadi besar dan terang. Ia melontar gas-gas dan ion2 yang panas keluar dari permukaan Matahari. Jika lontaran atau letusan gas2 ini tepat kearah Bumi mengikut pakar2 astronomi akan berlaku gangguan cuaca dan pertambahan aktiviti Aurora di Atmosfera Bumi









Imej yang terakhir menunjukan tempat yang tepat berlakunya semerak ini


Imej ini adalah keadaan semasa  kemuncak sebelum semerak ini perlahan2 menjadi malap
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Saturday, October 1, 2011

Matahari sudah tersenyum

A'alaikum
Imej menunjukan wajah Matahari pagi ini 1-10-2011.............kelihatan seolah-olah Matahari sedang senyum  dan tidak banyak kelihatan semerak pada sembirnya...........diharap dengan senyuman Matahari pada pagi ini cuaca di KB akan bertambah baik dan aktiviti imejing akan dapat diteruskan. Sudah 2-3 bulan akhir2  ini cuaca tidak mengizinkan kita melakukan cerapan dan lain2 aktiviti astronomi yang lain...


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, September 22, 2011

Matahari lagi...

Cuaca di Kb amat tidak menentu...sudah sekian lama aktiviti pengimejan tidak dapat dilikukan hanya sekali seketika Matahari kelihatan pada ufuk timur dan barat. Kebanyakan masa dilindungi oleh awan yang tebal.
Imej ini dirakam 2-3 hari lepas bila Matahari kelihatan  dicelah2 awan yang tebal
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, September 8, 2011

Matahari makin aktif






Sejak kita berada dalam bulan Shawal ini cuaca di KB agak muram dengan awan yang tebal tanpa mengira pagi atau petang. Malah pada waktu petang dan malam sentiasa diringi dengan hujan lebat dan ribut agak menakutkan. Aktiviti cerapan dan imejing terhenti buat sementara. Walaubagaimanpun diketika Matahari bersinar untuk 1-2jam pada pagi hari sempat kita rakamkan wajahnya yang agak aktif  menarik dan pasti tahun depan dijangka akan lebih menarik lagi..InshaALLAH.
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi


Saturday, September 3, 2011

Jupiter


Imej Jupiter yang dirakamkan dalam bulan Ramadhan dan diproses kembali dengan sedikit berbeza dari kebiasan. wajahnya kelihatan lebih detail tetapi sedikit over
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, September 1, 2011

Sun spot terbanyak

A'mualaikum,
Pagi Raya ke 3, cuaca agak baik. Skynyx yang tersedia dengan teleskop Coronado terus dihadapkan ke Matahari, alangkah terkejutnya kerana begitu banyak sekali tompok2 Matahari yang kelihatan. Saya kira lebih kurang dalam 10 kesemuanya. Ini adalah pengalaman saya yang pertama kali melihat begitu banyah tompok Matahari.


 Adakah ini tanda bagi cuaca yang buruk?
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi 

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua peminat-peminat  astronomi dimana saja anda berada.
Semoga semua kita sentiasa berada dalam Rahmat dan Lindungan Allah.
Imej Musytari ini dirakam dengan teleskop Mewlon 10" dengan kanta Barlow 3x menjadi f/36. dalam cuaca yang kurang memuasakan.
Maaf Zahir Batin
Salam, dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Sunday, August 14, 2011

Gerhana di Jupiter

A"mualaikum,
Ketika di Bumi Bulan sedang berada dalam purnama, di Jupiter pula sedang  berlaku gerhana  Matahari. Imej ini dirakamkan subuh tadi. Titik hitam sebenarnya adalah bayangan salah satu Bulan Jupiter yang sedang melintasi depannya. Dengan kata lain Bulan ini sedang berada diantara Matahari dan Planet Jupiter, jadi bayangan bulan jatuh keatas permukaannya. Fenomena pada jupiter ini dipanggil Transit. Sama seperti apa yang berlaku di Bumi bila Bulan berada diantara Matahari dan Bumi, maka ketika ini gerhana Matahari berlaku. Pergerakan bayangan bulan melintasi permukaan Jupiter sangat cepat. Masa diantara Imej pertama dan kedua tak lebih dari 45min.




   
  


Salam, dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
.

Bulan Purnama Ramadhan

A'mualaikum,
Imej Bulan Purnama Ramadhan yang dirakam dengan kamera Canon 60D dan melaui kanta 70 - 200mm f/2.8 L. Ini bermakna kita sudah hampir2 memasuki separuh Bulan Ramadhan.
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Friday, August 12, 2011

Corona Mass Ejection (CME) berlaku pada Matahari?

Assalamualaikum,
Imej yang dirakamkan 5 hari yang lepas menunjukan dimana semarak yang berlaku pada permukaan Matahari seolah sudah terlepas dari permukaannya, apakah ini yang dimaksudkan dengan Corona Mass Ejection?
Mengikut ahli astronomi jika CME  berlaku dan kebetulan ia menghadap kearahnya Bumi, kita akan mengalami gangguan telekomunikasi, cuaca yang buruk dan kejadian aorora yang aktif.


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
  

Wednesday, August 10, 2011

Copernicus Crater/Kesan Bulan Terbelah

Diambil oleh Abdullah Bin Hassan dan Zul Hakimi dengan teleskop Mewlon 10" f12 pada 9 Ogos 2011 jam 11:00 mlm.


Copernicus Crater
(Kawah Tengah)


Kesan Bulan Terbelah


Dari Balai Cerap Dr. Rowi


Salam. Abdullah dan Hakimi

Jupiter 10 Ogos 2011

Dengan menggunakan mount Temma 2 NJP Takahashi, teleskop Mewlon Takahashi 10" f4 menggantikan teleskop refractor yang sudah sekian lama digunakan, gambar Jupiter ini sempat dirakam dalam masa 3:30 am ke 4:00 am dalam keadaan cuaca yang sangat terang. Jupiter pada ketika ini berada pada langit sebelah timur.

Gambar-gambar yang dirakamkan sedikit tidak memuaskan melalui pemerhatian gambar yang dikenalpasti. Antaranya, gambar yang tidak rapi dengan bulan Ganymede sedikit lonjong, garisan tepi yang kurang jelas dan jaluran halus  Jupiter yang kurang kelihatan.

Terdapat beberapa kemungkinan perkara ini terjadi, antaranya ialah allignment cermin pantulan teleskop Mewlon yang tidak jitu, perolakan medium atmosfera yang mengganggu aktiviti astrofotografi, ataupun gegaran kecil pada tapak teleskop. Kami bersetuju dengan andaian bahawa berlaku perolakan medium astmosfera melalui perubahan imej video yang dapat dilihat, di mana perubahan imej tersebut tidak sekata pada setiap sisi Jupiter sebelum proses rakaman bermula.

Walaubagaimanapun, Dr. Rowi dan saya berhasrat melakukan sedikit pengubahsuaian pada teleskop pada 11 Ogos ini dengan menggantikan Mewlon Takahashi atau menambah satu lagi teleskop yang baru sampai pada mount yang sedia ada sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah ini.

Di bawah ialah gambar-gambar yang berjaya dirakam dengan Syknyx2-2C dan Skynyx mono. Gambar diproses menggunakan Registax.



 



 





Abdullah Hassan
Zul Hakimi Hashim

Dari Balai Cerap Dr. Rowi
Taman At-Tarbiyah, Kubang Kerian.

Tuesday, August 9, 2011

Jupiter waktu subuh

Semoga kita sentiasa berada dalam Rahmat Allah.
Imej jupiter yang rakamkan pagi sebaiak sahaja selepas bersahur. Keadaan cuaca agak berawan dan seing yang masih lagi tidak baik. Imej dibawah dirakam menggunakan kanta barlow 2x




Salam, jumpa lagi
Dari Balai Cerap Mini dr. Rowi



Sunday, August 7, 2011

Jupiter waktu subuh

Assalamualaikum,
Sebaik sahaja selepas bersahur dan menunggu waktu subuh,,dengan menggunakan kamera skynyx color melalui teleskop 10 inci  Mewlon + kanta barlow 2x kita telah rakamkan planet  jupiter tetapi cuaca agak berawan dan imej yang terhasil agak kabur. InSaAllah kita cuba malam esok


Manakala imej ini pula dirakam tanpa menggunakan kanta barlow melalui teleskop Mewlon 10"

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Friday, August 5, 2011

Matahari makin aktif

Sejak seminggu dua ini Matahari makin aktif. Jangan lepaskan peluang memerhati Matahari setiap masa jika anda mempunyai teleskop dan penapis  Matahari yang sesuai. Selalunya aktiviti pada Matahari akan juga memberi kesan kepada aktiviti Magnetik Bumi kita.
Walaubagaimanapun jangan sekali2 melihat Matahari tanpa penapis yang sesuai. Mengikut laporan Spaceweather  kemungkinan akan terjadi akitiviti yang meningkat pada geomagnetik kita dalam sehari dua ini.

The Sun Aug 3, 2011



Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Thursday, August 4, 2011

Jupiter dalam Ramadhan

Assalamualaikum,
Semoga semua berada dalam Rahmat Allah,





Sambil menanti waktu subuh dan bersahur,cuaca agak baik di KB sempat juga kita menjengok planet Jupiter dengan kamera skynyx. Pagi ini tompok merah kelihatan sebaik sahaja cahaya matahari mula timbul tetapi 2 bulan sahaja yang kelihatan . Mungkin dua berada dibelakang planet itu sendiri. Dalam pada itu sementara menunggu waktu Isha' dan tarawih sempat juga kita melihat langit pada sebelah malam sebaik sahaja selesai berbuka. Kamera skynyx yang sentiasa tersedia kita terus saja merakam planet Zuhal. Sayang sekali keadaan "seing" tidak memuaskan


Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, August 2, 2011

Matahari kian bergelora dalam Bulan Ramadhan

Assamualaikum,
Salam sejahtera semoga kita semua diberkati Allah dalam bulan yang penuh berkah ini.
Cuaca di Kb masih tidak stabil dan kadang2 dikuti dengan hujan yang lebat waktu petang. Walaubagaimanpun cuaca petang amat baik dan langit amat indah. Sempat kita rakamkan beberapa imej Matahari melalui kamera skynyx kita.


Nampaknya Matahari Makin bergelora dalam bulan Ramadhan ini. Kita harap banyak lagi perubahan yang akan berlaku pada permukaan Matahari dan InshaALLAH kita kan sentiasa mengikuti perubahan2 yang mungkin berlaku jika diizinkanNya.

Sekian, Selamat Berpuasa
Dari Balai Cerap Mini Dr. rowi

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432 : New Moon Gazing | Cerapan Hilal Ramadhan 1432

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dan marilah kita bersyukur kepada Allah, Tuhan yang menciptakan alam semesta kerana berpeluang menikmati bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini sekali lagi.

Pada cerapan hilal Ramadhan 1432 ini, pihak kami memilih Pantai Mek Mas sebagai tempat cerapan rasmi. Kumpulan ini telah disertai oleh ahli daripada Balai Cerap Mini Dr Rowi iaitu Dr. Rowi sendiri, Ustaz Mohd Nor, Abdullah Hassan, Hakimi Hashim, Abdul Razak Omar, Ahmad Ashraf Azhar, mahasiswa daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), pelajar daripada Maahad Muhammadi (Perempuan), MMP.

Saturday, July 23, 2011

Matahari Hari Ini

Nampaknya Matahari kian hari makin aktif. Pagi tadi kelihatan semarak begitu mengkagumkan. Imej dirakamkan dengan kamera skynyx dan diproses dengan registax dan sedikit phtoshop.

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

Tuesday, July 19, 2011

Matahari Sudah aktif semula

Nampaknya permukaan Matahari sudah menujukan tanda-tanda kembali aktif. Imej dirakam pagi tadi sebelum ke pejabat 



Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi