Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Friday, June 10, 2011

Gerhana Bulan 16 Jun.



Seperti yang telah maklum oleh ahli-ahli astronomi di Malaysia khasnya dan di dunia seleruhnya, pada 16 Jun 2011 akan berlaku satu fenomena astronomi yang menarik untuk kita tatapi. 

Fenomena yang dimaksudkan adalah gerhana bulan penuh (total lunar eclipse). Gerhana penuh berlaku apabila keseluruhan bulan berada dalam bayang bumi. Kedudukan bumi semasa berlaku gerhana penuh adalah di tengah-tengah antara matahari dan bulan.
 





Gambar menunjukkan urutan fenomena yang akan berlaku pada 16 Jun nanti. Sila klik untuk besarkan gambar.
Untuk gerhana kali ini, kemuncaknya pada pukul 4.14pg. Untuk mendapatkan pandangan yang cantik dan menarik, adalah elok diperhatikan bulan bermula pukul 2.22pg, iaitu semasa gerhana memasuki fasa Umbral 1. Benua-benua yang bertuah untuk menyaksikan gerhana bulan penuh pada kali ini ialah Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Asia dan Australia.

Untuk fenomena kali ini, pihak kami bercadang akan 'menembak' bulan di Pantai Mek Mas atau di Balai Cerap Mini Dr. Rowi.

Oleh itu, kami mengajak kepada semua rakyat Malaysia supaya memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin. Hayatilah kebesaran-NYA.

Gambar oleh : Abdullah Hassan
Teks oleh      : Ahmad Ashraf Azhar

No comments: