Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Sunday, March 25, 2012

Marikh, Venus dan Zuhal

A'alaikum,
Planet Marikh sudah semakin jauh dari Bumi dan kerana itu saiz lebih kecil kalau dibandingkan 2-3 minggu dulu tetapi sekarang ia kelihatan mempunyai 2 tompokan putih pada kedua2 kutubnya.

Manakala planet venus pula pada pandangan mata kasar amat terang dan cantik sekali tetapi pada pandanganteleskop tidak mempunyai ciri2 yang menarik pada permukaanya kecuali perubahan-perubahan pada fasa2nya yang seolah-olah seperti yang berlaku pada fasa bulan.

Planet Venus dirakam sebaik sahaja Matahari terbenam pada Marikh pula pada kira2 pukul 10 malam pada 24-3-12 .

Pada pertengahan malam cuaca makin berawan dan keadaan seeing juga tidak memuaskan...tapi sempat merakam wajah planet zuhal seketika. Planet ini akan berada pada kedudukan oposisi tidak lama lagi



Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

No comments: