Assalamualikum,
Barangkali ini lah imej terakhir planet venus sebelum berlakunya transit. Kedudukan venus sekarang agak rendah semasa matahari terbenam dan amat sukar sekali untuk melihat dan merakamkan imejnya. Ini kerana cahaya dari venus terpaksa melalui lapisan atmosfera yang paling tebal dan dengan itu imejnya kelihatan bergoyang dan kabur. Oleh itu untuk merakamkan imej adalah disyorkan supaya dilakukan pada waktu tengah hari atau petang sebelum matahari terbenam diufuk barat. Planet ini sedang menuju ke matahari dan akan melintasinya sedikit masa nanti. Oleh itu bagi peminat2 astronomi semua, ini adalah waktu yang sesuai untuk kita melihat dan merakamkan imejnya walaupun agak sukar tetapi imejnya sangat cantik dan besar seolah-olah seperti bulan baru... disamping itu juga sebagai persediaan untuk melihat satu fenomena yang amat jarang terjadi itu transit planet venus. Jika tidak, kita tidak mungkin akan melihatnya lagi bagi mereka yang hidup pada masa ini....
Imej ini dirakamkan pada 30-5-12
Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment