Kita tiba di Brisbane pada pagi
10-11-12 dengan pesawat Etihad bersama dengan Helmi (anak) dan Din (adik) dan kita menginap selama satu malam disini. Tidak seperti yang dijangka
cuaca disini sama seperti musim tengkujuh di KB
dengan hujan dan angin yang kuat tetapi suhu yang agak rendah. Jika cuaca sebegini
berterusan sudah pasti peluang untuk melihat gerhana pasti akan gagal lagi
seperti apa yang berlaku di Shanghai 3 tahun yang lepas.
Pada keesokan harinya, perjalanan ke Cairns diteruskan dengan menaiki pesawat domestic Jet Star. Perjalanan ke Cairns mengambil
masa selama lebih kurang 2 jam.
Pada hari yang berikut nya pula En. Shah dan isterinya tiba di Cairns untuk bersama-sama dengan kita dalam. Sebuah kereta
telah disewa untuk memudahkan pergerakan dan
mencari tempat yang sesuai untuk cerapan gerhana. Seperti yang dijangka, hujan dan awan tebal
sentiasa melindungi kawasan yang
dijangka menjadi tumpuan orang ramai seperti di pantai Palm Cove,
Eliss Beach, Megretti dan Port Doughlas
Sehari sebelum gerhana ramalan
cuaca masih meramalkan hujan dan awan tebal sepanjang pantai tempat
rebutan para peminat astronomi semua. Jadi kita telah berpakat dan mengambil
keputusan untuk terus ke Marreeba iaitu disatu bandar yang agak jauh dari pantai
dan sedikit pendalaman. Kita mengambil
masa lebih kurang sejam lebih untuk
sampai kesini (lebih kurang 70km dari
Bandar Cairns) dengan jalan yang agak berliku2 dan curam. Kita sungguh
bernasib baik, langit malam hari disini sungguh cantik dan menakjubkan dengan bintang2 bertaburan dengan
banyaknya. Malah kita mudah sekali
melihat Andromeda galaksi dengan
matakasar walaupun pada awalnya agak sukar untuk kita mengenal buruj2 disini maklumlah
kesemuanya kelihatan terbalik…….Kita mengharapkan suasan langit malam hari akan
berterusan sampai ke esokan harinya.
Pada keesokan harinya iaitu pada 14-11-12, sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh kita
terus mencari lokasi yang sesuai
untuk cerapan. Sebaik kita tiba disuatu
kawasan lapang bersebelah dengan sebuah stadium dengan dataran ufuk agak bebas dari lidungan, sudah terdapat
beberapa kumpulan peminat astronomi yang telah pun memasang dan siap sedia dengan kamera dan teleskop
masing2 untuk cerapan dan pengimejan. Salah
sebuah kumpulan yang membawa alat kelengkap yang tercanggih adalah peminat astronomi dari Jepun. Mereka merupakan pakar dalam fografi gerhana.
Team Balai Cerap Mini Dr. Rowi dan Falak-Online sedang bersiap sedia
Team profesional dari Jepun begitu tekun meyediakan peralatan pengimejan
Tanpa melengahkan masa teleskop
dan kemera terus sahaja dipasang bersebelahan dengan mereka. Kita sungguh bertuah
dan amat gembira sekali, cuaca pada pagi
ini sangat baik dengan langit yang kebiruan. Sedikit tompok awan kelihatan pada
ufuk sebelah matahari naik…dan oleh kita
telah terlepas untuk merakam detik sentuhan pertama gerhana matahari.
Permulaan gerhana yang sempat pertama kali dirakamkan
Matahari kelihatan seperti Bulan sabit
Corona jelas menyerlah sebaik sahaja Bulan menutupi sepenuhnya permukaan Matahari
Semakin lama pendedahan makin besar corona kelihatan
Corona kelihatan sedikit kebiruan dengan menggunakan kamera Nikon
Diamond Ring
Diamond Ring melalui kamera Nikon
Sebaik sahaja menghampir gerhana penuh, suasana menjadi kelam dan malap, planet Venus jelas kelihatan pada bahagian atas kiri matahari.
Sepanjang masa gerhana, tiada sedikitpun tompokan awan yang
melindungi penglihatan kita. Paling teruja sekali apa berlaku sentuhan kedua
dan ketiga. Kita dapat rasakan suasana ketika itu amat tenteram dan yaman
dengan sedikit sorokan dan tepukan dari peminat astronomi yang berada
sekitarnya . Cuaca menjadi sejuk dan suasana menjadi suram dan seolah2 semuanya
terhenti buat seketika. Tangan tidak terhenti2 menekan butang pada kamera dan mata tidak terlepas memandang pada bola
matahari dan bulan (sudah tentu pada pada gerhana penuh).. .……memang agak sukar
untuk diucapkan dengan kata2 suasana pada ketika ini…….SubhanaLLah Dia yang mengurus
dan mengatur semua ini. Tiada siapa pun nyang boleh mengubah ketentuaNYA.
Semua peristiwa ini mengambil masa lebih kurang 2jam tetapi semasa gerhana
penuh ianya cuma mengambil masa 1 minit 40 saat sahaja. Bagi mereka yang berada berdekatan dengan pantai masa gerhana penuh mereka dapat melihat 15 saat
lebih lama dari Mareeba. Walaubagaimana pun dari khabar yang kita terima mereka tidak melihat sejelas apa yang kita dapat lihat di Mareeba kerana ditutupi awan yang tebal dan cuaca yang mendung.
Kita telah berjaya
merakamkan hampirr semua peringkat
peristiwa gerhana…….lihat imej2 diatas malah planet Venus jelas kelihatan berada diatas kiri dari matahari
Maka tidak hairan bagi mereka
yang pernah mengalami atau meyaksikan peritiwa ini akan pasti sekali lagi akan
tertuggu2 untuk mengikutinya sekali lagi……kemudian
anda akan termasuk dalam golongan yang digelar
……………..Eclipse Chaser…..
Sebahagian peminat2 gerhana yang berada di dataran Mareeba
Pemandangan sebahagian Bandar Raya Brisbane waktu malam
Ahmad Helmi begitu bersungguh2 menolong meyiap sediakan peralatan tetapi 2 hari sahaja berada di Autralia terus kena deman selsema kerana tidak tahan cuaca sejuk....
Salam Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
1 comment:
Thanks a bunch for sharing this with all people you actually recognize
what you're talking about! Bookmarked. Kindly additionally consult with my site =). We will have a link change contract among us
Visit my weblog :: click here
Post a Comment