Semoga semua kaum Muslim dimana sahaja berada sentiasa dalam Baraqah...ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sudah sekian lama kita tidak mengupdatkan Balai Cerap Mini kita atas sebab2 kesibukan yang luar biasa 2-3 bulan kebelakngan ini ditambah pula dengan cuaca yang tidak mengizinkan...InshaAllah selepas ramadhan nanti aktiviti2 pencerapan akan dilakukan semula dan mohon kepada Allah agar cuaca bertambah baik dan memberikan akal dan kesihatan yang lebih baik...
Foto dibawah dirakamkan baru sekejap tadi dari tingkat 33 Swissotel Singapore dengan menggunakan kamera Nikon SLR. Ketika ini bulan sudah berumur dua hari bersama dengan planet Zuhrah atau Venus yang berada disebelah kanan bulan....
Nampaknya kena cari lokasi tempat untuk Solat Terawih....tentu sekali agak sukar di sini....
Hari 3 Ramadhan....kelihatan bulan sabit makin besar dan lebih tinggi kedudukanya dari planet Venus......nampaknya cuaca di Singapura lebih baik dari KB
Imaj ini diambil sebaik sahaja selepas berbuka puasa. Berbuka dengan Nasik lemak dan bernasib baik terjumpa daging halal....AlhamdulliLlah
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment