Sudah 3-4 bulan di Kota Bharu cuaca tidak mengizinkan untuk cerapan dan pengimejan. Ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu serta hujan dan kadang-kadang ribut petir yang amat dasyat.
Di awal bulan Disember ini langit sentiasa dilindungi awan yang tebal dituruti dengan hujan renyai-renyai yang kadang-kadang menjadi lebat dan tidak henti-henti.
Kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan segala alat-alat astronomi seperti teleskop, kamera, kanta-kanta mudah sekali dijangkiti oleh kulat. Jika tidak di buat sesuatu maka tahun depan alat-alat ini tidak boleh digunakan lagi. Atau mungkin memerlukan belanja yang besar untuk mencucinya. Mencuci alatan astronomi yang dijangkiti kulat ini bukan sahaja memerlukan belanja yang besar tetapi jika tidak dilakukan oleh mereka yang profesional dalam bidang ini, ia boleh merosakkan lagi alatan tersebut.
Jadi, semua alatan astronomi mesti disimpan dalam kotak pengering (dry box) yang kelembapannya dikawal secara rendah dan tetap.
Tetapi teleskop begitu besar untuk diletakkan di dalam kotak ini. Oleh itu satu caranya ialah dengan memanaskan sedikit cermin teleskop dengan meletakkan mentol lampu yang berkuasa tinggi berhampiran dengan permukaan teleskop. Pemanasan cermin dengan cara ini boleh mengurangkan jangkitan oleh kulat walaupun bukan cara yang paling sesuai.
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment