Alhamdulillah, semalam pada 30 April 2014, seramai 7 orang pelajar sekolah Maahad Muhammadi Perempuan telah berkunjung ke Balai Cerap Mini Dr Rowi yang berada di Taman Tarbiah Guchil Bayam, Kota Bharu untuk mempelajari ilmu astronomi dan itu merupakan kunjungan pertama mereka di Balai Cerap ini..
Tujuan utama mereka berkunjung ke balai cerap ini adalah untuk mendalami ilmu astronomi dengan lebih mendalam. Antara aktiviti yang diadakan adalah mencerap anak bulan baru,, mengetahui bentuk buruj yang berada di angkasa dan arah kutub utara dan kutub selatan, mencerap planet seperti Jupiter dan Saturn dan cara memproses imej planet tersebut melalui Registax..
Saya juga menerangkan bagaimana buruj-buruj yang berada di langit itu mendapat nama.. Selain menerangkan buruj-buruj di angkasa,, saya juga memberitahu nama-nama bintang yang berada di langit pada waktu itu..
Diharapkan sepanjang mereka berada di sini pada malam ini dapat menaikkan semangat mereka untuk mempelajari dan mendalami ilmu astronomi dan tidak lain juga untuk membuatkan mereka semua bercita-cita untuk mengadakan balai cerap mini mereka sendiri.
Sedang mengenali Buruj-buruj
Belajar merakamkan imej planet-planet dengan menggunakan video kamera dan komputer
Berikut merupakan sebahagian imej-imej yang telah dirakamkan dan diproses oleh pelajar buat pertama kalinya..walaupun tidak seindah yang dikehendaki tapi cukup mengujakan bagi mereka semua. Maklumlah mereka melihat sendiri wajah planet Zuhal yang amat indah terpapar pada skren komputer lebih mengujakan lagi apabila mereka sendiri melihat dengan mata sendiri melalui kanta mata.
Salam
Dilapurkan oleh Shahira Razak (KIAS)
Dari Balai Cerap Mini Dr Rowi
Jam 12.34 tengah hari
1 Mei 2014
No comments:
Post a Comment