Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Sunday, May 8, 2011

Matahari di Planetarium Negara

As'mualaikum,
Beberapa hari ini kebetulan saya berada di KL dan telah buat bertemu janji dengan Kawan Kita Reduan berasma isterinya di Planetarium Negara untuk cuba untuk menyelesaikan masaalah kamera Lumenera Skynex saya dan teleskop Matahari Coronado. Kesempatan ini telah saya ambil untuk cuba merakamkan permukaan Matahari. Walaupun cuaca agak mendung dan berawan kita sempat merakamkan beberapa imej Matahari. 
Masaalah kamera saya sudah dapat di kenal pasti dan rasanya sudah  selesaikan dan Insaallah imej-imej akan kita papar sebanyak mungkin sebaik sahaja kita kembali ke KB.
Untuk pengetahuan semua, Matahari sedang mengalami kitaran aktif yang dijangka berlaku dalam setahun dua ini. Perhatain harus diberikan kerana ia melibatkan perubahan cuaca dan kejadian yang mungkin berupa taufan, ribut, aurora dan gangguan perhubungan setelit seluruh dunia. Semasa matahari berada pada kitaran puncak aktif yang tertinggi, maka kemunkinan kita akan melihat perubahan yang ketara pada permukaan Matahari seperti pertambahan dan perubahan  tompok-tompok hitam, semarak dan sebagainya. Maka  ia patut menjadi perhatian manusia di Bumi ini kerana ia melibatkan secara langsung dengan kehidupan kita
  




Dr. Rowi

4 comments:

Mohd fadzli Tuah 313 said...

Salam Dr,

Boleh tak setiap gambar yang Dr letak dalam entry, Dr explain sikit tentang gambar tu. Boleh kami belajar sikit2 tentang apa sebenarnya objek itu dengan lebih jelas.
Seperti gambar di atas, mungkin ada sesuatu berlaku di permukaan matahari, tetapi kami tak mampu nak cari dan faham. :)

Dr. Rowi said...

W'salam,
Inshaallah kita akan cuba sedaya upaya Tq atas komen saudara Fadzli.
Buat waktu kita belum berkesempatan kerana terlalu sibuk dengan final exam master student
Dr. Rowi

Dr. Rowi said...

Buat sementara adalah lebih elok jika saudara fadzli cuba dapatkan sedikit maklumat melalui buku-buku atau majalah dan juga internet
Dr. rowi

Mohd fadzli Tuah 313 said...

salam Dr.

Ya, maaf, terlupa sekarang ni musim exam.

InshaAllah, saya cuba cari info berkaitan. Terima kasih.