Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, June 16, 2011

Wajah-wajah Bulan gerhana



Assalamualaikum
Berikut adalah beberapa wajah Bulan semasa gerhana awal pagi tadi.
Cuaca pada awalnya amat buruk dengan hujan yang lebat dan guruh serta awan tebal.
Sebelum berlaku gerhana, cuaca bertmbah baik dan wajah Bulan dapat dilihat tapi masih diselindungi oleh kadang2 dengan awan yang tebal.
Semua wajah-wajah ini dirakam oleh 25 orang pelajar perempuan Maahad Muhammadi. Kota Bharu yang datang sejak awal lagi di Balai Cerap Mini Dr. Rowi dengan menggunakan kamera 20Da melalui teleskop Pentax. Lain-lain imej akan dipaparkan kemudian nanti      










Salam,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi

9 comments:

tronx013 said...

Salam Dr,

Apa beza bulan yang bewarna putih dengan warna merah?

Mengapa ia bewarna merah? Adakah ia kesan komputer atau langit?

NURUL IMAN said...

Subhanallah.. cantik~

Dr. Rowi said...

Salam Mohd fadzli,
Semasa Bulan berada dalam bayangan umbra, cahaya dari Matahari akan melalui atmosfera Bumi,kebanyakan cahaya biru akan ditapis yang tinggal cuma cahaya merah atau orange. Cahaya merah ini akan dibiaskan atau dibengkok sedikit semasa melalui atmosfera Bumi dan terus terkena pada permukaan Bulan sebab tu Bulan kelihatan berwarna kemerahan. Jika atmosfera Bumi kita mengandungi asap atau debu yang tebal maka amat sedikit cahaya akan terlepas dan terkena pada permukaan Bulan. Jadi pada waktu Bulan berada dalam bayangan umbra Bulan akan kelihatan gelap.Jadi cahaya Bulan bergantung pada ketebalan debu atau asap pada atmosfera bumi kita
Salam
Dr. Rowi

Dr. Rowi said...

Nurul Iman,
banyak-banyak TQ

Redzuan said...

Salam Dr,

Saya nak minta kebenaran untuk share gambar-gambar Dr di Facebook Malaysia Lunar Eclipse. Credit akan diberikan kepada Dr kembali beserta link ke blog Dr.

Zawatil said...

alhadulillah.. kelab falak syarie sekolah maahad muhammadi perempuan masih aktif sehingga ke hari ini. terima kasih ats tunjuk ajar dr rowi kpd junior2 kelab saya itu suatu ms dl. hanya Allah yang mampu membalas jasamu!

Dr. Rowi said...

Kepada zawati: saya pun tumpang gembira kerana falak MM perempuan masih aktif. Harap ini akan berterusan.

Dr. Rowi said...

Redzuan,
Tak jadi masaalah. Saya pun tumpang gembira. sebenar saya nak hantar jugak tapi tak sempat nak review semua imej yang diambil kebetulan keesokan hari kena oncall dan kena datang ke Jerantut.
Kalu nak lagi nanti saya pilih yang lain

tronx013 said...

Salam,
Terima kasih atas penerangan yang jelas. :)