Apa suada jadi Cuaca di KB?
Sejak 2-3 bulan ini cuaca di KB amat sukar diramalkan. Amat sukar untuk mencerap waktu malam atau pun siang hari..Walaupun teleskop matahari dan sentiasa bersedia untuk merakamkan apa2 saja yang aktiviti berlaku pada Matahari. Dijangka pada tahun hadapan aktiviti pada Matahari akan meningkat.
Begitu la nasib menjadi peminat astronomi di Malaysia terutamanya. Mengikut pengalaman kita, dalam setahun tak lebih dari 2-3 bulan sahaja yang betul-betul kita dapat mencerap.
Jadi tiada aktiviti mencerap dan imejing yang dapat dilakukan dengan sempurna, oleh itu tiada imej terbaru yang dapat dipaparkan disini.
Pada 3 hari yang lepas, Sek. Maahad Lelaki mengadakan Hari Falak dan cerapan malam tapi sedikit pun cerapan tidak dapat dilakukan.
Dan semalam ada rombongan dari Sek. Men. Sultan Mahmud Kedah datang untuk melawat dan mencerap di pantai Mek Mas K. Besar tapi hampa
Harap dan doakan agar cuaca bertambah baik
salam,
Dari balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment