Tidak disangka2 pada lebih pukul 8 pagi pada 7-10-11 semasa kita sedang membuat imejing pada Matahari tiba sahaja pada sebelah barat Matahri terjadi satu letusan yang hebat. Ia berlaku tepat pada tompok hitam Matahari. Pada mulanya ia kelihatan sebagai semerak yang biasa tetapi dalam masa tak sampai 10 minit kedaan berubah dengan pantas...dimana semerak yang kecil tadi telah menjadi besar dan terang. Ia melontar gas-gas dan ion2 yang panas keluar dari permukaan Matahari. Jika lontaran atau letusan gas2 ini tepat kearah Bumi mengikut pakar2 astronomi akan berlaku gangguan cuaca dan pertambahan aktiviti Aurora di Atmosfera Bumi
Imej ini adalah keadaan semasa kemuncak sebelum semerak ini perlahan2 menjadi malap
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment