Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, July 21, 2012

Selamat Meyambut Ramadhan

Assalamualaikum,
Saya mendoakan agar kita semua seluruh kaum Muslim tidak kira dimana kita berada dalam bulan yang mulia ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sepanjang semasa ini. Dengan harapan agar tahun ini tidak akan lebih tabah dalam menghadapi segala ujianNya.

Dua hari yang lepas kita bersama dengan beberapa ahli persatuan Astronomi (Falak) Kelantan telah membuat lawatan di Yala Thailand di suatu tempat yang amat terkenal iaitu Bukit Yaha untuk bersama2 dengan kaum Muslim di Thailand untuk mencerap anak bulan ramadhan pada petang khamis pada 19-7-2012. Pengalaman ini amat berharga untuk kami semua. InshaAllah kita akan menceritakan pengalaman kita disana sedikit hari nanti.

Sekembalinya dari Yala kita terus mengintai anak bulan Ramadhan di Balai Cerap Mini kita di KB, Alhamdulillah anak bulan Ramadhan dapat dicerap dan dirakamkan dengan jayanya....beberapa imej anak bulan petang semalam...






Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

No comments: