Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Thursday, January 24, 2019

TOMPOK MATAHARI (SUNSPOT 2733) - Jan 23,2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Pada hari ini, kita bukan sahaja bertuah dapat melihat kejadian Konjungsi Venus dan Jupiter tetapi kita juga dapat menyaksikan dan merakamkan salah satu aktiviti matahari iaitu tompok matahari atau dipanggil Sunspot.

Gambar tompok matahri 2733 yang diambil oleh Dr.Rowi di BCKB


Walaupun kita melihat matahari seperti sama sahaja setiap hari, hakikatnya matahari juga mempunyai aktiviti-aktivitnya tersendiri. Dengan adanya teleskop dan kecanggihan kamera, kita dapat melihat dan merakamkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di matahari.

Info-info unik berkenaan dengan aktiviti matahari :

  • aktiviti-aktiviti matahari aktif setiap 11 tahun.
  • Tompok matahari merupakan fenomena sementara dimana aktiviti ini sentiasa berubah-ubah.
  • Sunspot 2733 pertama kali kelihatan di Malaysia pada Jan 23, 2019 - maksudnya tompok ini tidak kelihatan pada hari sebelumnya.
  • Berdasarkan maklumat daripada NASA, matahari dijangka mengalami aktiviti yang paling minimum pada tahun 2019 - 2020.

Seperti jangkaan yang dibuat oleh NASA, pada tahun ini aktiviti matahari ialah pada tahap minimum. Kami di BCKB berasa bersyukur kerana keadaan cuaca yang mengizinkan, kami berpeluang untuk merakamkan gambar Tompok Matahari 2733.


Sekian,
Sumber gambar : Dr.Rowi
Penulis : Ainulfitriah

2 comments:

Unknown said...

...observatory Salor ni ada panggil kemasukan 'Ahli' kah? Kalau ada,bagaimana Awam boleh Daftar ahli.Tolong fwd contact No.Tuan. Tq.

Ainul said...

Observatory salor ni terbuka kepada semua. Kalu berminat nok mari, boleh contact no ni 019 9266619.