Assalamualaikum,
Jika anda mempuyai sebuah teleskop matahari yang dilengkapi dengan penapis alpha-hidrogen, jangan lepaskan peluang untuk melihat satu jalur yang panjang pada permukaa matahari. Jalur yang agak malap ini dipanggil filamen yang sebenarnya adalah sebuah semarak. Oleh kerana semarak ini sangat panjang ia dipanggil filamen gergasi. Jarak dari hujung ke hujungnya dianggar sejauh jarak dari Bumi ke Bulan....bayangkanlah betapa panjangnya semarak atau filamen ini. Filamen atau semarak mengandungi berbillion ton plasma (plasma adalah gas2 yang terion). Buat masa ini ia masih lagi sedang menapung pada permukaan matahari dan kebiasaanya filamen ini tidak stabil dan akan gugur kepermukaan matahari semual. Jika ia gugur kepada permukaan matahari kemungkinan letusan yang besar akan berlaku. Letusan ini dipanggil " Suar Hyder" atau Hyder Flare.
Jadi sama2 lah kita memerhatikan fenomena yang menarik ini...
Imej ini dirakam pada 7/812 pada pukul 6 petang.....kelihatan sebahagian dari filamen ini sudah lenyap
Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment