Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, August 4, 2012

Matahari, matahari.....dan matahari

Assalamualaikum untuk semua,

Kita sudah pun memasuki pertengahan bulan Ramadhan....dan tidak seberapa lama lagi kita akan meyambut 1 Shawal. Saya berdoa agar kita semua diberi rahmat dan hidayah oleh Allah sepanjang bulan yang mulia ini. Untuk pengetahuan peminat2 astronomi semua, cuaca di KB tidak begitu memberasangkan untuk kita melaku pencerapan dan pengimejan tahun ini. Seingat saya,  sebaik sahaja kita memasuki tahun 2012  hanya 4-5 malam sahaja kita mempunyai cuaca yang baik.....oleh kerana itu kita tidak mempunyai peluang  untuk merakamkan objek2 langit terutamnya objek2 yang yang jauh seperti nebula, kluster dan sebagainya. Walaupun alatan yang ada pada Balai Cerap Mini kita sentiasa bersedia tapi apa boleh buat cuaca tidak mengizinkan kita. (imej matahari dibawah dirakamkan hari ini dan kelmarin)






Oleh itu aktiviti kita hanya tertumpu pada matahari tapi itu pun agak sukar juga kerana langit kita di KB sentiasa diliputi oleh awan yang tebal dan masa yang kita ada amat terhad...maklumlah waktu siang kita berkerja.

Dibawah adalah beberapa imej matahari yang dapat kita rakamkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Hanya ini sahaja yang dapat kita kongsikan buat ketika ini. Kita mohon pada Allah agar cuaca di KB bertambah baik dan InshaAllah imej2 yang lain akan dipaparkan





Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi

1 comment:

Anonymous said...

You actually make it appear so easy with your
presentation but I to find this matter to be really something that I believe I would by no means understand.
It kind of feels too complex and extremely large for me.
I am looking ahead for your subsequent submit, I will try to get the grasp of it!



Feel free to surf to my blog post :: click here