Cuaca yang baik di KB 2-3 hari yang lepas tiba2 menjadi mendung, awan yang tebal dan hujan yang lebat sebaik sahaja bermulanya bulan baru seolah2 seperti musim tengkujuh. Bagi kita yang sentiasa mengikuti perubahan cuaca ini tentu merasa sedikit pelik kerana kebiasanya cuaca akan menjadi lebih baik selepas Tahun Baru China. Malah pada tahun lepas tidak ada sedikit pun musim panas atau cuaca yang baik sepanjang tahun...
Kita agak bernasib baik kerana program menjejak bintang di pantai Mek Mas awal2 lagi telah dibatalkan disaat2 akhir.....kalau tidak tentu sekali sia2 sahaja kita ke sana.
Apakah perubahan cuaca sebegini berkait rapat dengan kitaran matahari yang sedang memasuki puncaknya?. Sebenarnya kaitan kitaran dan perubahan cuaca telah banyak sekali mendapat perhatian bagi ahli2 astronomi dan pakar cuaca.
Walaupun pada umumnya tiada satu bukti yang konkrit yang mengaitkan perubahan cuaca dan kitaran matahari tetapi untuk menolak mentah2 perkaitan ini juga tidaklah tepat.
Seperti yang dimaklumkan kitaran matahari mempunayi kesan jelas pada kejadian Aurora, hubungan satelit, power grid dan GPS....dan ini telah terbukti dan memang telah berlaku dalam sejarah bumi kita...
Jika kitaran matahari mempunyai kesan pada Bumi....mengapa tidak pada cuaca?
Ini adalah imej matahari yang dirakamkan 2 hari sebelum cuaca berubah.....masih terdapat tanda2 bahawa matahari masih amat aktif dengan semarak, filamen, tompok matahari dan flakulae pada permukaanya. Apakah adanya aktiviti sebegini menyebabkan cuaca berubah?
Seperti yang dinyatakan diatas kesan kitaran perubahan pada matahari telah mendapat perhatian yang mendalam pada ahli2 astronomi bukan sahaja mengenai kaitan dengan cuaca tetapi juga pada kejadian bencana alam, pertumbuhan tumbuhan dan buah2ah dan juga kesan terhadap saikologi pada manusia sendiri..!!!!
Sama2 lah kita banyakan membaca dan menambahkan ilmu juga banyak memerhati ...mana tahu kita akan menemuinya nanti...sesungguhnya ilmu pada Allah itu teramat luas...tinggal kita sahaja untuk menerokoinya
Salam,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment