Assalamualaikum,
Cuaca di KB tiba2 menjadi sangat cantik dari pagi sampai ke malam. Cuaca sebegini amat jarang sekali sejak 1-2 tahun kebelakangi ini. Maka Balai Cerap Mini di KB tidak melepaskan peluang untuk merakamkan matahari dan objek-objek langit yang lain....
Salah sebuah objek yang sempat dirakamkan semalam adalah sebuah globular kluster yang dikenali sebagai NGC 5139. Kluster ini berada dalam buruj Centaurus oleh itu ia juga dikenali sebagai Omega centaurus. Jika kita dapat mengenali buruj ini ianya amat mudah untuk mengenali dan mencari kedudukan NGC 5139. Yang amat menarik mengenai kluster ini ialah ia dapat dilihat dengan mata kasar dan ia kelihatan sebagai satu tompokan awan nipis sahaja. Tetapi jika dilihat dengan teropong yang besar sudah pasti anda mungkin akan terkejut....mengapa tidak, kerena tompokan awan nipis dan kecil itu rupa2nya terdiri dari beratus ribu bintang yang kelihatan berhimpit antara satu sama lain seolah-olah tiada lansung ruang antaranya. Tetapi pada hal sebenarnya jarak antara satu bintang masih jutaan km jauhnya...bermakna kita boleh memandu dengan kapal angkasa diantara ruang antara bintang tanpa perlu khuatir akan melanggar bintang2 tersebut...
Satu lagi perkara yang kita akan perasan apabila melihat dalam teleskop ialah warna hampir kesemua bintang dalam kluster ini kekuningan...ini menandakan bahawa hampir semua bintang yang ada dalam gugusan ini sudah berada dalam peringkat umur yang tua......
Seperkara lagi...iaitu kebanyakan kluter globular berada disekitar pusat Bimasakti....berlainan dengan kluster terbuka (open cluster) dan nebula yang kebanyaka terdapat dalam lengan-lengan bimasakti...
Tetapi buat waktu ini untuk melihat omega kluster terpaksa berjaga sehingga ke awal pagi...
Salam,
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment