Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Saturday, February 15, 2014

Aurora

Assalamualaikum,

Semoga kita semua berada dalam Peliharaan dan Rahmat Allah,
Ketika  berita ini ditulis, kita sedang berada di satu tempat yang dipanggil Abisko iaitu sebuah perkampungan turist kecil diutara Sweden. Pekan  ini terkenal dengan tempat dimana ramai orang2 diserata dunia datang untuk melihat fenomena alam yang menakjubkan iaitu Aurora atau juga dipanggil "Northern Light". Cahaya ini terjadi akibat dari terjejahan partikel-partikel dari Matahari yang berlanggar dengan atom2 yang ada dalam atmosfera Bumi seperti  oksigen dan nitrogen bagi menghasilkan pelbagai warna dan rupa. 

Mengapa tempat ini menjadi tempat berlakunya Aurora? ini kerana kawasan ini  berada dalam kawasan yang dipanggil Arctic Circle atau Bulatan Artik. Dalam kawasan Arctic Circle inilah fenomena Aurora biasa terjadi dan mudah dilihat.

Memang seperti yang diramalkan 80% bagi mereka yang datang disini akan dapat melihat fenomena Aurora. Malang sekali buat kita pada masa ini cahaya bulan amat terang (sedang purnama) menyebabkan warna Aurora agak malap jika dilihat dengan matakasar tetapi amat jelas jika dirakamkan denga kamera.

Berikut adalah berapa imej2 yang sempat dirakamkan….

Kesemua imej2 dirakamkan pada waktu malam dan kerana cahaya Aurora yang malap ia perlukan dedahan yang lebih lama sebab itu ia kelihatah seperti diambil pada waktu siang hari…

lihat bintang2 yang kelihatan dalam setiap imej..




Setakat ini kita hanya dapat merakamkan Aurora yang berwarna hijau sahaja. Warna hijau adalah disebabkan oleh cahaya dari atom oksigen


Jika aktiviti Aurora yang aktif akan terdapat warna campuran antara putih dan hijau….ini berlaku waktu subuh..






Seperti dikatakan…tempat ini menjadi tarikan seluruh dunia…salah seorang yang kita jumpa ini adalah  pelajar dari Jepun yang datang semata2 untuk melihat Aurora..ia berada ditengah2 tasek yang sudah menjadi ais….
InshaAllah kita akan bukukan pengalaman ini…

Salam,
Dari Abisko National Park, Sweden (11/2/14-15/2/14)
Bilik No 56
Dr. Rowi

No comments: