Semoga kita semua berada dalam Rahmat Allah…
Semenjak beberapa hari kebelakangan ini cuaca di KB sangat baik dengan langit yang terang tanpa awan dan suhu yang agak nyaman. Jarang sekali kita mengalami cuaca yang begini selesa.
Tetapi pada permukaan Matahari terdapat sebuah tompok Matahari yang agak besar malah dikatakan lebih besar dari beberapa buah planet Musytari. Tompok ini dikenali sebagai AR 1967. Yang menariknya tompok ini boleh dilihat dengan Matakasar…percayakah saudara/ saudari semua?
Tentu sekali agak sukar untuk mempercayainya tetapi jika kita mengambil peluang mengintai Matahari ketika waktu Matahari sedang tengelam di ufuk barat ….kemungkinan besar kita akan dapat melihatnya.
Tetapi jangan kita melihat Matahari ketika pada ketika yang lain. Matahari hanya boleh dilihat pada ketika sedang terbenam atau semasa diliputi awan yang tebal sahaja….melihat Matahri pada waktu yang lain tanpa penuras yang dibenarkan akan menyebabkan buta yang kekal.
Dua hari yang lepas kita berkesempatan melihat Tompok AR 1967 ini dengan matakasar semasa Matahari sedang di ufuk barat.
Sesungguhnya melihat tompok Matahari telah mendapat perhatian orang-orang dahulu kala lagi. Tamadun Babylonlah yang buat pertama kali mencatatkan pemerhatian ini. Manakala pakar astronomi China telah mengkaji dengan penuh teliti sehingga ada diantara mereka menjadi buta kekal akibat dari memerhati Matahari tanpa penuras yang sesuai. Tetapi sebelum menjadi buta pakar astronomi China ini sempat menceritakan bagaimana evolusi tompok Matahari dan mengintepretasikan sebagai simbul kesucian dari langit.
Ini adalah imej matahari dengan tompok AR 1967 yang dapat dilihat dengan matakasar dan sempat dirakamkan dengan kamera digital…
Yang lebih menarik mengenai tompok AR 1967 ini ialah terjadinya suar atau letusan pada tompok ini….
Imej-imej akan dipaparkan kemudian…
Salam
Dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi
No comments:
Post a Comment