Welcome to Dr. Mahamarowi Omar official blog.

Monday, March 31, 2014

Hasil Cerapan Malam Ini

Assalamualaikum..

Semoga kalian dirahmati dan diberi keberkatan daripada-Nya.
Pada malam ini, kami dari Kelab Mahasiswa Falak telah berjaya merakamkam dan memproses beberapa imej planet-planet yang terdapat di langit Malaysia sejak jam 9.00 malam lagi. Antara planet-planet yang dapat kami rakamkan ialah planet Zuhal,  Marikh dan  Musytari. Berikut merupakan beberapa imej-imej yang sempat dirakamkan malam tadi di Balai Cerap Mini Dr. Rowi



Imej Jupiter ini telah diambil pada jam 10 malam tadi. Sepanjang proses pengambilan imej ini, planet ini sudah pun berada pada bahagian barat langit dan amat jelas kelihatan dengan mata kasar. Bagi mereka yang selalu memerhati langit sudah tentu amat mudah untuk mengenali planet ini. 



Imej diatas ini pula merupakan imej planet Marikh. Planet ini juga amat mudah untuk dilihat dengan mata kasar dengan warnanya yang kemerahan seperti biji saga. Ia berada di langit timur sebaiak sahaja matahari terbenam. Pada 14hb. April ini planet Marikh akan berada pada kedudukan oposisi dimana ia jaraknya dengan Bumi paling dekat. Oleh itu saiznya akan menjadi lebih besar. Malangnya sepanjang pengambilan imej ini, kami terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapat gambaran jelas planet ini kerana kehadiran  awan begitu tebal sejak awal pagi lagi. Alhamdulillah, selepas jam 2.00 pagi tadi, kami dapat merakam imej planet Marikh dengan mudah dan ini menyenangkan proses pengambilan imej tersebut.


Planet Zuhal merupakan planet keenam  daripada matahari dan merupakan planet kedua yang terbesar di Sistem Solar selepas  Musytari. Ia berada pada bahagian langit timur pada waktu pagi dan kami begitu teruja melihat planat yang terindah ini terpapar pada skren komputer.

Kami sangat teruja dapat belajar cara dan kaedah yang betul bagaimana cara merakam dan memproses imej2 palnet diatas. Kami sedar walaupun imej itu belum lagi sempurna tetapi kami berazam akan mempelajari lagi dengan lebih detail bagaimana cara memproses imej supaya ia kelihatan lebih cantik. Cuaca yang cukup baik di KB akan kami gunakan sepenuhnya….kebetulan pula kami baru sahaja memulakan percutian semesta………

Kesemua Imej-imej ini dirakamkan menggunakan;-
-Teleskop Takahashi Mewlon 10 inci
- AP 1200 Mount 
-Kamera Skynyx Color 
-Diproses dengan Registax6
-Adobephotoshop

Sekian dari kami:

Kelab Mahasiswa Falak Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
-Shahirah
-Muhamad Khamis (Presiden)
-Muhammad Azim

Balai Cerap Mini Dr. Rowi

No comments: