Assalamualaikum w.b.r.,
Semalam iaitu pada 25 Julai 2020 bersamaan 15 Zulhijjah 1441, Balai Cerap Mini Dr. Rowi telah menerima kunjungan daripada beberapa orang bekas pelajar Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP) batch 1977-1978. Kunjungan ini menjadi semakin meriah kerana kehadiran mereka bersama ahli keluarga. Di samping itu juga, mereka turut didedahkan dengan peralatan teleskop yang berada di balai cerap mini juga diberi peluang untuk melihat bulan sabit yang berumur lebih kurang 4 hari menggunakan teleskop APM berdiameter 4.5 inci dan teleskop Sky Watcher yang berukuran 6.0 inci.
Selain itu, mereka juga dapat melihat planet Musytari beserta 4 bulannya menggunakan teleskop Schmidt Cassegrain yang berdiameter 12 inci. Pengunjung turut diberi pendedahan mengenai nama-nama buruj seperti buruj Scorpion dan buruj Segatarius dan juga diberi pendedahan mengenai beberapa nama bintang terang yang berada di langit tempatan seperti bintang Antares, bintang Arcturus, bintang Hadar dan bintang Alpha Centauri . Taklimat ini diberikan oleh Dr Rowi dan dibantu oleh pelajar-pelajar praktikal Universiti Malaya dan beberapa orang pelajarnya yang lain. Selain itu, para pengunjung didedahkan dengan teknik afokal untuk merakam imej bulan dan planet yang dapat di lihat dari kanta mata teleskop menggunakan telefon pintar masing-masing.
 |
Penerangan ringkas oleh Dr Rowi mengenai teleskop di Balai Cerap Mini |
 |
Pelajar praktikal menunjukkan gambar planet kepada kanak-kanak |
 |
Pengunjung cilik diberi peluang untuk melihat bulan menggunakan teleskop |
 |
Suasana sepanjang kunjungan tersebut |
 |
Pelajar praktikal membantu pengunjung cilik melihat bulan menggunakan teleskop |
 |
Pengunjung menggunakan teknik afokal untuk merakam imej daripada teleskop |
 |
Hasil rakaman bulan menggunakan kaedah afokal |
Sekian,
Penulis: Salwani
27 Julai 2020, Balai Cerap Kota Bharu, Kelantan
Sumber Foto :Aizat dan Suhaibah
No comments:
Post a Comment